Friday, November 9, 2012

Re: RG2011... TABLIGH : SATU PENILIAN SEMULA

 

Salam alaik,

Jundullah menuduh orang Tabligh membuat amalan dengan ilmu yang cetek dan mereka ini dianggap suka terus sebegitu.. 

Tapi Jundullah sendiri membuat penilaian dari ilmu yang cetek dalam hal Jamaah Tabligh. 

Apabila dia sebut Dr Nasoha sahaja, bermakna dia mendengar dari sebelah pihak sahaja. Kita tidak kenal siapa dia Dr Nasoha walaupun dia ikut Tabligh 30 tahun. Kalau kita ikut lumrah dunia, KALAU RAMAI YANG TAK SUKA SESEORANG ITU, pasti bersebab. 

Ok. Dari pengalaman bercampur dengan segala jenis orang dari muda sehingga ke tua ini, saya mengemukakan beberapa profail orang yang kini ikut Jemaah Tabligh. Sebahagian kecil sahaja dari kalangan mereka. 

Sebelum Tabligh mereka ini ialah :
=> Samseng, bouncer dan kaki pukul upahan
=> Perompak besar dan pencuri kecil-kecilan
=> Penjual perempuan dan bapak ayam
=> Penunggu Pub dari petang sampai malam
=> Kaki zina dan suka lawat pelacur
=> Jual dadah dan penagih dadah
=> Suka pukul bini, anak, ibu dan bapak sendiri
=> Kuat berkaraoke ratusan sehingga ribuan ringgit katam 
=> Kaki judi ke Genting dan Macao tiap kali projek selesai
=> Taik judi 4 nombor ekor, pakau jalanan dan mahjong
=> Tak reti solat dan tak reti mandi wajib
=> Tak reti fatihah, tahiyyat dan qunut
=> Tak reti bersyahadah, selawat dan baca Quran

Setelah ikut Tabligh, kini mereka menjadi orang yang :
=> Suka ke Masjid
=> Orang yang berbudi-pekerti 
=> Pandai hormat orang lain
=> Kerjaya yang lebih halal
=> Menunaikan 5 rukun Islam
=> Reti baca Quran dan doa
=> Mengajak orang kepada kebaikan

Sebahagian mereka dah arwah dah. 

Pada pandangan saya, Jemaah Tabligh dapat mengurangkan masalah sosial yang sedang melanda komuniti Melayu dengan begitu kritikal sekali. Sila rujuk akhbar setiap hari atau lihat data LPPKN.

Juga, saya berpandangan bahawa orang Tabligh ialah orang yang suka kepada Agama Islam. SALAH KE? Dan tak kurang dari mereka ini yang menyanjung mantan-mantan PM. Salah ke kalau mereka tak ikut PAS atau DAP atau PKR ? Jadi kapir ? 

Saya berani memperkatakan bahawa ILMU ahli Jemaah Tabligh dalam hal agama mengatasi kebanyakan orang-orang Melayu yang ada di dalam masyarakat kita kini, yang majoritinya tak suka pergi Masjid untuk belajar ( dgn pelbagai alasan ). Ada yang solat Jumaat aje. Ada yang solat raya aje. Malahan ramai yang tidak bersolat langsung sehingga umur yang sangat lanjut. Dan yang bersolat sekali-sekala pula setelah dapat bala atau kesusahan, kelam-kabut tertibnya dan bacaannya.

Bagi orang yang suka kepada Agama dan mempunyai sedikit ILMU AGAMA, cabaran utama mereka ialah AUJUB:  
=> Rasa diri lebih baik dari orang lain
=> Rasa diri lebih dekat pada Allah dari orang lain
=> Rasa diri mereka lebih berilmu, walhal jahil
=> Rasa diri mereka sahaja yang layak sebut Kalimah Syahadah ketika mati
=> Rasa diri mereka sahaja yang layak masuk syurga

5 perkara di atas JIKA tidak dapat di atasi oleh sesiapapun ( yang sedikit ilmu, banyak ilmu, Tabligh dan Tak Tabligh ), mereka bersikap sama seperti IBLIS. Hanya dengan rahmat Allah sahaja mereka dapat terlepas dari azab. 

Saya tak nafikan bahawa saya pernah temui pengikut Jemaah Tabligh yang teramat jahil. Keadaan yang sama juga pada orang-orang yang tidak ikuti Jemaah Tabligh yang pernah saya temui. Bezanya ialah JAHIL dan BERSOLAT berbanding JAHIL dan TAK BERSOLAT.

Saya rasa, yang bersolat ini elok sikit keadaannya selepas mati nanti kerana tunai rukun Islam yang utama. Yang tak solat pasti kena belasah dengan malaikat melainkan dia tak siuman masa hidupnya. 

Tak kurang juga ahli Jemaah Tabligh yang saya temui yang menganggap bahawa Allah itu macam Banker kepunyaan mereka. Ini sebutan mereka, seperti "Nanti Allah ganti " - bila mereka pinjam duit dan tak mahu bayar balik. Ada juga mereka guna frasa seperti ini untuk hal-hal lain, seolah-olah Luh Mahfuz tu buku bacaan harian mereka. 

Manakala yang tak ikut Jemaah Tabligh pula akan kata " Minggu depan aku bayor le ! " - tapi berbulan-bulan dok escape dan tak jawab telefon. Ada juga yang hujani kita dengan kata-kata kesat, walhal kita tak tuntut hutangpun. Ada jugak yang kata "Buatlah dulu project paper ni. Bila dapat, aku bagilah kau komisyen." ... Ceh !! ... lagi besar pembohong.

Saya rasa, yang beri alasan "nanti Allah ganti", lebih baik sikit sebab dia beri kita harapan. Reaksi kita lembut sikit lah, walaupun dia psycho aje tu. 

--------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: Idrus Hashim <j3trj@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, November 5, 2012 10:17 PM
Subject: Re: RG2011... TABLIGH : SATU PENILIAN SEMULA

 
Saya pun pernah mengikuti kumpulan semasa di bangku sekolah sehingga beberapa tahun...sehinggalah saya mendapat kerja.. semasa keluar 'jihad' selama 3 hari dlm sebulan, 4o hari dlm setahun dan setahun seumur hidup mengikut kata maulana mereka... tujuannya menambah iman.. tetapi tanpa ilmu hanya ikut saja. tapi bila ditanya duit  x de.. seorg karkun jawab x pa Allah tolong. Kalau keja camna nak cuti tentu bos marah.. xpa Allah tolong... keja ni lebih baik.. semua tu donia ja.. adushh.. bila ada Ustaz mengajar kitab kat masjid.. mereka akan duduk dlm kumpulan masing bersenbang atau buat amalan lain... hanya belajar dr Kitab Fadhilat Amal... kata mereka kena amalkan amalan sunnh tapi yg jadi saya keliru kenapa pakaian mereka ala Pakistan atau India bukannya jubah.. ikatan serban pun berbeza2.. bila diruh jadi imam walupun dah lama bertahun2 jadi ahli tabligh tapi mereka menolak utk jadi imam..



From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Wednesday, October 31, 2012 11:51 AM
Subject: RG2011... TABLIGH : SATU PENILIAN SEMULA

 

Inline image 1



ULASAN PENULIS :

Sifat taksub di kalangan anggota Tabligh secara membuta tuli kepada hanya jemaah mereka sahaja yang betul/benar sangat bercanggah dengan sunnah Nabi SAW dan para sahabat.Hal ini dapat di bukti daripada sessi taklim/bayan mereka di surau masjid yang hanya bersifat sehala.Bersoal jawab dan berdiskusi dengan amir dalam majlis mereka adalah dilarang.
Bukti lain yang menunjukkan ketaksuban mereka lagi ialah bahan bacaan mereka hanya berpada dengan kitab Fadhail Amal yang di tulis oleh Maulana mereka sahaja.Sekiranya kita sebagai sahabat atau jiran mereka memberi atau menghadiahkan kitab-kitab agama karangan ulamak muktabar atau buku-buku yang bukan di tulis oleh golongan mereka nescaya mereka tak akan baca.

Ini bukan penulis reka-reka cerita tapi berdasarkan pengalaman sendiri yang punya ramai teman karkun dan biasa solat di masjid mereka.Tapi percayalah jika kita bertanya mereka semua persoalan di atas mereka akan menjawab....'tak semua.."...." segelintir ahli sahaja"..."..jangan dengar cakap orang"..."kalau nak tau jom keluar khuruj" dan 1001 macam alasan lagi.

kesimpulannya mudah sahaja,kita kenal parti UMNO itu salah/tak betul/sesat bukan berdasar pada amalan ahlinya sahaja tapi berdasarkan kepada PERLEMBAGAAN TUBUH PARTI ITU YANG TIDAK MELETAK AL QURAN & SUNNAH SEBAGAI UNDANG2 NEGARA.
BEGITULAH JUGA JEMAAH TABLIGH DI LIHAT MENYIMPANG BUKAN KERANA AMALAN AHLINYA SAHAJA TAPI PRINSIP YANG MENJADI DASAR ATAU TULANG BELAKANG KEPADA TERTUBUHNYA JEMAAH TABLIGH ITU YANG MENYEBABKAN IA DI KRITIK DAN DIJAUHI OLEH ORANG YANG BERILMU.

Perkara yang paling penting sekali ialah sebagai manusia kita bukan MAKSUM.KITA TERDEDAH KEPADA SALAH DAN SILAP,ALPA DAN CUAI.MAKA ATAS SIFAT ITU KITA MESTI TERBUKA UNTUK DIKRITIK,DI TEGUR DAN DI PERBETULKAN.
MALANGNYA SIFAT UNTUK SEDIA DIKRITIK DAN DITEGUR INI TIDAK ADA DALAM JEMAAH TABLIGH.BUKTINYA DALAM BLOG DRNASOHA.WORDPRESS -AHLI SYURA TABLIGH YANG 30 TAHUN BERADA DALAM JEMAAH ITU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK KELUAR TELAH DIKRITIK HEBAT OLEH KARKUN-KARKUN LAIN YANG MUNGKIN ADA YANG BARU SETAHUN JAGUNG DALAM TABLIGH TAPI LEBIH "ALIM" DARIPADA AHLI SYURA MEREKA SENDIRI.

Sufyan at-Tsauri memberi peringatan tentang fenomena 'ujub dengan mengatakan:

Sifat 'ujub adalah kekaguman pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu, pada hal boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali ia lebih wara' darimu terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah, dan lebih bersih amalannya.

 "Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan ke*****an mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, dan fadhilat solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam" (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

 Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (H.R. Ibnu Ady)

Walaupun begitu penulis tidak anti kepada golongan tabligh cuma ingin membetul beberapa perkara yang tidak betul atas sifat persaudaraan islam yang perlu nasihat menasihati.Antara yang penulis respect ,mereka mampu dakwah dari rumah ke rumah, menjaga solat berjemaah dan mampu berqiamulail walau tak di nafikan jemaah lain pun mampu exp: Hamas dll.

Posted by JUNDULLAH at 14:44




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment