Monday, December 30, 2013

RG2011... Fw: pembelian kondominium mewah anak Rosmah

Ali Punggung - Jangan Ganggu Rosmah Dan Anaknya

malaysiaberih.blogspot
bloglist-malaysia.blogspot

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak lagi mengganggu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dengan menabur fitnah yang tidak berasas.

Presiden Pertubuhan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat.

"Saya dan rakan-rakan NGO kecewa dengan Rafizi yang dianggap terlalu kurang ajar kacau isteri Najib.

"Kenapa selalu nak kacau bini orang? Pergi jaga bini sendirilah," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Katanya, dakwaan Rafizi itu dilihat kurang cerdik seolah-olah mahu menunjukkan beliau 'hero' dengan mengaibkan Rosmah.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke Dataran Merdeka esok sebagai simbol menyokong polis dan kerajaan daripada digulingkan demonstran.

"Kita seru semua NGO yang sah berdaftar dibawah kerajaan termasuk Ayahanda datang penuhkan Dataran Merdeka dan hayati sambutan Tahun Baru," katanya.

Turut hadir dalam sidang media NGO penyokong Kuat Aspirasi Najib (Pekan), dan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas).
 
SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York

Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

"Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan," kata badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.

Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, "Wolf of Wall Street" - diarahkan oleh Martin Scorsese.

Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.

Kondominium tersebut dikatakan diantara yang paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, ia mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem itu sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan," "Pendedahan tersebut mengejutkan. Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah."

"Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta," katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.

Menurut SPRM, cadangan untuk menyiasat individu yang hidup di luar pendapatan mereka juga dicadangkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Katanya, laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu.

"JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh," kata SPRM.

----- Original Message -----
 
Sent: Saturday, December 28, 2013 12:12 AM
Subject: Fw: Anak Rosmah Beli Kondo RM110J Di NY

Anak Rosmah Beli Kondo RM110J Di New York

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas. Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. (MK)
 
Anak Rosmah Beli Kondo Mewah Lapor Sarawak Report.

malaysiaberih.blogspot.
amenoworld.blogspot.
 
Tolong la siasat.

Jika betul dakwaan ini tolong la siasat. Dari mana anak sulung Rosmah Mansur dapat duit juta2 beli kondo mewah. USD 33.5juta. Dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM110juta. Apa kerja dia sampai mampu beli kondo bernilai jutaan ringgit. Kondo tue. Kondo.

Gila mewah!!!!

Rujuk ;

Laporan oleh Mkini.

1. Anak tiri Najib = anak sulung Rosmah Mansur 

2. Umur dah 36. Mama Rosmah lawa je. Betul ke dia dah 60 an? Apa rahsia dia hah. Err lari topic plak.

Haha

3. Riza Shahrir Abdul Aziz. Nama anak Rosmah.

4. Dilaporkan telah membeli kondo bernilai 33.5 juta USD. Convert ke matawang negara lebih kurang RM 110 juta.

Aku ada google2. Memang kalau kondo juta2 dikategorikan mewah beb. Lebih2 lokasi dia di New York. Lagi dasat kau.

Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dakwaan ini. Tolong sahkan jika pendedahan oleh Sarawak Report adalah benar ataupun sebaliknya. Dan lepas tue minta tolong sekali dedahkan hasil siasatan. Rakyat berhak tahu.

Terima kasih.
 
__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment