Sunday, November 25, 2012

Re: RG2011... Fw: Ternyata (AES) bukan untuk selamatkan nyawa

 

Aku baru lepas dapat surat saman AES ni, kelajuan 90km/j tp aku bawa 103km/j..
nak x nak kena bayar la juga, klau tak nanti polis2 ni nak makan ape..
dioarg mana ada sumbangkan ape2 pada negara, nak kata menjaga keselematan negara
mmg x nampak sgt la.. aku blom bayar lg sbb klau bayar skrg aku bayar RM150, aku
nak bayar RM300, bleh la bg anak bini mkn polis2 ni mkn skali..


 
2012/11/21 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

 
kerajaanrakyat.blogspot
 
KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Datuk Mahfuz Omar mempersoal bagaimana Beta Tegap Sdn Bhd mendapat kontrak mengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedangkan pengumuman tender dibuat dua tahun kemudian.
"Beta Tegap didaftar 2004. Sejak 2004 lagi sudah tahu dia dapat. Pengumuman oleh kerajaan pada 2006 menyebut sembilan syarikat masuk (untuk dapatkan tender).
"Sedangkan sejak 2004, Beta Tegap sudah maklum (dapat kontrak). Boleh jawab pada saya?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika mencelah perbahasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha pada sesi perbahasan hari ini.
Mahfuz kemudian bangun sekali lagi apabila Chong Ha menafikan pendedahan itu, dengan mengatakan maklumat itu didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Ini dari SSM. Ternyata (AES) bukan untuk selamatkan nyawa tapi kayakan kroni (dan) rompak wang rakyat. (Kerajaan) bohong kata hendak selamatkan nyawa," kata Naib Presiden PAS itu.
Sebaliknya, Ahli Parlimen dari BN, antaranya Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Ismail Said (Kuala Krau) bangun untuk membela Kong hingga menimbulkan kekecohan tanpa memberi hujah berfakta.
"Pokok Sena memang kaki gaduh," jerit seorang Ahli Parlimen BN yang merujuk kepada Mahfuz.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berulang kali cuba meredakan ketegangan tetapi ia berterusan waktu rehat.
Sebelum itu lagi, sidang Dewan Rakyat kecoh berikutan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha itu enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Pakatan ketika perbahasan menyentuh isu AES.
"Tuan Yang di-Pertua, Saya tidak akan beri laluan," katanya kepada Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Antara Ahli Parlimen Pakatan lain yang mohon mencelah ialah Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Selepas beberapa minit 'perang mulut', Chong Ha akhirnya memberi laluan kepada Mahfuz.
 
 
 

Inilah Jadinya: Menteri Mengelak Jawab AES, Kecoh Tak Sangga!!

sedakasejahtera.blogspot.
 

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri
 
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli
 
parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem
 
Penguatkuasaan Automatik (AES).




Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan 
pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta
 
penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.


"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri
 
seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas beliau
 
walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

Sebelum itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri
 
mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.

Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak
 
menjawab pertanyaan AES.

Mahfuz yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti
 
kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar
 
kemalangan.

"Ada perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti ia
 
bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar
 
kemalangan.

"Tetapi ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari
 
rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak
 
mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk melaksanakan
 
projek tersebut.

Kong Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh Ahli
 
Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail
 
yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang dibangkit bukannya
 
mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung
 
pada jam 2.30 petang.

Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan dan di lobi parlimen.
 




--
Walk on, Walk on...
With hope in your heart..
And you"ll never walk alone..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment