Thursday, July 26, 2012

Re: RG2011... Fw: Diarah Tanggal Pakaian Kerana...

 

walaupun gadis tu terlindung disebalik lembaran kertas namun pasti beliau memiliki wajah/perawakan menawan. tak mustahil pihak terbabit sengaja  mengambil kesempatan keatasnya. kuang ajaq!

 
2012/7/26 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Salam alaik,

Apa yang berlaku ini saya terasa sangat seolah-olah ia berlaku ke atas diri anak perempuan saya sendiri. Lagipun, orang Islam bersaudara. Sesiapa jua Umat Islam yang disakiti dan dijatuhkan maruah, seharusnya kita semua rasai dan ambil berat juga.

KES ini adalah petanda amaran kepada semua wanita yang bertugas.  

Anda perlu ambil tahu HAD atau BATASAN sesuatu tindakan yang boleh diambil oleh majikan di dalam sebarang krisis.

Jika ia melibatkan keraguan dan memerlukan pemeriksaan, adakah perlakuan seperti ini di-izinkan?  Jika terizinpun, maka ia sepatutnya dilakukan oleh pegawai wanita sahaja. Kita tak boleh menafikan bahawa memang ada berlaku kecurian di sesetengah tempat perniagaan. 

Apabila melibatkan tugasan sebagai cashier, POLISI SISTEM KERJA OLEH SYARIKAT PERLU JELAS apabila berlakunya sebarang keraguan. Ini sebagai control supaya tidak menjejaskan prestasi petugas dan juga untuk menjaga aset syarikat dari pilferage.

Jika tiada POLISI SISTEM KERJA UNTUK CASHIER, maka akan berlakulah perkara seperti ini. Sepatutnya penyelia periksa juga jualan Credit Card atau DEBIT CARD, tapi sebaliknya terus nak periksa seluar dalam dan baju dalam serta-merta. Jika penyelia itu lelaki, kemungkinan dia ada niat tambahan. 

Syarikat ini BODOH namanya jika tiada POLISI SISTEM KERJA. Jika penyelia tersebut masih dibiarkan bertugas lagi,  MAKA MEMANGlah JELEK syarikat ni, yakni mencerminkan KEJELEKAN kumpulan Pengurus dan Board of Directors sekaligus. 

Ingin juga saya tahu syarikat Farmasi apa ini. Adakah ia Guardian, Watson, Cosway atau independent. 

Senang kita semua boleh ELAKKAN dari membuat sebarang kunjungan samasekali apabila berada di Batu Pahat.

Harap kita semua pantau kes ini sehingga penutupnya. 
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: Norul Izzah <norul_izzah@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, July 25, 2012 10:00 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Diarah Tanggal Pakaian Kerana...

ESSS TAK PATUT LANGSUNG MCM TUUU


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, July 22, 2012 7:19 PM
Subject: RG2011... Fw: Diarah Tanggal Pakaian Kerana...

 


Gadis Diarah Tanggal Pakaian Kerana...

duniacacamarba.blogspot.
 
 
[SH] BATU PAHAT – "Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

"Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini," kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

"Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

"Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati," katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

"Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

"Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan," katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

"Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

"Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya," katanya.







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment