Monday, February 27, 2012

Re: RG2011... ADAKAH SHARIZAT TERLIBAT LADANG FIDLOT MANJUNG?

 

Ladang NFC kat kota ni pun hampeh jadinya, minggu lepas kawan yg melawat kat ladang 250ekar katanya ada 300ekor lembu aje, sebahgian tanah dah jadi ladang tanaman ubi dan sayuran pulak...
yang ruginya ialah duit rakyat yg digunakan untuk buat pasarana kat ladang tu, dianggarkan lebihkurang 1juta harga bagi satu kandang lembu, bayangkan kalau ada 5 kandang...habisss duit rakyat...

From: dsj <dsjkamarul@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, 18 February 2012 8:00 PM
Subject: RG2011... ADAKAH SHARIZAT TERLIBAT LADANG FIDLOT MANJUNG?
 

Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?

Muhammad Faeez, 19 Feb 2012
PARIT, 19 Feb: PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun  seratus peratus  siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan. 

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur  seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.
Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

"PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini," katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.
"PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil," ujarnya.
--
 
Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
dance dance dance
"You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you"
 
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment