Thursday, April 17, 2014

Re: RG2011... Tindakan Zulkifli Noordin kaitkan kematian Karpal dengan hudud dibidas Khairy..

 

Suka atau tidak memang itulah realitinya. Ramai yang teringat ungkapan 'over my dead body' berkaitan hudud bila mendapat tahu kematian YB Karpal Singh akibat kemalangan ini. 

Mungkin kenyataan Zul Nordin itu terlalu awal. Tapi ada kebenarannya pun...
 

On Friday, April 18, 2014 8:41 AM, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> wrote:
 

Tindakan Zulkifli Noordin kaitkan kematian Karpal dengan hudud dibidas Khairy..


Ketika seluruh negara bersedih dengan perginya Karpal Singh, Zulkifli Noordin, seorang ahli politik kontroversi, seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" tulisnya di Twitter."Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya."Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!"Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat."Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!" tulisnya lagi.Maka tak hairanlah jika tindakan biadap Zulkiflee Noordin ini dibidas oleh Khairy Jamaluddin..

Mungkin si Zul ni baru keluar dari gua..Kerana bila dia mengatakan "Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!" ianya menunjukkan beliau buta maklumat..Sedangkan ketika Karpal masih hidup, bukan beliau yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Terengganu tetapi pihak UMNO sendiri..
Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi 15 April lalu menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.  
Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.  
Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.  
"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider. 
Menurut usul yang dibawa oleh Mohd Nor di DUN Terengganu, beliau meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.  
Beliau berkata, isu itu adalah perkara tertentu kerana pelaksanaan undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2 dan surah al-Maidah ayat 38.  
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.  
Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka. Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kata Mohd Nor dalam usulnya..

Semakin hari semakin kurang cerdik si Zul ini nampaknya.. betullah bak orang kata.. berkawan dengan orang-orang yang bodoh lama-lama kita pun jadi bodoh...Apa kata Dr. Maza?..
HORMATI JENAZAH DAN TUNJUKKAN NILAI BAIK ISLAM 
Dalam hadis disebut:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا Maksudnya: "Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: "Itu jenazah seorang yahudi". Baginda bersabda: "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya. 
Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.  
Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. 
Itupun memerlukan 'iqamah al-Hujjah' yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.
Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun nama atas akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. Islam ini kebaikannya untuk semua.

Itu sebagai pedoman buat semua yang mengaku dirinya berugama Islam...


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment