Thursday, July 26, 2012

RG2011... Polis serang pelanggan di restoran A&W ketika Bersih, saksi beritahu Suhakam

 

KUALA LUMPUR, — Polis telah menyerbu masuk ke dalam restoran A&W semasa perhimpunan 28 April dan menyerang peserta Bersih yang sedang makan di situ, kata seorang saksi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam inkuiri hari ini.

Karam Singh Charan Singh, 50, seorang pemandu pelancong, mendakwa bahawa dia dan yang lain diserang oleh pegawai polis ketika sedang minum di restoran A&W di Jalan Tun Perak selepas perhimpunan itu.

"Polis telah menunjukkan kad kuasa mereka dan mengarahkan staf restoran itu untuk membuka pintu. Saya beritahu pekerja itu supaya jangan membuka pintu, tetapi staf restoran itu enggan mendengar kata saya dan membenarkan polis masuk.

"Polis itu kemudiannya terus ke meja saya dan rakan saya serta menyuruh kami membuka baju kuning. Seorang anggota polis kemudiannya cuba untuk menumbuk saya tapi tumbukannya hanya menyebabkan sedikit bengkak," kata Karam.

Dia kemudian memberitahu panel bahawa polis telah memukulnya kerana cuba mempertahankan rakannya itu.

"Sembilan puluh peratus dari pelanggan tersebut adalah peserta Bersih. Ada seorang polis yang menjerit kami tidak sepatutnya dilayan begitu, mendakwa bahawa ada seorang pegawai polis telah dibunuh oleh para penunjuk perasaan.

"Polis telah memanggil kami 'perosak', memukul seorang lelaki dan mengherdik dua orang perempuan untuk pergi dari situ," katanya lagi.

Karam berkata bahawa dia mendengar khabar angin bahawa seorang pegawai polis dan dua orang penunjuk perasaan telah terbunuh pada hari itu.

Dia juga berkata kepada panel dan pemerhati dia tidak membuat laporan polis tentang serangan itu di restoran.

"Saya hilang keyakinan terhadap polis selepas menyaksikan cara mereka melayan dan menakutkan kami yang mereka akan menyerang kami jika kami mengadu tentang mereka.

"Saya tidak cedera dari segi fizikal, tetapi merasa malu dengan insiden tersebut," katanya lagi.

ia berkata pada awal hari tersebut, suasana perhimpunan tersebut seperti karnival tetapi menjadi tegang apabila polis mula menahan para penunjuk perasaan.

Inkuiri yang bermula pada 5 Julai, mahu menentukan sejauh mana keganasan terhadap hak asasi manusia terhadap mana-mana pihak semasa dan selepas perhimpunan.

Panel inkuiri yang diketuai oleh Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.

Inkuiri bersambung pada 26 Julai.

Polis pukul peserta Bersih nyanyi lagu 'Barisan Kita'

KUALA LUMPUR- Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukul beliau sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' pada 28 April lalu.

Leong Siew Meng, 34, berkata, polis juga memaki beliau dengan kata-kata kesat 'ini cina babi' 'ini langsi punya orang' sewaktu menangkap beliau.

"Polis pukul saya ramai-ramai sambil nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Masa itu saya pakai rantai emas dan rantai saya turut dirampas," kata beliau kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Leong ketika itu mengikut kumpulan Anti-Lynas yang mula berkumpul di KLCC sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Daniel Lee Teck Yew, 39 pula menerima lima jahitan di telinga kanannya akibat terkena senjata tajam.

Beliau juga menunjukkan bukti video dan gambar kepada pihak Suhakam termasuk video seorang lelaki tua mengalami kesukaran bernafas akibat gas pemedih mata.

Tambah beliau lagi, dua kereta polis dilihat menghala ke arah kumpulan peserta di jalan Tun Perak menyebabkan peserta memabling botol air mineral ke arah kereta.

"Mood peserta berubah setelah ditembak gas pemedih mata. sebelum itu semua gembira," katanya.

Mereka berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.



Polis punca keganasan dalam pehimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu

Oleh Thanusya Shanmuganathan

KUALA LUMPUR, Julai 5 – Polis anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih dan meriam air ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April, yang telah menyebabkan pertembungan ganas yang berjam-jam dengan peserta, dan situasi ini dijadikan lebih teruk dengan penggunaan kawat dawai di sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan kecederaan kepada para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.

Satu saksi memberitahu inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah diguna oleh pihak berkuasa di Dataran Merdeka itu biasanya diguna dalam zon peperangan.

"Berdasarkan pengalaman saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling merbahaya. Ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang bekas pegawai tentera." Khairul Anuar Pawanchik, seorang askar yang telah bersara, memberitahu inkuiri itu.

Beliau juga memberitahu panel Suhakam itu bahawa beliau telah melihat seorang lelaki dengan telinganya dilukakan dan bergantung dari kepalanya.

Beliau berkata beliau pasti luka itu diakibatkan kawat dawai yang telah diguna untuk menutup (seal off) Dataran Merdeka.

"Telinga kiri lelaki itu berdarah dengan serius selepas dawai itu memotong telinganya. Telinganya bergantung," kata Khairul, yang juga memberitahu bahawa beliau merupakan sukarelawan Bulan Sabit Merah yang berada di Masjid Jamek hari itu untuk sebarang kecemasan perubatan.

"Pihak polis tidak patut menggunakan keganasan untuk menguruskan kumpulan orang ramai yang kasar. Kekerasan seumpama itu adalah tidak wajar," katanya lagi.

Tetapi Khairul juga berkata beliau mendengar sekumpulan anggota polis yang berseragam yang mengejek sekumpulan orang yang dianggarkan 200 orang, dan memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0: "Mengapa kamu lari dari sini? Kalau kamu berani, datanglah dan menghadapi kami. Berdirilah dan berlawan."

Khairul yang berumur 60 tahun itu juga berkata sejurus sebelum kejadian itu, beliau melihat dan mendengar kumpulan demonstrator yang beranggaran 200 orang itu mengejar seorang anggota polis berseragam yang sedang berdarah dari kecederaan di Jalan Raja Laut.  Kumpulan itu menjerit: "Kita bunuh polis yang jahat."

Satu saksi lagi, Kunabalan Rahagopal, memberitahu inkuiri bahawa pihak polis tidak memberi sebarang amaran sebelum melepaskan gas pemedih ke dalam ribuan orang ramai.

"Saya pasti bahawa tidak ada amaran diberi sebelum anggota polis mula bertindak," kata konsultan perkhidmatan sosial yang bekerja secara sambilan itu.

Kunabalan yang mengakui dirinya adalah penyokong Bersih dan telah dikenakan gas pemedih, berkata bahawa keadaan hari itu pada mulanya adalah aman, sehingga satu skuad polis anti-rusuh telah tiba dalam satu trak FRU di Jalan Loke Yew, selepas jam 2.40pm.

Beliau memberitahu inkuiri itu bahawa beliau melihat lima hingga enam pemuda yang berpakaian hitam menembusi halangan berdawai duri itu tanpa kejadian.

"Seorang individu berbangsa Cina telah melompat melepasi halangan dan bercakap dengan anggota polis dan memberi mereka sejambak bunga dan telah ditemu bual oleh media," Kunabalan berkata, semasa menerangkan kejadian pada jam 2.40pm pada 28 April, sebelum kekecohan berlaku.

"Trak FRU itu telah bergerak masuk dan mula melepaskan meriam air. Dalam masa beberapa minit, mereka mula melepaskan gas pemedih," kata beliau.

Saksi ketiga yang memberi keterangan hari ini adalah pesara Baharudin Hisham yang berumur 53 tahun dan berasal dari Puchong.

Beliau berkata beliau adalah seorang orang awam yang sedang membeli-belah di kawasan Sogo sebelum sekumpulan polis mula memukulnya dan satu kumpulan besar yang memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0.

"Saya diheret di atas jalanan dan dipukul di seluruh badan dan kepala saya," beliau berkata.

"Pihak polis kemudian menahan saya tanpa sebab."

Baharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 4 hari itu, sejurus selepas solat Asar.

Suhakam telah hari ini memulakan satu inkuiri awam into the keganasan yang telah tercetus dalam ibu kota negara pada 28 April, berikutan demonstrasi Bersih yang ketiga untuk pilihan raya yang adil sejak 2007.

Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Samen akan menemu bual 22 saksi untuk jangka masa 22 hari.

Ketiga-tiga saksi hari ini telah memberi keterangan di hadapan pemerhati dari Malaysian Bar, pihak polis dan beberapa orang pemantau bebas.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 11 Julai pada jam 9 pagi.

Perhimpunan pada 28 April itu telah melihatkan beribu-ribu orang berkumpul di enam lokasi yang berbeza sebelum menuju ke Dataran Merdeka itu adalah aman, sehingga kira-kira 2.30pm apabila ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan telah meminta orang ramai bersurai.

Tetapi pengumumannya tidak kedengaran oleh kebanyakan orang ramai yang masih berlegar di sekeliling dataran yang bersejarah itu. Mahkamah telah melarang orang awam memasuki dataran itu.

Sejurus sebelum jam 3 petang, ada peserta perhimpunan yang merempuh benteng di sekeliling Dataran Merdeka, dan ini mendorong pihak polis menyuraikan orang ramai dengan menggunakan gas pemedih dan meriam air.

Pihak polis kemudian terus mengejar peserta perhimpunan itu dalam situasi huru-hara itu yang melihatkan keganasan dilakukan oleh dua pihak untuk empat jam yang seterusnya.

Beberapa dozen peserta mendakwa bahawa mereka diserang kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh lebih dari 10 anggota polis, dan bukti gambar/video kelihatan seperti menyokong dakwaan mereka.

Tetapi pihak polis juga berkata ada keganasan dari peserta yang telah menyerang satu kereta polis.

Kereta polis itu kemudian telah merempuh satu bangunan sebelum beberapa peserta menterbalikkan kereta itu untuk berdiri.

Kerajaan persekutuan juga telah menubuhkan panel dirinya untuk menyiasat keganasan pada 28 April itu, tetapi pemilihan bekas ketua polis Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu telah dikutuk kerana beliau pernah membandingkan gerakan Bersih dengan komunisme dan menuduh pihak penganjur cuba mengulingkan kerajaan.

Panel Hanif itu telah pada hari ini melawat semula tempat kejadian perhimpunan pada 28 April itu, semasa inkuiri Suhakam itu dijalankan.


Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa polis curi barangan peribadi ketika dipukul

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 11, 2012

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Inkuiri kedua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu saksi bahawa barangan peribadi miliknya telah dicuri pihak polis ketika dipukul sewaktu menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Arshad Abas yang ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan Bersih 3.0 "duduk bantah" di Dataran Merdeka mendakwa sebelum dipukul, dia telah diarahkan untuk menukar baju T kuning Bersih yang dipakainya, dan ketika hendak menukar baju berkenaan, dia telah dipukul sekitar lapan hingga 10 anggota polis.

"Saya dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan, saya bertembung dengan dua kumpulan anggota polis dan mereka mengarahkan saya menukar baju T kuning Bersih. Ketika saya ambil baju dari dalam beg, saya telah dikerumuni pihak polis dan mereka memukul saya menggunakan kaki dan tangan.

"Kemudian, saya hanya lihat tangan yang saya yakin daripada pihak polis membongkar beg saya. Saya telah kehilangan seunit Samsung Tab 7.0, jam tangan, termasuk baju yang saya hendak tukar dengan baju Bersih yang saya pakai," katanya kepada panel hari ini.

Beliau turut mengesahkan barangan-barangan itu belum lagi dikembalikan kepadanya walaupun laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan itu.

"Sampai sekarang saya masih lagi tidak memperolehi barangan tersebut," tambahnya lagi.

Malah, menurut Arshad lagi, ketika ditahan, anggota polis yang bertindak memukulnya telah memberitahu mereka bertindak ganas terhadapnya kerana salah seorang daripada anggota mereka telah meninggal dunia.

"Saya terkejut kenapa mereka memberitahu saya perkara itu," tambahnya lagi.

Ekoran insiden itu, Arshad telah menerima lima jahitan di kawasan atas kening kanannya dan telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama perhimpunan itu berlangsung.

Panel hari ini telah  diketuai oleh Naib Presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee, dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen, manakala pihak polis diwakili oleh Asistan Komisioner Jamaluddin Abdul Rahman.


Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa lihat polis pukul perusuh cedera

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 11, 2012

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Saksi ketiga untuk hari kedua Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat pelanggaran hak asasi manusia hari ini memberitahu panel bahawa beliau melihat anggota polis melakukan keganasan terhadap perusuh, termasuk mereka yang mengalami kecederaan.

Kumar Suppiah, seorang ahli perniagaan berasal dari  Taman Desa, berkata kepada panel, ketika kekecohan berlaku selepas pihak polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata, beliau melihat polis telah memijak dada seorang wanita yang cedera sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Ketika kekecohan itu berlaku, saya nampak kepulan asap gas pemedih mata dilepaskan dan kemudiannya saya pergi berlindung di mesin ATM di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.

"Di sana, saya terserempak dengan satu remaja perempuan sedang menjerit kesakitan dan saya bersama beberapa orang lain sekitar 10 orang membantu membalut tangannya dengan tuala kerana kami syak tangan dia patah," kata Kumar.

Selain itu, beliau turut menjelaskan, terdapat dua kumpulan anggota polis yang datang ke arah mereka dan salah satunya berjanji akan memanggil ambulan untuk membawa remaja perempuan itu ke hospital.

"Sekumpulan anggota polis dengan jumlah lima hingga enam anggota menghampiri kami, dan saya meminta bantuan mereka untuk memanggil ambulan kerana ada peserta yang tercedera.

"Mereka kemudian bergegas untuk memanggil ambulan.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian, datang satu lagi kumpulan secara tiba-tiba terus memukul kami, termasuk remaja perempuan tersebut tanpa sebarang amaran," jelasnya.

Tambah Kumar, beliau turut melihat salah seorang daripada anggota polis itu juga memijak dada remaja perempuan tersebut.

"Saya lihat dia (polis) pijak dada perempuan itu. Saya sendiri ditolak ke cermin dalam kawasan mesin ATM tersebut. Mereka kemudiannya mengheret saya keluar dan terus memukul kami, dan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga seorang pegawai arahkan mereka berhenti," tambahnya.

"Kemudian saya lihat ambulan datang dan mengangkat remaja perempuan itu dengan lehernya berbalut," tambahnya lagi.

Menurut Kumar lagi, beliau telah dibawa ke kawasan Kelab Diraja Selangor untuk dikumpulkan bersama-sama beberapa lagi perusuh yang ditahan, dan sepanjang perjalanan itu, polis yang dalam lingkungan umur 30an turut mengugut akan menghapuskannya setiba di balai polis.

"Saya di bawa ke kawasan Kelab Diraja Selangor. Kemudan, saya lihat seorang anggota polis sedang duduk di dalam trak dan saya bertanya kepadanya kenapa polis melayan kami sedemikian rupa.

"Anggota polis itu kemudiannya menjelaskan, dia sendiri mengakui kelakuan itu adalah seperti 'samseng', dan sebab itu dia hanya duduk di dalam trak," katanya dan menambah," polis itu memperkenalkan diri sebagai anggota dari Unit Tindakan Ringan."

Menerangkan situasi ketika itu, Kumar menambah, beliau turut melihat ada seorang wanita yang dikasari polis dengan menarik rambutnya apabila mempersoalkan atas kesalahan apa dia ditahan.

"Saya juga melihat seorang lelaki dibelasah polis trafik menggunakan helmet, malah penguasa DBKL juga saya lihat turut memukul perusuh."

Dalam inkuiri hari ini, Kumar turut membawa baju T kuning yang dipakainya ketika menyertai perhimpunan duduk bantah di ibu negara pada 28 April lalu yang telah dipenuhi tapak kasut but polis yang memukulnya.


Saksi: Polis baling botol, batu ke arah penyokong Bersih

Oleh Thanusya Shanmuganathan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Beberapa orang polis membaling botol, batu dan objek besi ke arah penyokong Bersih pada 28 April yang lalu, menurut apa yang diberitahu oleh saksi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam inkuiri, menceritakan pengalaman mereka semasa tunjuk perasaan dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Adrian Loh, pekerja sokongan dalam syarikat perisian komputer dari Petaling Jaya memberitahu kepada inkuiri, dia terpaksa berlindung di Masjid Jamek apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Beliau mengaku menyaksikan 10 hingga 20 orang polis muda, beruniform biru menjerit ke arah para penunjuk perasaan sambil membaling botol, batu dan objek besi ke arah mereka.

"Polis telah mula membaling objek-objek tersebut ke arah kami, saya tak pasti dari mana mereka dapat objek besi itu," kata Loh yang menjadi saksi pertama dalam inkuiri pada hari ketiga hari ini.

Beliau juga berkata bahawa ada polis mencabar untuk bertumbuk dengan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan kemudiannya membaling kembali botol dan batu ke arah polis.

Inkuiri ini diadakan untuk melihat sama ada keganasan dimulakan oleh pihak individu atau kumpulan, semasa dan selepas perhimpunan.

Panel inkuiri ini diketuai oleh Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen, yang akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment