Tuesday, July 24, 2012

RG2011... [api_penang] Rayuan Sumbangan Untuk Program " Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita."

 

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
 
 
Assalamualaikum W.B.T 
 
Tuan/Puan,
 
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBIAYAI PROGRAM RAMADHAN DISCOVERY: SIAPA MEREKA DI HATI KITA PADA 3 OGOS  SEHINGGA 4 OGOS  2012

Merujuk perkara di atas.
 
2.         Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) merupakan badan yang ditubuhkan untuk memahami permasalahan sosial yang melanda masyarakat terutamanya remaja, serta mempromosi dan mengupayadaya komuniti-komuniti setempat dengan gaya hidup sihat tanpa gejala sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.
 
3.         Sukacita dimaklumkan UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) , NGO muda Pulau Pinang, qaryah Masjid Kapitan Keling dan agensi kerajaan akan mengadakan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hal ini demikian kerana pada bulan ramadhan, golongan gelandangan adalah antara golongan yang akan memenuhi jalanan di sekitar Georgetown. UNGGAS dengan kerjasama pihak-pihak di atas akan mengadakan program khas iaitu "Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita " bagi meraikan kelompok ini, dalam masa yang sama cuba berusaha mewujudkan pusat perlindungan ( shelter) untuk golongan ini
 
4.         Berikut dinyatakan butir program:
           
                        Program : "Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita "
                        Tarikh  :  Bermula dari 3 Ogos hingga 4 Ogos 2012
                        Tempat  :  Masjid Kapitan Keling Georgetown Pulau Pinang.
 
5.         Oleh itu kami memerlukan sumbangan dana daripada tuan/puan dalam merialisasikan program ini.
sekiranya pihak tuan/puan ingin memberikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan terus sumbangan ke akaun CIMB Islamic atas nama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia ( UNGGAS Malaysia) no. Akaun : 07020000175102 ( sila nyatakan jumlah sumbangan ke no 0194522893 untuk tujuan rekod).
 
6.         Sebarang pertanyaan berkenaan program bolehlah menghubungi saudari Hassuna Abdul Rahman di talian 019 4522893. Bersama-sama surat ini juga disertakan flayes sumbangan untuk program ini. Jasa baik tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan . Moga Allah melimpahkan lebih banyak rezeki yang berkat kepada tuan/ puan atas kebaikan tuan/puan menyumbang untuk program ini serta  pengurusan kesuluruhan.
 
Sekian.Terima Kasih.
 
 
" DEMI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT "
 
 
Yang Benar,
 
Hassuna Abdul Rahman
( Sekretariat Program Ramadhan Discovery)




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment