Tuesday, July 24, 2012

Re: RG2011... Tahap Adab Sopan Malaysia ditempat corot sekali.

 

Setuju dgn Mann Trex dan tak terperanjat dgn hasil kajian. Tak ada sesiapa boleh nafikan sikap masyarakat kita yg ditemui dalam kajian antara lain spt berikut:
- bila memandu, menukar lorong sesuka hati tanpa memberi signal
- merampas tempat parking dari org lain yg telah sedia menunggu
- masuk ke dalam lif atau kenderaan awam tanpa menunggu orang di dalam keluar terlebih dahulu
- tidak mahu memberi tempat duduk kepada org tua dan wanita mengandung ketika naik kenderaan awam
Dan banyak lagi sikap yg menunjukkan mementingkan diri sendiri termasuk melepaskan pintu kaca bila masuk atau keluar dari bank atau mana2 pejabat awam sedangkan dah tahu ada orang lain dibelakang yang turut hendak masuk atau keluar. 

Future generation will be worse. Apa la gunanya solat tak tinggal, berpakaian macam alim tapi hubungan sesama manusia lain hampeh.




Sent from my iPhone

On 25/07/2012, at 1:18, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

 

Salam alaik,

Tahap ADAB SOPAN Malaysia ditempat tercorot sekali, iaitu No.34 dari No.35 buah negara.


Mengapa begitu? 

Walhal majoriti mengaku sebagai Muslim, namun tabiat sebahagian Muslim ini terbukti biadab dari penyelidikan. 

Seharusnya Umat Islam patut beradab lagi kerana mengaku Umat Nabi Muhammad. Adakah kerana qualiti didikan ibubapa mereka ini banyak kekurangan?

Katakanlah kita menolak penyelidikan tersebut. 

Biarkan saya beri 3 contoh yang berlaku pada diri saya sendiri:

1. Semasa saya menaiki komuter hala ke Subang Jaya, kelihatan 3 orang warga emas berumur 60an berdiri berhempit-hempit. Saya lihat yang duduk dikerusi kesemuanya orang muda MELAYU. Setelah meminta mereka dengan nasihat yang baik tapi degil, saya terpaksa mengarahkan mereka bangun dengan nada yang lebih tinggi, barulah mereka bangun dan mengizinkan orang tua-tua ni duduk. Generasi yang suka fikir diri sendiri semakin menular hasil dari kurang pendidikan ibubapa mereka dan dari budaya setempat.

2. Semasa saya pulang dari Subang Jaya naik komuter, kelihatan ramai berdiri tapi ada satu kerusi kosong disebelah seorang Ustadz yang sibuk menyemak kertas peperiksaan subjek agama Sekolah Sungai ...... . Rupa-rupanya kerusinya diletakkan beg. Bila saya bertanya ingin duduk, dia kata kerusi sebelahnya khas untuk letak begnya. Saya kata, dia perlu letak begnya di bawah. Dengan muka berubah masam, lalu dia hempas begnya ke bawah. Orang lain disitu tersengah-sengeh. Mungkin sejak dari awal lagi dia tak mengizinkan sesiapapun duduk sebelah. Saya sangat malu dengan perangai Ustadz ini yang berserban dan berjubah ni. Amat meng-aibkan Agama Islam dengan akhlak buruk. Kerana apa saya katakan dia meng-aibkan Agama Islam? Sebab dia mengitiharkan Keislamannya dengan simbol pemakaian sebegitu tapi perangainya lebih mempertontonkan kaum jahiliyah yang biadab. 

3. Kini bukan sekadar ketika solat Jumaat sahaja umat Islam lelaki yang parking sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna jalan di sesetengah kawasan, malahan tiap-tiap malam sepanjang Ramadan ketika Solat Isya' dan taraweh. Nabi dah sebut bahawa pahala terkecil ialah membuang kayu atau batu yang menghalang jalan. Sebaliknya pulak, sekumpulan Umat Islam ni dengan sengaja menghalang jalan. Sambil solat taraweh agar dapat pahala untuk diri sendiri, namun buat dosa kepada pengguna jalan lain. 

Ada banyak lagi contoh tapi bukan kerja kita nak bentang buruk orang. 

Ramai yang terlupa agaknya bahawa Agama Islam BUKAN SEKADAR percaya dan mengaku 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Agama Islam berkaitan kuat dengan keadilan, iaitu perbuatan kita terhadap orang lain. 

KEADILAN dan BERLAKU BAIK TERHADAP ORANG LAIN adalah hasil penghayatan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman sendiri. 

Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendidik diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga dengan akhlak yang mulia.  
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

=

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment