Monday, July 2, 2012

RG2011... Misteri Kehidupan

 

 
Ini berlaku sekitar pada tahun 1978. Di sebuah syarikat gergasi yang bernama Procter & Gamble, ibu pejabat yang terletak di Cincinnati. Untuk yang tidak tahu apakah itu syarikat Procter & Gamble, ianya adalah syarikat edar antara terbesar di Malaysia. Bayangkan syampu, ataupunsegala  kelengkapan seharian yang dipakai oleh kita, itu sebenarnya datang daripada edaran mereka. Boleh lihat di belakang syampu, minyak rambut untuk memastikannya.
 
Procter_and_Gamble_Logo
 
Di dalam meja ofis yang berbentuk cube, duduklah sepasang pemuda yang berumur 22 tahun yang barus sahaja tamat belajar. Tugasan mereka adalah membantu  Duncan Hines menjual biskut brownie, tetapi menjadi malang, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan menulis surat memo kerana terikat dengan undang-undang syarikat yang ketat.
 
Mereka bukan tidak bijak, jika diukur daripada kelayakan univeristi, mereka bukannya datang dari calang-calang univerisiti, mereka adalah lulusan Harvard dan Dartmouth.
 
Persoalannya, apakah yang membezakan mereka dengan orang lain jika dilihat daripada pembabitan awal? Apakah yang membezakan mereka dengan pemuda yang lain? Tiada antara mereka mempunyai impian atau kerjaya spesifikasi jelas yang ingin diceburi ketika itu. Apa yang pasti, setiap tengahri mereka akan bermain bola keranjang yang terhasil daripada gumpalan meme.
 
Kata salah seorang daripada mereka,
 
" Kami pernah diundi sebagai  lelaki yang mempunyai peluang yang paling sedikit untuk berjaya."
 
Cuba anda bayangkan, apakah perasaan jika dikatakan sedemikian. Pastinya anda membayangan bahawa kenyataan itu hampir tepat. Pembaca seharian, mereka yang dimaksudkan itu adalah Jeffrey Immelt dan juga Steven Ballmer, yang telah berjaya menjawat jawatan penting iaitu CEO sebelum berumur 50 tahun di syarikat gergasi dunia iaitu General Electric dan Microsoft. Sangat berbeza dengan kenyataan kebanyakan orang bahawa mereka tidak akan berjaya.
 
Steve Ballmer
 
Persoalannya dalam kes ini, apakah itu bakat?Pelik kerana kita tidak melihat apa-apa  pun sesuatu yang luar biasa ketika mereka berumur 22 tahun dan memulakan kerjaya. Adakah mereka mempunyai otak yang bijak?Diakui mereka datangnya daripada universiti yang ternama dan mereka sememangnya bijak, tetapi tiada bukti menunjukkan mereka lebih bijak berbanding dengan rakan mereka yang lain. Adakah ianya hasil kerja keras? Mungkin benar tetapi itu bukan point yang hendak dicari.  Jadi apakah ia? Saya tinggalkan untuk difikirkan.
 
Salam inspirasi ;-)
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment