Tuesday, July 3, 2012

RG2011... Warkah untuk mu sahabat…..

 

 
 
Sahabat Saidina Ali bin Abi Talib, berkata:
 
Bahawa iman seseorang itu laksana air laut, terkadang ia pasang terkadang ia surut.
 
Sahabat,…
Mungkin itulah yang terjadi pada diriku saat ini
Mungkin saat ini imanku aku sedang pasang
Sehingga aku ingin menyambung tali ukhuwah dengan kalian lebih dekat
Aku ingin mengajak saudara-saudaraku para ikhwan dan para akhwat yang kucintai untuk berma`rifatullah, melalui warkah ini.
Tapi mungkin esok atau lusa aku akan kembali seperti sebelumnya.
Ya,……………! begitulah diriku
Aku masih belum dapat berpegang teguh pada pendirianku secara utuh.
Aku masih diliputi nafsu keduniawian yang terkadang membuatku terkekang di dalamnya.

Sahabat,…
Ada baiknya jikalah kita merenungi sejenak perjalan kita masing-masing selama ini. …
Apakah yang kita lakukan selama ini?
Apakah kita telah melakukan sesuatu yang memberi manfaat untuk orang lain..?
Apakah kita telah memberi manfaat untuk agama kita…?
 
Sahabat ,… …..
Sejak lahir kita telah di bai`at sebagai seorang muslim, kerana orang tua kita juga muslim.
Al-Qur`an dan Hadith menjadi pegangan hidup kita.
Kita baca Al-Qur`an di setiap kesempatan
Kita sering dengarkan hadith di beberapa media.
Namun terkadang apa yang kita baca dan kita dengar
Hanyalah membaca dan mendengar sahaja,…
Tanpa ada aplikasi dalam kehidupan kita.!
 
Sahabat ,…
Munafikkah kita…?
Masih layakkah kita mengharap safaat beliau kelak dikemudian hari.
Sedang kadar ibadah kita, kadar kecintaan kita lebih kecil dari perumpamaan buih lautan.
Seorang guru mengatakan, bahwa syafaat ialah ibarat kain untuk menampal baju,
Dan ibadah kita adalah baju tersebut.
Tetapi apakah ibadah kita dapat berbentuk sebuah baju ataukah hanya secarik kain yang hanya cukup untuk menjadi sebuah penglap, yang berguna untuk membersihkan meja dan lantai, dan tak cukup untuk menutupi aurat kita?
Cukupkah,…?
Cukupkah ibadah kita untuk mengharap syafaat beliau di kemudian hari..??
 
Sahabat….
Kita terlalu dinina bobokan oleh mimpi
Mimpi bahawa kita akan berjaya,..
Mimpi bahawa kita akan menguasai andalusia,..
Mimpi bahawa kita menakluk eropah,…
Padahal aku…sekarang sedang terjajah..!
Terjajah oleh kebudayaan asing,…
Kebudayaan yang tak dapat mendengarkan azan di subuh hari
Kebudayaan yang tak menyediakan waktu untuk bertausiah
Tidak ada yang saling mengingatkan dan tidak saling menjaga uhkuwah
 
Sahabat ,…
Dulu masih sering aku dengar dan kulakukan melantun sebuah syair tentang ketidak berdayaan kita.
Ketika di subuh hari dan selepas solat Jumaat
Lafaz yang begitu indah:
Ilaa hilastulilfirdaus si a`laaa
Walaa aqwaa alan narill jahiiimi
Fahab litaubatan waghfir dzunuuubi
Fainnakaghoofirundzabil adziimi
Ya Allah kami bukanlah ahli syurgamu
Namun kami tidak kuat kenerakamu
Terima taubat kami, ampunilah dosa kami
Jadikanlah kami orang yang diampuni
Sebuah syair tentang ketidak berdayaan kita
Yang mengingatkan akan ketakaburan, keria'an diri kita
Moga masih ada waktu untuk BERSEDIA
Dan MEMPERBAIKI diri,…………. InsyaAllah
Amiin..amiin..amiin..ya rabbal 'alamin…………..
 
I'TIRAF
Raihan
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan RahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment