Thursday, December 19, 2013

RG2011... Fw: disaman Kerana Tampal Pelekat Gambar Nik Aziz

 



Bukan saja tampal pelekat TG Nik Aziz salah di UiTM.. Gambar Ustaz Azhar Idrus pun salah?

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
 

Ingatkan bila hampir pilihanraya saja, macai-macai walau dimana berada takut kepada bayang-bayang TG Nik Azizi.. selepas pilihanraya pun sama..

Di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak seorang pelajar telah didenda kerana melekatkan sticker gambar TG Nik Aziz pada keretanya..

Apa punya undang-undang ni? Sejak bila melekatkan gambar TG Nik Aziz pada cermin kereta menjadi satu kesalahan?

Kalau gambar Rosmah.. mungkin tak jadi kesalahan agaknya...

Pelajar UiTM Didenda, Letak Kenderaan Di Kawasan Larangan &Tampal Pelekat Nik Aziz 
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya. 
Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis. 
Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik. 
Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'. 
Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak. 
Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus. 
Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen ~ mStar

Kalau kerana UiTM melarang pelajarnya membawa fahaman politik kepartian (selain UMNO) kedalam kampus dijadikan alasan sebab pelajar itu disaman..

Apahal pulak kenderaan yang ada gambar Ustaz Azhar Idrus juga turut disaman?..


UAI ni ahli parti politik mana?.. setahu aku UAI ni bukan ahli mana-mana parti politik..

"Saya bukan ahli PAS. Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli PAS. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," Kata UAI suatu ketika dulu..

Aku yakin yang keluarkan saman tu mesti macai tegar UMNO..
 
mohd yusri's avatar

mohd yusri · 

baru jadi penguatkuasa uitm..dah salah guna kuasa...macam utim tu bapak dia punya..kalo penguatkuasa tu jd menteri..mau semua gambar nik aziz kat buku majalah diharamkan..tu yg Allah hadkan rezeki dia..
 
Nayborhoodbully's avatar

Nayborhoodbully ·

Biasanya yg suka dgn sticker2 ni macai2 along. jer..tp hanya tertera no. talipon...gambar gedebe along dirahsiakan.

Along dh makin berani skrg....?
 
ishish's avatar

ishish · 

Ha!!!! Ha!!!!!!Ha!!!!!!! Penakut rupanya pemimpin UMNO. Kecut teloq bila student pasang sticker. Ingat kan berani sangat. Ada sindrom kurang upaya pemimpin UMNO. Ucapan dalam perhimpunan buka main lagi berapinye.

Pemimpin UMNO elok keratje teloq tu bagi kat anjing.
 
abc's avatar

abc · 

try tampal sticker yg ada muka pemerintah kerajaan persekutuan skrg..agak2 kono saman ke tak? itu je den nak tahu
 
nt_umno's avatar

nt_umno · 

Pegawai HEP bodoh manalah yg buta undang2? Kalu disaman sbb pakai baju lambang parti politik ok lagi.

Komplen je kat SUHAKAM. Nak lagi ekstrim, contact Latheefa Koya atau Fadiah Nadwa, tengok sama ada boleh saman atau tak pihak pengurusan universiti
 
budakPR's avatar

budakPR · 

Nanti kereta colour Pakatan pun akan disaman....
 
 

Kereta Pelajar disaman Pak Guard UiTM Kerana Tampal Pelekat Gambar Nik Aziz

malaysiaberih.blogspot.
celahgelegar.blogspot
 
 
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen.

PINDAAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971 BAGI MEMBENARKAN MAHASISWA TERLIBAT DALAM AKTIVITI DAN PARTI POLITIK

Pada 24 November 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk lebih terbuka 
memberi kebebasan kepada rakyat dengan meminda Seksyen 15 Akta Universiti 
dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut menyertai 
parti politik. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak 
Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh 
undang-undang atau 'age of majority'

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan  universiti sebagai institusi pendidikan, 
politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus. Beliau juga berkata, kerajaan 
percaya terhadap kematangan dan kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi 
di negara ini. Ia sejajar dengan semangat pembaharuan undang-undang negara 
supaya selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan 
memastikan negara sentiasa ke hadapan, mengimbangi antara keselamatan 
kebangsaan dan kebebasan individu

Meskipun pindaan AUKU ini membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan 
parti politik di luar kampus, ia sama sekali tidak akan mengganggu keharmonian 
kampus sebagai entiti bebas politik kepartian. Kampus perlu kekal neutral kerana 
matlamat pendidikan perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat 
memperluaskan ufuk fikir, membina minda dan keupayaan intelektual mereka. 
Pindaan AUKU juga bukanlah tiket kebebasan mutlak, jauh sekali membenarkan 
mahasisw untuk melakukan aktiviti-aktiviti subversif sehingga mengganggu 
keselamatan awam.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment