Tuesday, December 10, 2013

RG2011... Luahan Pengguna : P1 Wimax Tipu Pelanggan!

 

 

Luahan Pengguna : P1 Wimax Tipu Pelanggan!

Aku tak pernah guna pun p1wimax ni. Ada la sekali tu nak try pakai, pi tanya kat kaunter dia. Cakap kat situ promosi 99 hinggit. Tapi 1st bil sampai bulan ke berapa tah. Aku lupa. Kena bayar seratus lebih. Pikiaq2 balik. Tak jadi amik. Better aku subscribe digi prepaid untuk mobile internet. Takder komitmen tiap2 bulan. Aku rasa nak guna bulan tu, aku top-up.

Sekarang ni pun dh ada 1 lagi company YES. Yg tu tak tau la mcm mane services or line. Aku tanya kawan2 aku. Line dia slow. Maybe ikut area kot. Agak2 bila malaysia nak ada line internet yang memuaskan hati pelanggan dgn harga minima yang tidak membebankan. Takpun, bayar mahal, servis laju. Puashati nak surfing. Ni tak. Macam taik. nak loading google pun lembab.

P1 Wimax Menipu, Pihak Berkuasa Tolong Ambil Tindakan

Assalamualaikum,


Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.


Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan.


saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku dengan memberi saya pelbagai helah.

Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100% dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.


Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU oleh pihak P1 Wimax. https://www.facebook.com/groups/159121421506/ .


Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah menyusahkan saya dalam urusan pinjaman.


Pihak Berkuasa Tolong Bertindak!

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment