Wednesday, November 7, 2012

RG2011... Fw: Apa yang diperkatakan itu betul

 



 

Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul - Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

agendsai.blogspot

Putar belit kenyataan Izzah, media Umno tak siuman – Pengerusi Shura

KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.
"Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.
"Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.

"Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama.
"Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau.

Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat.
"Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya./KeadilanDaily
 
 
 

Ulasan Paling Sempoi Dan Tajam TG Nik Aziz Kes Nurul Izzah..

karatijau.blogspot.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
 
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
 
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.
 
Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.
 
Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.
Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.
Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

ulasan:

  1. Tanpa Nama

    tOK GURU TAK RETI BHS INGGERIS, SEBAB TU TAK NAK KOMEN DAKWAAN NURUL DLM VERSI OMPUTEH. LEBIH BAIK KOMEN BAB UTUSAN, BOLEH JUGA SALAHKAN UTUSAN DAN BURUKKAN UMNO. BIARLAH RAKAN SEPERJUANGAN NAK KATA APA TENTANG ISLAM, ITU HOK DEMO.... MAPUH... MAPUHHH

  2. Tanpa Nama

    TANPA NAMA 7 NOVEMBER 2012 1:53 PTG YANG XRETI BAHASA MELAYU SEBAB TU XPAHAM APA TG KATA...MAPUH MAPUH MAPUH

  3. dah berbelas tahun tak baca utusan
    tak nampak kemana hala tuju sebenar wartawan2 utusan

  4. AweHIJAU

    kah kah kah!
    UMNO jaga Islam?
    mapuh mapuh mapuuuuh!
    UMNO nak mempertahankan akidah umat Melayu?
    mapuh mapuh mapuuuuh!!

    ulang balik sejarah UMNO dengan Islam!
    kaji balik bagaimana akidah Islam dibawah UMNO!
    mapuh mapuh mapuuuuh!

    apa pula kaitan UMNO dengan Islam?
    mapuh mapuh mapuuuh!

    hakikat!Sejarah membuktikannya!
    Islam dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

  5. Tanpa Nama

    sejak bila depa tu ambil berat sangat pasai Islam

    1. Tanpa Nama

      umno nak jaga Islam ke?
      mapuh, mapuh, mapuh
      Jaga kontrak buehlah
      mapuh,mapuh,mapuhhhh

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment