Wednesday, July 4, 2012

Re: RG2011... Fw: Sah Najib terlibat skandal kontrak LRT Ampang

 

alamak kak....nie isu open tender dan bukan decision boss....

boss dalam isu ini adalah kerajaan malaysia dan boss nya adalah rakyat...

bila isu LRT nie, menggunakan duit rakyat atau perbelanjaan
rakyat.....dah elok dah tu buat open tender tapi kenapa perlu
lanjutkan tender sampai retendering selama hampir satu tahun....

asal masa tutup tender ada 6 company, bila retender, 3 company besar
keluar dan tak nak masuk sebab mereka nampak seperti ada faktor
favouritism...

company besar yang keluar dan tak masuk balik tender adalah bombardier
dan siemens...(ggogle kalau tak tahu berapa besar company nie)

yang favourite or front runner skrg nie george kent kilang buat meter
air......kroni najib......or golf buddy dia.....kan ke pelik....

On 03/07/2012, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:
> Saya tak pasti kalau ini satu isu. Sebab dalam kebanyakan organisasi, the
> boss has the final say. Tak ada masalah melainkan terbukti bos itu bertindak
> demikian kerana mendapat sogokan.
>
>
> ________________________________
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Sunday, July 1, 2012 10:56 PM
> Subject: RG2011... Fw: Sah Najib terlibat skandal kontrak LRT Ampang
>
>
>
> 
>
> Rafizi: Jawapan PM isu LRT kukuhkan spekulasi
> bloglistpolitik.blogspot.com
> Jawapan perdana menteri bahawa projek sambungan LRT Ampang mengikut
> peraturan, tanpa menafikan pemberian tender kepada Konsortium George Kent,
> mengukuhkan spekulasi beliau melanggar keputusan penilaian bidaan, kata
> PKR.
>
> Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan Datuk Seri
> Najib Razak itu mengesahkan kontrak itu telah dianugerahkan kepada
> konsortium
> itu seperti disyaki banyak pihak.
>
> "Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi
> desakan bahawa Najib wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu
>
> telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent, kerana itu bakal
> menjawab
> pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau dalam proses pemilihan
> kontraktor," katanya.
>
> Najib malam tadi ketika ditanya
> pemberita berkata, tiada apa-apa yang luar biasa dalam penganugerahan projek
>
> kerja-kerja sambungan projek bernilai lebih RM1 bilion itu kerana semuanya
> menurut
> aturan.
>
> Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, beliau
> dimaklumkan sumber dalaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
> (SPRM)
> telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak itu dari pejabat
> Prasarana semalam.
>
> Kesimpulan itu juga dibuatnya ekoran Pengarah Urusan
> Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar didakwa tidak menafikan perkara itu
>
> melalui komunikasi dengannya di laman blog mikro Twitter berhubung isu
> itu.
>
> Twitter yang dirujuk itu menyebut Shahril sebagai menulis: "Fizi
> (Rafizi), there was no such thing as 'rampas'. Just let them do their
> job.
>
> (Fizi, tiada sama sekali apa yang dikatakan 'rampas'. Biar mereka
> buat kerja mereka.)
>
> Malaysiakini semalam melaporkan SPRM datang ke
> pejabat syarikat pengangkutan nasional Syarikat Prasarana Negara Bhd sekoran
>
> dakwaan Rafizi terhadap campur tangan Najib dalam projek itu.
>
> Menurut
> sumber, mereka tiba selepas jam 4 petang. Pegawai Prasarana bagaimanapun
> menafikan ia satu serbuan.
>
> Sementara itu, Rafizi terus mendakwa, salah
> satu dokumen yang diambil adalah kertas rasmi yang membuktikan Prasarana
> memulangkan kembali bon tender kepada George Kent kerana kumpulan itu
> dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak awal.
>
> Justeru, katanya,
> sebarang keputusan menganugerahkan kontrak itu kepada George Kent sudah
> tentu
> bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang
> diterimapakai.
>
> Rafizi juga menyeru Shahril mengesahkan dakwaan bahawa bon
> tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk
> mengelakkan
> pelbagai spekulasi baru.
>
> Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu
> sepatutnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour)
> tetapi
> atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.
>
> http://www.malaysiakini.com/news/202367
>
>
> Dicatat Oleh jeebond
>
>
>
> Sah Najib terlibat skandal kontrak LRT Ampang
> pencacai-semalaysia.com
> Posted by Pencacai
> SeMalaysia®
>
> Saya mengalu-alukan
> kenyataan pendek Dato' Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal
> anugerah
> kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan
> persoalan
> baru.
>
> Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak hanya menyebut bahawa
> "tiada yang salah dalam proses anugerah itu" tidak menafikan bahawa
> Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang
> didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Dato' Seri Najib
> Tun
> Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak
> kepada pembida lain.
>
> Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa
> Dato' Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada
> kontrak
> itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal
> menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses
> pemilihan kontraktor.
>
> Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak
> Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai
> dokumen
> rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam.
>
> (Dakwaan saya
> bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari
> Pengarah
> Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi
> Twitter
> yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen
> diambil
> oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan "rampas").
>
> Salah
> satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa
>
> Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu
> jaminan
> kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium
> George
> Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida
> berpotensi
> sejak dari awal lagi.
>
> Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak
> ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan
>
> penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai.
>
> Saya menyeru
> supaya Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya
> mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent
> benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi
> baru.
>
> Saya beranggapan bahawa kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak
> semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan
> kepada
> Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.
>
> Bermula
> Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan
> kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur
> tangan Dato' Seri Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut
> membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.
>
> MOHD RAFIZI
> RAMLI
> Dicacai Oleh Pencacai
> SeMalaysia®
>
>
> Azmi Mohd
> Noor· Top Commenter · UKM
> x pe... biar dia wak mcm t psl lepas ni
> dia akan tido terus dlm hotel sungai buluh....
>
>
> Abu
> Sumayyah· Top Commenter
> dedahkanlah segala
> penyelewengan.....supaya rakyat boleh buat
> pebilaian.
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment