Thursday, July 26, 2012

RG2011... Fw: Selangor beri dua Bonus Raya

 



 

Kerajaan Selangor beri dua Bonus Raya



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan pemberian pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berbeza dengan bonus yang diumumkan Perdana Menteri kepada penjawat awam semalam, Kerajaan Selangor turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.

Menurut Khalid, pemberian bonus kali ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

"Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," katanya.-HD

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment