Sunday, July 1, 2012

RG2011... Fw: [warga_kilang] sahabat tolonglah aku

As Salam,

Utk pengetahuan semua sahabat kita sekarang berada di Hospital Taiping akibat paru2 berair.
Jadi saya bagi pihak isteri beliau mohon jasa baik kawan2 semua dapat membantu apa yg boleh

Hari ini hari beliau, hari esok siapa tau mungkin giliran kita pula.
 
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Noliana bt Abdul Rahman (isteri)
Tel no: 017-4932695
 
Maybank
Akaun no: 107117429850
 
Tolong sebarkan dan terima kasih.

Shukri
NGO Wargakilang



----- Forwarded Message -----
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Thursday, June 21, 2012 11:47 AM
Subject: Fw: [warga_kilang] sahabat tolonglah aku

As Salam Semua,

Dibawah adalah nukilan seorang penulis wargakilang berkenaan sahabat kita yg juga pekerja kilang, memang sinonim dgn nama ngo Wargakilang yg memerlukan bantuan semua sahabat dalam meringankan bebannya utk menghadapi hari2 yg mendatang.

InsyaAllah sama2lah kita bantu membantu, Hari ini hari dia, mana tau esok lusa kita pula yg diuji.

Sila war2kan

Diucapkan jutaan terimakasih kepada yg sudi membantu dan mewar2kan email ini.

Shukri
NGO Wargakilang
019-5407859

----- Forwarded Message -----
From: Wahab <wahab@venture.com.sg>
To: warga_kilang@yahoogroups.com
Sent: Thursday, June 21, 2012 11:39 AM
Subject: [warga_kilang] sahabat tolonglah aku

 
Sahabat tolonglah aku….
 
Luluh, itulah perkataan  paling tepat mengambarkan perasaan Abdul Raof bin Illias ketika diberitahu kedua kakinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan kudisnya dari merebak, setelah 5 tahun menderita kencing manis, kini kedua kakinya tidak dapat diselamatkan lagi.
 
Keaadan kaki sebelum dipotong
 
Minggu lepas aku berkesempatan melawat beliau di hospital pulau pinang, sewaktu kunjungan nun dihujung katil merenung wajah-wajah comel  anaknya dalam usia belasan tahun, bohonglah kalau aku katakan hati mana tidak tersentuh ketika menangkap bebola mata mereka, Pandangan mereka telus dan jernih mengharapkan ayah mereka cepat sembuh ada dahan untuk terus berpaut, masih ada tempat untuk mereka berteduh, kata mereka kami rindukan ayah seperti masa-masa lalu.
 
Kata Abdul Raof kenyataan memang benar,
Katanya, Aku juga manusia, spt kalian semua, ingin berkerja menyara keluarga, beriadah namun apakan daya, aku kini terlantar, sudah 3 bulan terbaring dihospital nak berjalan seperti biasa aku tak mampu lagi, sahabat-sahabat semua bantulah aku meneruskan kehidupan ini, bila dia sebut macam ni, aku terus jadik jem…tak tau nak cakap apa takleh nak imagine kalau diri sendiri berada dalam situasi yang dia alami sekarang ni, hanya mereka-mereka yg pernah merasai susah payah menanggung penderitaan kencing manis sahaja yg mampu menceritakan tambahan pula sebulan lagi kita semua dah nak berpuasa dan berhari raya.
 
Saudara Abdul Raof sedang terlantar setelah kaki kanan dipotong, manakala kaki kiri akan dipotong seterusnya.
 
 
Abdul Raof adalah bekas pekerja kilang (Seagate) di Bayan Lepas.
Sebagai seorang insan yang juga bekerja kilang, saya ingin merayu simpati rakan-rakan pekerja kilang khususnya dan semua yang bersimpati di luar sana, jika ada sedikit rezeki yang berlebihan, sudilah kiranya membantu saudara kita ini, Abdul Raof bin Illias, berumur 52 tahun, tinggal dipulau pinang, masih mempunyai tanggungan, isteri dan anak-anak  yang masih bersekolah
 
Hari ini hari beliau, hari esok siapa tau mungkin giliran kita pula.
 
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Noliana bt Abdul Rahman (isteri)
Tel no: 017-4932695
 
Maybank
Akaun no: 107117429850
 
Tolong sebarkan dan terima kasih.
 
Wahab
AJK
NGO Wargakilang.
21-Jun-2012
 
 
 




No comments:

Post a Comment