Bersama-sama dengan bantuan 'jenama BN' untuk mangsa banjir, tokoh ternama yang mewakili gabungan itu hadir di pusat pemindahan utama di beberapa negeri di Pantai Timur.

Mohd Nizar, 35, anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, melawat pusat pemindahan di Kuantan kira-kira 5 petang semalam.

Dikesan memakai baju T yang tertulis perkataan 'Najib My PM 2013', beliau diiringi oleh rombongan yang agak besar.

Najib adalah ahli parlimen yang lama berkhidmat di Pekan, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Ditanya jika perkataan pada t-shirt beliau akan ditafsirkan sebagai publisiti untuk bapanya dan BN, Mohd Nizar yang menjawab: "Tidak saya hanya di sini untuk membantu".