Wednesday, July 4, 2012

Re: RG2011... Fwd: PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!

 

Salam..

Jangan la sarcastic. Posting2 Shred tu memang la sebahagiannya tak berasas tapi sebagai saudara Islam, walaupun tak mengenalinya saya yakin sekurang-kurangnya Shred ada buat 2 perkara daripada 4 perkara tu - memberi sedekah dan berbakti kepada ibu bapanya. 

Jangan judge orang berdasarkan posting sahaja. For all you know, entah-entah sedekah jariahnya lebih banyak dari kita ni. 


From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
To: Jamsari N9 <jsguyz.69@gmail.com>; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, July 2, 2012 4:42 PM
Subject: RE: RG2011... Fwd: PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!

 
BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA
 
Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: "Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan." (Hadis riwayat Abu Naim).
 
Shred ader wat 4 perkara diatas?
X de kan…tok sah dok layan dia…email dia hanya layak utk delete icon & shedder machine….hehehe
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of ayah3amirul
Sent: Monday, 2 July, 2012 4:23 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fwd: PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!
 
 
kebanyakan geng2 kat sini dah x suka dan x caya lagi berita2 fitnah ko
shred. ko gi la tabur fitnah ko tu kat tempat lain yang ko boleh cari makan.
kaum sekutu dgn ko pun dah x cover ko lagi. setakat paste gambar dlm
masjid sapa2 pun boleh buat bro. syohhh.... gi main jauh2 la. kasi semak
je kat sini.
2012/6/30 al al <bdm3557@yahoo.com>
 
kalah dh namanya shred @ shrek, dh mmg longkang aje beritanya!
 

From: HANZ <hanzedison@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, June 28, 2012 6:10 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!
 
 
berita longkang
hahahahahah
 x usah la nk buat cerita karut yg menambah dosa semanjang masa.
sekarang ni ye la Allah bagi chance, nanti dh mati esok baru tau menyesal buat keje x baik kat dunia. 
tp x per la... buat la DOSA BYK MANA PUN. doa2 la sempat minta ampun sebelum 'DIPANGGIL'
2012/6/27 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 
 

PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!

 2:27 PM  Malaysia Post

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum..." katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. - Bernama




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment