Tuesday, February 21, 2012

RE: RG2011... Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

 

Mana tka nya....buat scene dok kampong....pompuan pakai baju sentiasa baru mekap satu kati....

 

Buat scene tahun 1500. Tapi Nampak tiang letrik....?????

 

Sori bab filem ni tak semangat pun tak pa...benda2 melalaikan...tak tengok tak rugi....Malah boleh mendatangkan pahala kalau tak tengok....

 

Riak dan Takbur sebagai penekanan untuk tidak menggalakan orang  dilalaikan dan buat maksiat ok per...

 

I love Discovery Channel...

 

Other than that...tq

 

From: rbk_2020 [mailto:rbk_2020@yahoo.com.sg]
Sent: Wednesday, 22 February, 2012 6:04 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: A. Bakar Attan
Subject: Re: RG2011... Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

 

 

Ingatkan kamu ni kuat sangat semangat melayu???

Cara bercakap tu ada unsur2 riak & takbur...

 

 

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 21 February 2012, 10:09
Subject: RE: RG2011... Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

 

 

Sorila bro...aku tak tengok filem Melayu...insulting my intelligent...! too bad

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Sunday, 19 February, 2012 6:09 PM
Subject: RG2011... Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

 

 

http://ijaicool.blogspot.com/2010/09/perkara-perkara-yang-klise-dalam-filem.html

Raya kali ini aku habiskan masa di hospital menemani mama aku yang terlantar akibat denggi tahap 1. Dekat hospital, apa sangatlah yang kau boleh buat kan. Kalau kat hospital Seattle Grace bolehlah kau mengintai doktor dengan intern melakukan penzinaan di bilik on call. Tetapi kat hospital di Malaysia? Dahla ini Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Maka satu-satunya aktiviti yang boleh menghiburkan aku ketika itu adalah menonton televisyen. Waktu raya ni biasalah kan, semua channel nak tayangkan filem-filem Melayu tempatan. Tapi sejak aku duduk hospital dari hari raya pertama, aku perasan banyak gila cerita hantu yang ditayangkan seperti Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur termasuklah rancangan hantu bersiri Ular Emas.

Dahulu aku pernah membuat entri Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram versi orang putih. Disebabkan aku telah didedahkan dengan pelbagai filem seram Melayu di Hari Raya kali ini, maka hari ini kita akan mengkaji perkara-perkara klise filem seram versi Melayu pula. Pembikin filem tempatan sering mengitar semula formula-formula yang klise ini kerana orang kita mudah menerimanya. Dah ada market dan target audience untuk filem-filem macam ni. Jadi tak hairanlah jika kita dapat perasan elemen-elemen yang hampir sama dalam setiap filem seram Melayu yang kita tonton. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang klise ini.

1) Orang tak boleh mati sebab bela hantu raya

Kita selalunya akan didedahkan dengan babak tak boleh mati ini di permulaan filem. Atuk tu dah terbaring keras dah. Muka pun dah macam mayat. Kulit semua dah lusuh dan tertanggal. Mata je terkebil-kebil. Tapi masih tak boleh mati lagi. Orang sekeliling suruh mengucap tapi lidah dia kelu. Orang kampung dah mula risau lalu panggilah tok pawang. Tok pawang pun bakarla kemenyan sambil baca mentera semerah padi sambil menyuruh hantu raya atau saka itu keluar dari tubuh. Kalau nak bodek Lembaga Penapisan Filem, maka mentera tu digantikan dengan ayat Al-Quran. Alah time tu je guna ayat suci dalam scene lain kau tunjuk lurah dada. Antara filem yang menggunakan konsep ini adalah Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak serta Waris Jari Hantu.

2) Jeritan pelakon yang lebih kuat daripada penonton


Filem seram yang baik adalah filem yang dapat membuat penonton menjerit secara genuine. Ini tidak, pelakon dia pulak yang menjerit melebihi penonton. Konon-konon terlalu menjiwai watak sehinggakan terpekik terlolong macam budak lelaki sunat tak pakai bius (sunat kampung). Antara filem-filem yang paling ketara mengamalkan elemen ini adalah Rasukan Ablasa dan Mistik. Jeritan Rita Rudaini dalam filem Mistik serius membuatkan aku rasa nak bagi dia tinju Ip Man walaupun cerita Ip Man tak keluar lagi pada masa itu. Dari permulaan filem kau nak menjerit sampaikan paras kolestrol aku pun turut naik sama. Dahla filem Mistik tu rupa-rupanya sekadar mimpi. Lepas tu berani pulak kau bawa Aidil Zafuan pergi kahwin lari.

3) Ruminah Sidek


Hoiii nenek ni memang popular. Watak-watak hantu kopek, momok serta bomoh Mona Fandey semua dia boleh lakonkan dengan selamba ya ya. Seriously asal watak hantu je mesti Ruminah Sidek yang berlakon. Tak percaya? Jangan Pandang Belakang. Huii seram gila masa Pierre Andre dukung hantu Ruminah. Filem Congkak pun dia jadi Hantu. Filem Momok dia lagi menyinar dan lagi cantik daripada Hanis Zalikha. Baru-baru ini dalam siri televisyen yang aku tak sengaja tertengok sampai beberapa episod iaitu cerita Ular Emas dia jadi bomoh yang pailang sekali. Memang kool ah kau Ruminah Sidek. Oh satu lagi keluarga Sidek yang berlakon filem seram adalah Rashid Sidek dalam Cinta 100 Ela. Filem tu tak seram tapi lakonan memang kaku macam mayat so kira seramla. Tengok scene dia menangis memang membuatkan kita rasa tertekan sehingga rasa nak pergi minum minuman beralkohol pula.


4) Watak atuk/nenek misteri yang nampak macam watak jahat tetapi sebenarnya baik

Elemen ini tak kiralah filem Melayu ataupun filem barat, memang banyak kali guna taktik ni. Filem lucu kanak-kanak Home Alone pun pakai taktik ni. Selalunya watak ini dimainkan oleh pelakon veteran. Watak ini selalunya bersikap dingin, anti sosial yang suka marah-marah untuk membuat penonton berasa benci dengan mereka walaupun hakikatnya hati mereka suci. Kita boleh lihat watak ini dalam filem straight to VCD Blok 404 lakonan Ahmad B. Oh kawan aku Apai boleh buat mata Ahmad B haha. Filem Congkak pun ada atuk baik lakonan arwah M. Rajoli. Dan ada sorang serta sorang nenek celaka nak arwah keseramannya dalam filem seram Melayu pertama yang aku tonton iaitu Rahsia (ataupun mungkin filem lain, aku pun lupa haha). Korang ingat tak cerita tu? Filem itu ditayangkan masa aku sekolah rendah kot. Noorkumalasari, Shukery Hashim dengan Yusuf Haslam berlakon. Cerita pasal keluarga yang baru pindah ke rumah banglo tapi sering diganggu oleh entiti kanak-kanak. Rupa-rupanya Yusuf Haslam tu telah membunuh orang dan tanam orang dalam dinding banglo. Seram doo.


5) 'Showdown' Imam dan Iblis

Babak ini selalunya dijadikan klimaks syahwat. Eh klimaks filem. Masa tu watak utama sudah dirasuk. Semasa dirasuk, suaranya secara automatik akan bertukar kepada suara penyanyi kumpulan Cromok. Upacara 'exorcism' mula dijalankan. Imam mula-mula rasa cemas, tetapi setelah mengambil wudhu' Imam Muda tadi akan membaca ayat-ayat suci dan kemudiannya membuat gaya 'hadouken' untuk menghalau jembalang tadi dari tubuh mangsa. Mestilah Imam yang menang nak kena panah petir ke apa nak pagi jembalang menang. Contoh filem yang ada scene ini adalah Jangan Tegur dan siri televisyen Ular Emas. Bomoh Ruminah Sidek lawan dengan sapa tah nama Imam tu. Haa haa Ular Emas lagi. Eh masih ada ke cerita tu kat TV?

Baiklah setakat ini sahaja entri kali ini. Apa lagi benda-benda yang klise dalam filem seram Melayu? Mungkin lain kali aku akan buat perkara-perkara yang klise dalam filem seram Cina/Korea/Indonesia pula haa haa. Diharapkan anda tidak leka menonton filem seram di televisyen sehingga lalai dan tak solat maghrib. Assalamualaikum.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment