Sunday, July 1, 2012

RG2011... Skandal RM1 Bilion Kerajaan Selangor Serius

 



Skandal RM1 Bilion Kerajaan Selangor Serius

Monday, 02 July 2012 12:40 Tun Izhalmi
E-mailPrint

alt



PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan "skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion".

 

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

 

Sebelum itu, Chua Tee Yong mendedahkan akan membongkar sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat RM1 bilion yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.

 

Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

 

"Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu," kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: "Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong."




--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment