Tuesday, February 21, 2012

RG2011... Wasiat Syeikh Abdullah Fahim

 


Wasiat Syeikh Abdullah Fahim
 
Segala Puji Bagi ALLAH SWT (TUHAN SEKELIAN ALAM), Yang Mana Telah Menerbitkan DIA pada Hati-Hati Sekelian Mukmin itu Matahari Pengenalan (MA'RIFATULLAH) dengan cahaya At-Tauhid dan Yakin (AINUL YAKIN)..Juga Selawat dan Salam Atas Penghulu Besar NABI MUHAMMAD SAW Yang Mana Telah Menunjukkan JALAN MA'RIFAH Kepada Kita, juga Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Mereka Yang Sentiasa Mengikuti Mereka-Mereka itu Hinggalah ke Hari Kiamat..INSYAALLAHU TAALA..AMIN
 
InsyaAllah malam ini kita nak kongsikan berkenaan dengan "WASIAT SYEIKH ABDULLAH FAHIM". Berikut adalah sebahagian daripada Wasiat Syaikh Abdullah Fahim Kepada Umat Islam di Malaysia.
  • Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAZHAB KHAWARIJ yakni mazhab yang KELUAR dari mazhab 4 mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak MEROBOHKAN pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.
  • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlussunnah wal jama'ah.
  • Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
  • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia. "INTAHA(Tamat).
 
 
Sheikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Sheikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib 'Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang.

Di antara guru-gurunya ialah:-
Sheikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
Sheikh Muhammad Sa`id BabShil;
Sheikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
Sheikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani; dan
Sheikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.

Sheikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Sheikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja.


 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment