Monday, July 2, 2012

Re: RG2011... Fw: Menolak digelar sebagai 'First Lady of Egypt'

kalau gitu, masyhornya Bik (Dr) Rosmah....
layak dipanggil FLOM huhuhu..
 
Syed Azam Jamalullil

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 1 July 2012 11:52 PM
Subject: RG2011... Fw: Menolak digelar sebagai 'First Lady of Egypt'

 

 

Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama

batuvskayu.blogspot
 
KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai orang lain.

Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di Mesir.

Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat.

"Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya.

 
 
Caya la
 
 

Najla Mahmud Isteri Presiden Mesir Menolak Gelaran Sebagai 'First Lady Of Egypt'.

laksamanabukitbintang.blogspot
Posted by Roslan Alan

 

Iklan Rosmah Sebagai 1st Lady Of Malaysia Di Akhbar New York Times Yang DiBayar Dengan Wang Rakyat!! 1
 
 
 
 
 
----- Original Message -----
 
Subject: Menolak digelar sebagai 'First Lady of Egypt'

Ini sudah tentu berbeza dgn isteri seorang tu...dalam negara kita...
 
......................................................................................................................................................

Isteri Mohamed Mursi menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'

Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai  Ummu Ahmed.

Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.

Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.

"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.

Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.

"Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'."

Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara.

"Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta."

Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.


No comments:

Post a Comment