Tuesday, December 10, 2013

RG2011... Pendatang Asing Samun Pecah Rumah Pulakk Dahhh!!

 

 

Pendatang Asing Samun Pecah Rumah Pulakk Dahhh!!

Samun rompak. Penduduk tempatan vs Warga asing = rakyat malaysia merana. Kalau perompak ni kena tangkap apa hukuman setimpal. Kena denda or jel sehari dua. Senjak dua menjak ni banyak pulak kes rompak, bunuh warga asing. Malaysia ni negara kutip warga asing kelas bawahan ke mcm manerr...

Macam mana negara nak menuju ke era negara maju kalau pertambahan rakyat and didikan rakyat diasuh oleh pendatang asing dari negara mundur dan tempat mundur. Pengawal keselamatan : Pendatang asing, Pekerja binaan : Pendatang asing, Tukang Sapu : Pendatang asing, Pengasuh kanak2 : Pendatang asing, Pembantu rumah : Pendatang asing. Malaysia next 2020 = Negara Pendatang?

Penyamun yang memasuki rumah seorang pembantu tadbir di Desa Perdana, Bandar Tun Razak, Keratong, Muadzam Shah, di sini, awal pagi semalam, bukan hanya mencabut sendiri kedua-dua belah subang dipakai isteri mangsa malah sempat menghulurkan secawan air suam kepada wanita itu berikutan dia mengalami sesak nafas akibat asma.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, rumah yang baru setahun didiami mangsa, Baharom Kadir, 48, dan isterinya, Jalilah Mohd Yunus, 43, dimasuki tiga lelaki memakai topeng ala ninja bersenjatakan parang sebelum mengikat pasangan berkenaan bersama tiga anak mereka berusia lima hingga 21 tahun. 


Tiga daripada empat penyamun dipercayai warga Indonesia terbabit menggeledah kediaman mangsa yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Bantura, di sini, manakala seorang lagi menjadi 'jaga' di luar rumah sebelum melarikan wang tunai RM2,050, dua komputer riba, tiga telefon bimbit, dua rantai leher dan seutas gelang tangan emas serta sepasang subang emas dengan jumlah kerugian dianggarkan RM10,000

Jalilah berkata, dia tersedar apabila dikejutkan penyamun terbabit sebelum suspek memintanya memberitahu di mana menyimpan wang tunai.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, apabila tersedar saya lihat suami dan dua anak (lelaki dan perempuan)diikat kaki dan tangan manakala seorang lagi anak perempuan yang berusia lima tahun tidak diikat.

"Tiga lelaki berparang menutup muka berdiri di depan kami sebelum seorang daripada mereka mencabut subang pada telinga saya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Suri rumah itu berkata, dia memaklumkan kepada penyamun terbabit wang mereka sudah habis dibelanjakan untuk membina rumah. 

"Melihatkan mereka bersenjatakan parang, saya takut dan tiba-tiba semput, melihatkan keadaan saya begitu seorang daripada penyamun ke dapur dan menghulurkan secawan air suam kepada saya," kata ibu kepada lima anak itu. 

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Ahmad Johari Jahaya berkata, siasatan mendapati suspek memasuki rumahmangsa dengan mengumpil tingkap bilik tidak berjeriji. 

Selepas mengikat semua mangsa, suspek terbabit menggeledah seluruh rumah sebelum melarikan diri melalui tingkap itu bersama hasil samun. 

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment