Sunday, November 11, 2012

Re: Fw: RG2011... Mangsa kemalangan sokong AES

 

Fakta sebenar AES yang di keluarkan oleh JPJ:

  • Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
  • Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
  • Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
  • PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
  • JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
  • KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
  • UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:

  • 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
  • Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
  • Jumlah pemegang lesen bertambah.
  • Kilometer jalanraya bertambah.
  • Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
  • Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
  • AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
  • Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
    • Tidak mematuhi lampu isyarat
    • Memandu melebihi had laju
  • Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?

  • Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
  • Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
  • Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
  • Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
  • Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
  • Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
  • Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
  • AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
  • Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
  • Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
  • AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
    • Memotong di garisan berkembar;
    • Memotong di sebelah kiri jalan;
    • Lebih Muatan;
    • Potong barisan;
    • Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
    • Penguatkuasaan laluan bas.

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.



2012/11/12 white4clean <white4clean@yahoo.com>
 

AES adalah satu alat merakam kelajuan & kesalahan...Alat ini tak salah...Cuma penggunaan ketika ini dipertikaikan.
 
Jika hajat di hati kerajaan masakini ikhlas utk "mencegah kemalangan, apatah lagi kematian". Badan kerajaan JPJ & Polis memiliki rekod kemalangan lampau & diringkaskan data-datanya, dan di sana nanti akan terjumpa banyak kawasan kemalangan baik di lebuhraya mahupun di jalan biasa.
Maka, di sinilah peranan AES sebenarnya. Dipasang di kawasan ini, tetapi diberitahu 200 meter lebih awal bahawa kawasan ini dipasang rakaman AES. Nescaya, utk mereka yg tetap degil, sahlah kena saman, tetapi majoriti akan menghargainya. Satu, ianya kawasan kemalangan tinggi/bahaya & satu lagi PERINGATAN telah diberi.
Ini banyak dipraktikkan di negara2 lebih maju yg lain spt UK, Jepun dll.
 
Kerajaan sibuk memasang AES di trafik light. Mengikut rekod, adakah kawasan trafik light penyumbang kemalangan & kematian yg tinggi? Masing2 kita semua ada jawapan mengikut rekod penglihatan masing2.
Kebiasaannya kemalangan di trafik light sangat kecil, tetapi pembuat kesalahan iaitu melanggar lampu isyarat tinggi spt melanggar lampu kuning & merah. Maka, ada 2 isu di sini, nak kurangkan @ 'zero' kan kemalangan atau memang 'nak pekena orang'.
 
Kawasan yg kerajaan sibuk pasang juga di kawasan yg halaju perlahan spt 30 km/j dll. Sampaikan kereta tersemput2 utk bergerak dgn kelajuan ini.
Adakah ini kawasan kemalangan maut?
 
Nyata lagi jelas, kawasan traffic light, halaju perlahan & bukan di kawasan berkemalangan maut tinggi...ini semua melambangkan niat sebenar di sebalik projek AES ini.
Tambah lagi di swastakan pula....mana budget JPJ selama ini...
 
Ini yg hendak diperbetulkan.
 
Projek AES di bawah budget kerajaan sepenuhnya (tiada unsur perniagaan di sini), dipasang bertujuan mengurangkan kemalangan, apatah lagi melibatkan maut, contohnya di kawasan lebuhraya PLUS di Bukit Beruntung, banyak berlaku kemalangan maut walaupun jalannya lurus...konsep pasang + amaran awal diberitahu supaya rakyat merasai kebaikannya kecuali kpd mereka yg tetap berdegil selepas semua ini dah dibuat, amatlah wajar AES merakam & saman dikenakan.
Laju bukan segalanya pemyumbang kemalangan..Di German, ada lebuhrayanya boleh dipandu tanpa limit...semaksimanya, tetapi tetap selamat.
Di Malaysia, mengantuk juga penyumbang terbesar kemalangan...
 
Nampak tak apa yg rakyat mahukan.....  
 
 
 
 
Mangsa kemalangan sokong AES
Wartawan Sinar Harian 8 November 2012
Somanath (duduk) bersama isteri M Gogila dan rakan-rakannya juga turut menyokong pemasangan AES. Somanath (duduk) bersama isteri M Gogila dan rakan-rakannya juga turut menyokong pemasangan AES.
SITIAWAN - "Jangan sampai peristiwa sama berulang". Itu ingatan yang diberikan sebahagian mangsa kemalangan jalan raya berhubung keengganan segelintir pihak menyokong langkah kerajaan terhadap pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Rata-rata mereka yang ditemui mengakui, masih trauma dengan insiden yang berlaku dan menganggap langkah kerajaan memperkenalkan AES sebagai satu tindakan bijak serta tepat pada masanya.

Nor Akmal Yoep Othman, 44, berkata, kematian dua anaknya dalam nahas membabitkan tujuh nyawa awal Januari lalu masih segar dalam ingatan.

Menurutnya, insiden kemalangan di Batu 6, Jalan lekir, Sitiawan itu boleh dielakkan sekiranya pemanduan berkhemah dipraktikkan setiap pengguna jalan raya.

"Saya sudah kehilangan dua anak sekali gus dan berharap orang lain tidak merasai perkara sama. Mereka mungkin tidak merasai keperitan itu menyebabkan usaha yang baik ini ditolak mentah-mentah," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Nor Akmal percaya, sistem baru dalam mengurangkan kadar kemalangan itu mampu memberi impak positif dalam mengubah sikap pemanduan rakyat di negara ini.
"Pemasangan AES membuatkan orang ramai takut disaman dan mengambil pendekatan memandu dengan berkhemah, ini akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di kawasan panas seperti di laluan Lekir," katanya.

Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Sulaiman Din, 42, berkata, mereka yang mahu membantah pemasangan AES itu harus memikirkan keselamatan semua pihak.

"Jika kerajaan ingin melaksanakan perkara ini sudah pasti dapat memberikan kesan baik dan bukan sengaja diada-adakan untuk menyusahkan masyarakat," katanya.

Seorang mangsa kemalangan, N Somanath, 39, turut menyokong pemasangan AES bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Dia yang yang kini mengalami lumpuh sejak enam bulan lalu mengakui, ada sesetengah kenderaan sering mengambil mudah dengan melanggar lampu isyarat tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

"Kesannya, kemalangan boleh terjadi. Saya hilang punca pencarian untuk menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil.

"Saya menyokong pemasangan AES ini untuk memastikan pemandu membawa kenderaan dengan lebih berhemah," katanya


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment