Wednesday, July 4, 2012

Re: RG2011... Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?

 

Mana lebih malu berdemo utk menuntut/bersih pilihanraya dari penyelewengan/penipuan atau meneruskan pilihanraya dengan segala penipuan/penyelewengan sprt dlm 8 tuntutan bersih tu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: mohd khairul ferguson <kindkladze@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 2 Jul 2012 03:28:58 -0700 (PDT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?

Assalamualaikum kepada sahabat semua,

Saya baru balik dari umrah pada 7/6/2012. Di Mekah dan Madinah tidak timbul langsung tentang sekatan kepada jemaah dari Malaysia dalam menunaikan umrah dan ziarah akibat daripada desas desus Bersih ni.

Malahan jemaah dari Malaysia dilayan dengan baik oleh petugas2 Arab Saudi sama ada di Riyadh, Jeddah, Mekah mahupun Madinah. Di lapangan terbang di sana juga hanyalah pemeriksaan biasa yang tidak langsung menyusahkan jemaah umrah. Polis2 Arab juga memberi kerjasama yang baik sewaktu kami melakukan tawaf dan juga sa'ie.

Oleh itu jangan lah kita risau kepada khabar angin yang melanda. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Kepada para jemaah yang nak melakukan Haji dan Umrah jangan risau, buatlah persiapan yang sebaiknya. Kita adalah tetamu Allah dan InsyaAllah Allah akan jaga kita di sana.

--- On Fri, 6/1/12, Cyber Boyz <mdsojan@gmail.com> wrote:

From: Cyber Boyz <mdsojan@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, June 1, 2012, 5:32 AM

 

bergambar dengan berbaju kuning logo bersih 3.0.....  cuba terangkan ape niat nye tu..... nak beribadat ke..... please la jgn berdolak dalih....

2012/6/1 RIDZWAN ALASYRAF <ridzwan_alasyraf@yahoo.com>


md sojan, betul ke dia org berdemo????setahu saya cuma bergambar aje. 

--- On Thu, 31/5/12, Cyber Boyz <mdsojan@gmail.com> wrote:

From: Cyber Boyz <mdsojan@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 31 May, 2012, 4:35 PM


 

penulis artikel ni tak paham agakner maksud "dua kota suci" yang dia dok tulis kat dlm ni....  org lain pergi dgn niat nak beribadah kepada Allah.... tapi korang pergi dgn niat nak berdemo... agaknyer klu ada peluang nak je dia pegi masuk berdemo kat dalam kaabah.... sangat2 memalukan....

2012/5/31 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>


KONONNYA jamaah haji dari Malaysia justeru unjukrasa Bersih 3.0 antaranya ada sama di Mekah dan Madinah.

Kerajaan Arab Saudi dikatakan oleh kerajaan Najib amat sensitif dengan tunjuk perasaan itu, maka ia menimbang untuk mengurangkan jamaah haji dari negara kita.

Maka menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia mengguna isu Bresih 3.0 kerana reaksi kerajaan Mekah itu.

Kalau betul kerajaan Saudi marahkan orang yang berbaju kuning di dua kota suci itu apa kecekapan diplomasi Wisma Putra dapat lakukan bagi menenangkan gangguan yang ada dalam kepala pemerintah Arab Saudi?

Jika justeru itu jamaah haji kita dikurangkan, maka jangan salah tunjuk perasaan, tetapi ia tanda diplomasi Wisma Putra lemah. Bolehlah disalahkan Bersih 3.0 itu, tetapi Wisma Putra mesti menunjukkan kebijaksanaan supaya kes sesenang itu dapat melenyapkan gangguan politik Arab Saudi.

Brigadier Jamil Khir janganperendah keupayaan Wisma Putra dalam kes seremah itu.

Saya tidak fikir Raja Saudi tidak dapat tidur kerana beberapa puluh orang pelajar kita ikut berbaju kuning hari itu.

Kalau Raja Saudi sensitif terhadap gelombang unjukrasa yang melanda banyak negara Arab, ia mesti berbuat sesuatu yang boleh mengelakkan rakyat Saudi menyintai kerajaannya lahir dan batin.

Jika Raja Saudi tidak dapat tidur, bukan diganggu oleh Bersih 3.0 tetapi mereka terganggu dengan Arab spring yang berlaku di sekeliling negaranya.

Ada unjukrasa yang seratus kali lebih besar berlaku di Yaman yang berkongsi sempadan dengannya, di Bahrain yang berkongsi budaya dengannya, Mesir yang hanya dipisahkan oleh Laut Khalzum, Libya yang sama-sama kaya minyak dan yang belum reda di Syria yang masih dalam berberang sekarang.

Apa yang berlaku di semua negara Arab itu mengetuk pintu hati ke semua rakyat Saudi. Yang menarik atas kejadian itu lebih ramai dari tidak tertarik.

Jangan kata apa yang berlaku di setiap negara itu tidak ada rakyatnya di Arab Saudi. Kalau rakyat Malaysia yang belajar di Mekah dan Madinah ada reaksi atas Bersih 3.0, apakah rakyat Mesir, Yaman, Libya, Syria dan Bahrain yang berada di Saudi tidak tertarik dengan perkembangan dalam negara masing-masing?

Pergolakan di semua negara Arab itu sudah berlaku sebelum musim haji yang lalu. Jamaah haji dari semua negara itu tentu membincangkan perkara itu dengan rakyat negara masing-maing yang berada di Mekah dan Madinah dan mereka juga bercakap mengenaikan dengan lain-lain jamaah Arab termasuk rakyat Saudi sendiri.

Adakah Mekah mengurangkan jamaah haji dari setiap negara yang bergolak itu dalam musim haji yang lalu?

Sekarang ada hasil yang baik di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman. Malah Maghribi dan Jordan menyesuaikan keadaannya dengan dunia Aran. Apakah hasil pergolakan di semua negara itu tidak menarik perhatian watan Saudi?

Apakah jamaah mereka yang naik haji nanti tidak membincangkan keseronokan mereka atas suassana baru di negara masaing-masing?

Maka kalau Saudi hendak mengurangkan jamaah haji dari Malaysia kerana ada orang berbaju kuning di dua kota tempoh hari, maka mereka perlu fikirkan untuk mengurangkan jamaah haji dari semua negara Arab yang baru lepas dari pemerintihan totalitarian itu.

Lagi pun Arab Saudi ada pengalaman menghadapi tunjukperasaan jamaah Iran beberapa musim haji selepas Shah Iran tumbang. Semangat anti Raja Saudi itu bukan sekadar dinyatakan di Iran tetapi dinyatakan dalam tunjukperasaan besar-besaran di Mekah. Kerajaan Saudi dapat menanganinya.

Berpuluh ribu orang menunjukrasa di sekeliling Masjidil Haram. Bukan sekadar kurang dari 100 berbaju kkuning di luar musim haji.

Ada cadangan Saudi untuk mengurangkan jamaah Iran masa itu. Tetapi Ayahtullah Khomeini mengugut untuk tidak menghantar jamaah kiranya ada langkah mengurangkannya.

Jamaah Iran tetap dapat naik haji mengikut qotanya.

Kerajaan Saudi tentu memahami perkembangan dunia. Tentu dia memberi reaksii yang berlebihan dalam semua perkembangan.

Lagi pun mereka tahu PRU 13 belum menjamin BN terus berkuasa. Kiranya PRU berlaku sebelum haji, maka yang mengetuai jamaah haji Malaysia ada orang sama dalam Bersih 3.0. Tentulah Bersih 3.0 tidak lagi jadi isu bagi kerajaan Saudi. Tidak berbangkit lagi mengurangkan jamaah dari Malaysia.







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment