Wednesday, February 29, 2012

Re: RG2011... Fw: 10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia

 

yang asyik tanya malaysia buat apa, kenapa tak tanya negara yg islam yg kaya macam brunei, arab, jordan
ni la melayu bangang asyik nak salahkan kerajaan..kalau malaysia ni pas atau pkr pegang lagi hancussss
ubah le perangai sedara dan jangan asyik nak salahkan kerajaan aje...sekurang2nya negara kita orang islam tak tadah
tangan macam negara islam lain...kerja punya banyak sampai rakyat negara lain berebut nak datang
 
yang sayang malaysia

From: shahidan shari <shahidan8@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, February 21, 2012 3:52 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: 10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia

 
Salam,.
 
  yg ni orang euro yg set. tentu2 dia kat atas. ni sume nk provokasi

2012/2/20 azman ahmad <kmspenang@gmail.com>
 
Malaysia ke tangga 148 DUNIA...Pendidikan tu tgk la kedudukan negara dalam FIFA....  lebih kurang la.

2012/2/16 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>

 
----- Original Message -----

10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia

 
Salam...

Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD

1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan Perancis.....(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)

2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan Arab.

3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti...dan Jepun hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Inggeris...namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.

6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga ke universiti...namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.

7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga universiti...namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa asing.

8. United Kingdom
37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya bahasa Inggeris...namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi ekoran daripada "devolution of British Parliament".

9. Australia
37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.

10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga universiti.

Kesimpulan....di mana Malaysia????.....di mana negara Islam?????.....
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment