Sunday, November 11, 2012

Re: RG2011... Fw: FGVH - Peneroka Mula Rugi

rakyat malaysia yang perlu kaya dan hidup ni peneroka felda je ke, yang lain hidup susah tu bukan rakyat malaysia ke dan tak perlu di tolong.


From: Mohd Rashid Sujari <buaya99@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 7 November 2012 9:33 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: FGVH - Peneroka Mula Rugi

 
apa yang nak dirisaukan... bukan ke pembelian saham tu sudah ditanggung sepenuhnya oleh KEREjaan.... jangan takut.. tak rugi punya. Takkan lah Felda dan KEREjaan nak aniaya peneroka kan.... isskkkk mustahil pada akal... dan tak tercapai dek akalmu. Alah... rugi pun bukan duit peneroka... duit KEREjaan... ada aku kesah? adatlah bermain saham... mesti ada untung rugi....ko apa sebok........................................................................................ 
.
.
.
.
.
.nilah kata2 pencacai......

2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 
 

Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi

Posted by greenboc

Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan.



--
 
http://herbamylife.ablecaresupplies.com
www.facebook.com/herbalife.kotatinggi


Weight management program with Herbalife Products.



No comments:

Post a Comment