Sunday, November 4, 2012

Re: RG2011... Majlis Al-Arqam diserbu JAIS

 

kalu dh kena tangkap cmtu takkan nak menafikan lagi baiii??? ko terima je la dngn hati terbuka mcmna buruknya perangai pemimpin pr nih. ust ni dh semakin rosak sejak berkawan dngn PR.

Pada 2 November 2012 7:38 PTG, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> menulis:
 

HEHEHE.... FORWADING BY SHRED...SIAP ADA GAMBAR LAGI TU....
 
GAMBAR TU ENTAH-ENTAH  GAMBAR CERAMAH PAKATAN..SEBAB TU TAK NAMPAK TUBUH BADAN MILIK ANGGOTA JAIS..YANG ADA TUBUH BADAN MILIK POLIS..OK LER LEBIH KURANG JUGA TU..JAIS DAN POLIS...jaIS dan polIS..IS..IS..IS....

--- On Fri, 2/11/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... Majlis Al-Arqam diserbu JAIS
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Friday, 2 November, 2012, 11:19 AM


 

Lepas dikaitkan dengan Syiah, Al- Arqam plak dah.. haruuuu biru

Majlis Al-Arqam diserbu JAIS

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


Badrulamin antara yang ditahan dalam serbuan di markas Al-Arqam di Bandar Country Homes, Rawang malam tadi.


RAWANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron.

Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.

Beliau adalah pemimpin PKR yang pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana didakwa berkhalwat dengan isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Pahang, Februari tahun ini.

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.

Kain rentang yang digantung pada majlis tersebut tertera Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi yang bertemakan "Abuya terus memimpin walaupun ghaib".

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor.

Sehubungan itu, JAIS akan menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu.

Difahamkan, selain jamuan makan, pengisian majlis tersebut turut disertai dengan konsert khas dan jualan pelbagai jenis barangan termasuk buku-buku.

Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad sebelum ia diisytihar sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Pengasasnya, Ashaari meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment