Dokumentari Pondok Pak Ya Kisah 27 Syuhada
Semalam tengok dokumentari yang memaparkan kejadian sebalik kebakaran yang berlaku di blok asrama puteri Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya) Padang Lumat, pada 22 September 1989. Dokumentari ditayangkan di Astro Oasis jam 9.30 malam. Sedih dan menyayat hati sungguh.
Telefilem akan tayang pada 1 Jan 2014 di Astro Box Office.
Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 23 tahun lalu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya. Malah peristiwa tersebut mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya"ww di sini. Pastinya tanggal 22 September 1989 tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.
Pengetua SMA Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Azizah Yahaya, 69, berkata, pelbagai badan bukan kerajaan dan media sering bertandang ke sekolah itu bagi membuat rujukan dan membuat imbasan semula mengenai peristiwa yang menggemparkan negara itu walaupun lebih 20 tahun berlalu.Menurutnya, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membuat kajian semula mengenai peristiwa itu dan dalam proses mengemaskinikan bilik pameran berkenaan peristiwa itu."Bilik pameran peristiwa duka 27 Syuhada 22 September 1989 diwujudkan sejak empat tahun lalu bagi memudahkan pelbagai pihak yang datang untuk membuat rujukan mengenai peristiwa itu. "Namun sejak tahun lepas, pihak sekolah sendiri menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan menjejaki semula waris mangsa bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai mangsa kebakaran tersebut untuk direkodkan dan dijadikan bahan rujukan," katanya yang menjadi menjadi pengetua di sekolah itu sejak lima tahun lalu.
Punca kebakaran
Azizah berkata, bilik pameran itu dalam proses untuk dikemaskinikan semula dengan maklumat lengkap yang telah diperoleh ketika kajian dibuat tahun lepas dengan koleksi gambar kebakaran, replika blok Pondok Pak Ya sebelum kebakaran berlaku dan maklumat berkaitan.Tambahnya, bilik pameran tersebut turut melengkapkan pelbagai gambar kenangan lama iaitu sejak Pondok Pak Ya dibangunkan semula Tuan Guru Haji Yahaya Junid pada 1941.Sempena peristiwa kebakaran terbabit, pihak sekolah mengadakan Program Memperingati 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 1989, pada tanggal 22 September 2011.
Azizah berkata, mengimbas kembali peristiwa hitam itu, dia difahamkan kejadian berlaku pada awal pagi hari Jumaat ketika penghuni asrama puteri sekolah yang majoritinya berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit sedang nyenyak tidur."Berdasarkan laporan dan siasatan pihak berkuasa, kebakaran berpunca daripada lilin yang digunakan pelajar puteri yang menghuni asrama itu untuk mengulang kaji pelajaran."Namun difahamkan mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal," katanya.Akibatnya, Azizah berkata, sebanyak lapan blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu musnah dijilat api dan 27 pelajar perempuan yang menghuni di asrama terbabit terkorban, difahamkan ketika nyenyak tidur akibat menghidu bau asap tebal kebakaran itu.
http://taufikiahpondokpakya.edu.my/galeri/index.php
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


No comments:
Post a Comment