Wednesday, July 4, 2012

RG2011... Fw: Mufti Pahang Buat Kenyataan Kontroversi

 



 

Panas: Mufti Pahang, Buat Kenyataan Kontroversi Supaya UMNO Laksana Hudud Ke Seluruh Negara

Pahangdaily.blogspot
 
 
KUANTAN, 3 Julai - Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) tiba-tiba mencetuskan kontroversi terbaru kepada politik di negara ini, bila beliau dengan beraninya meminta UMNO diminta membincangkan cadangan melaksanakan hudud yang dikemukakan seorang ADUN Johor untuk pelaksanaan di seluruh negara, bukan Johor sahaja. Laporan dari akhbar Sinar Harian hari ini dipetik, Mufti Pahang itu mahu hudud dilaksanakan di seluruh negara dan bukannya di Johor sahaja. Kenyataan beliau ini pasti akan memberi tekanan kepada parti pemerintah UMNO sebenarnya. Apa yang mengejutkan, sebelum ini beliau sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun kini ia seolah-olah sudah berubah.
 
Apakah motif beliau agaknya?. Dalam kenyataannta, beliau berkata sebagai parti yang mendominasi pemerintahan negara, UMNO mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian termasuk memahamkan orang bukan Islam mengenai kesempurnaan hudud. "Ini penting. Kita tidak mahu orang bukan Islam terus salah faham," katanya. Sehubungan itu, kata beliau, isu hudud tidak boleh dibincangkan dan dilaksanakan di negeri tertentu sahaja. "Ia akan buat keadaan jadi lebih rumit jika hanya dilaksanakan di negeri tertentu tetapi tidak di negeri lain," katanya. Antara kerumitan itu, kata Abdul Rahman termasuk isu perbezaan dalam undang-undang Islam yang boleh menimbulkan lebih banyak salah faham terutamanya terhadap masyarakat bukan Islam.
 
Apa yang pasti, kenyataan Mufti Pahang ini tentunya akan menyebabkan beliau menjadi bahan kritikan kepada kerajaan UMNO BN kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan lantang mengeluarkan kenyataan "Malaysia tidak akan laksanakan Hudud". Jika dilihat kepada kenyataan Najib ini, kemungkinan besar Mufti Pahang ini akan menjadi sasaran dan cemuhan para penyokong UMNO. Tambahan pula, mana mungkin UMNO mahu melaksanakan hudud melainkan mencemuh tindakan PAS mahu laksanakannya di negeri Kelantan. Mereka lebih selesa menghalang, tetapi rela memberi banyak alasan untuk laksana undang-undang Allah di atas muka bumi sebenarnya.


Lihat dua persepsi berbeza tentang hukum hudud dari dua pemimpin Islam


[Apapun umat Islam harus ucapkan syabas dan tahniah kepada Mufti Pahang ini kerana akhirnya beliau berani membuat satu kenyataan panas yang tidak selari dengan pemimpin UMNO itu sendiri. Soalnya, apakah UMNO berani laksanakan Hudud ke seluruh negara sedangkan selama ini mereka amat takut kepada hukum Allah itu. Berbagai alasan diberikan bagi mengelakkan ia dilaksanakan di negara ini. Soal pemahaman dan sebagainya lebih diutamakan, sedangkan Nabi Muhammad SAW sudah memberi pemahaman kepada umat Islam sejak ribuan tahun yang lalu.
 
Pelik, bila bab Hudud perlu pemahaman, tapi bila bab buat undang-undang dan hukum manusia terhadap rakyat tidak pula diberi pemahaman terlebih dahulu. Kenapa hukum Allah tidak mahu dilaksanakan?. Jika benar apa yang mahu dilaksanakan oleh PAS Kelantan itu dianggap Hudud PAS. Maka, mana hukum Hudud sebenar yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemimpin UMNO yang kini berkuasa?. Maka itu, buat pilihan terbaik pada PRU nanti].
 
 

HUDUD - Realiti Beserta Fakta Bergambar..

Mula Mula ..
 Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh
 Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek

Namun, DiBack Up Mufti Pahang

Malangnya Ditepis Jawatankuasa Agama
Sebabnya Bos Dah Bagi Tau Awal Awal
Maka .. Inilah Pengakhirannya .....
 
 
 
 

Insya'Allah Cina Yang Faham Mereka Akan terima HUDUD

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment