Wednesday, November 21, 2012

RG2011... Fw: Baik Menjadi Kancil yang Berakal

 



Rajagopal Dedah Punca Kegagalan

edyesdotcom.blogspot
 

Rajagopal memang layak disindir sedemikian rupa… Jika tak tahan sindiran, sila letak jawatan…

kah kah kah kah kah

comments:
 
HarimauGuaMusang said...

kah kah kah!
Pada pagi rabu, kelihatan 10 pemain Bangladesh kembali semula ke tempat kerja masing-masing. Para pemain tersebut hanya diberi cuti sehari sempena perlawanan persahabatan dengan Malaysia.
Mereka kelihatan gembira dengan pelawanan semalam dan asyik tersenyum sepanjang hari. Sepuluh pemain tersebut adalah buruh binaan dijalan Raja Laut. Mereka juga berjanji dengan Rajagopal akan bermain lagi, jika dijemput menentang harimau malaya.
Lawan buruh Kontrak pun seri ...

 
Anonymous said...

keeper bangla kelihatan sedang menibai roti canai di seksyen 7 pada pagi rabu.

samjad ubud khan

 

Baik Menjadi Kancil yang Berakal daripada Menjadi Harimau yang Lembik

sigapsiaga.blogspot.
 
Tan Sri Anuar Musa (Timbalan Presiden FAM) pada Mac 2012 lalu mengkritik prestasi skuad Harimau Malaya (bola sepak) yang tidak menentu. Beliau berkata bahawa skuad Harimau Malaya masih tidak mempamerkan peningkatan sejak kalah di "kaki" skuad Singapura dalam aksi Pusingan Awal Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia. Oleh sebab itu, Tan Sri Anuar yang juga Timbalan Presiden FAM meragui kemampuan skuad negara kita ini untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki pada tahun ini.

Sekali lagi saya ulang, kritik itu diluahkan oleh Tan Sri Anuar pada Mac 2012 lalu. Sekarang sudah bulan November 2012, iaitu bulan bermulanya kempen Piala AFF Suzuki itu. Kepada yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak, ketahuilah bahawa skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki itu pada Ahad ini dan seteru yang menanti skuad ini tidak lain tidak bukan skuad yang mengalahkan kita pada Pusingan Awal Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia lalu — Singapura.

Sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan dua tahun sekali itu, pasukan negara telah melakukan beberapa siri perlawanan persahabatan. Keputusan yang diperoleh oleh pasukan negara yang diberi nama Harimau Malaya itu langsung tidak membanggakan — kalah di "kaki" Vietnam dan Thailand serta seri di "kaki" Hong Kong dan Bangladesh. Oleh sebab itu, kritik dan teguran Tan Sri Anuar Musa tentang prestasi negara itu (yang diluahkannya lapan bulan yang lalu), pada pandangan saya, sangat berasas.

Pada pandangan saya, teguran dan kritik itu disasarkan oleh Tan Sri Anuar Musa terhadap jurulatih skuad Harimau Malaya — Datuk K. Rajagobal — yang beriltizam untuk menanjakkan nama Malaysia sebagai "kuasa baharu" bola sepak Asia menjelang tahun 2015. Hal ini saya katakan demikian kerana Tan Sri Anuar Musa secara terus terang dan ikhlas telah mempertikaikan tindakan jurulatih itu yang sering dan asyik bereksperimen dalam usaha hendak membentuk skuad bola sepak terkuat negara.

Walau bagaimanapun, teguran dan kritik terbuka yang ikhlas dan benar itu, sangat mahal harganya kerana pada April 2012, Timbalan Presiden itu digantung 30 bulan oleh FAM. (Penggantungan itu kemudiannya mencetuskan bermacam-macam hal — Tan Sri Anuar diminta supaya menanggung kos mesyuarat jawatankuasa tatatertib, Tengku Abdullah ditegah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan itu, serta Tan Sri Anuar menyaman FAM atas hukuman yang dikenakan terhadap dirinya.)

Seperti yang dinyatakan tadi, skuad Harimau Malaya kalah di "kaki" Vietnam dan Thailand dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan baru-baru ini. Selepas kekalahan itu, Tengku Abdullah membuat teguran yang hampir sama dengan yang diluahkan oleh Tan Sri Anuar dahulu — Rajagobal, berhentilah mencuba-cuba pemain (bereksperimenlah tu), sebaliknya hendaklah cubalah mengenal pasti kesebelasan utama. Kerana barangkali titah baginda itu bukan kenyataan, baginda tidak senasib dengan Tan Sri Anuar.

Selepas tunduk di "kaki" Vietnam dan Thailand, skuad Harimau Malaya hanya seri dengan Hong Kong (ranking FIFA 172) dan Bangladesh (ranking FIFA 171). Komen spontan yang keluar dari mulut kebanyakan orang tentang dua keputusan terakhir itu ialah "malu". Tanpa hendak mempertikaikan kesungguhan mana-mana pemain, saya ikut berasa malu daripada keputusan itu. Walau bagaimanapun, saya tetap positif — bahawa Sang Harimau sedang menyembunyikan kukunya untuk digunakan pada masa yang betul, yang ada ganjarannya.

Berbalik kepada kritik dan teguran Tan Sri Anuar itu, kita dapati beliau awal-awal lagi sudah menyedari "kemeruduman" prestasi skuad Harimau Malaya. Malangnya, oleh sebab FAM "tidak boleh menerima" kritik dan teguran dengan cara yang demikian, maka loceng kesedaran itu terus dimatikan dan jurulatih pun terus melakukan caranya — bereksperimen. Sebagai hasilnya, kedudukan ranking FIFA kita jatuh dengan laju — daripada berkedudukan 148 pada Januari 2012 kepada kedudukan 163 pada November 2012!

Sebagai insan yang patriotik, kita patut menyokong pasukan negara kita. Sebagai insan yang patriotik juga, kita wajar bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Anuar Musa dan Tengku Abdullah — menegur yang kurang betul supaya yang kurang betul itu dapat dibaiki hingga menjadi betul. Patriotisme boleh dizahirkan orang melalui pelbagai cara; oleh itu, hukuman yang dijatuhkan kepada para patriot yang memperlihatkan sikap patriotik merupakan suatu bentuk penganiayaan, suatu bentuk kezaliman!

Ada yang berkata, kita cuma seri, bukannya kalah. Yang lain pula berkata, seri lebih baik daripada kalah. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Sebagai "harimau", kita tidak wajar berkata demikian. Hal ini saya katakan begitu kerana kita seri dengan pasukan yang tergolong sebagai lemah, dan keputusan seri yang kalian "bangga"kan itu berlaku di koloni kita. Huh, harimau tidak mampu untuk menewaskan "mangsa"nya yang lemah di koloni sendiri! Lebih baik menjadi kancil yang berakal daripada menjadi harimau yang lesu!

Berusahalah Harimau Malaya! Kalian harus menjadi garang sekalipun terhadap jurulatih kalian! Kalian harus membuatkan semua orang menelan tohmahan mereka semula. Yang lebih penting, kalian harus memadamkan arang yang terpalit di muka kalian ... dan kami. Doa kami senantiasa bersama dengan kalian. SELAMAT MAJU JAYA, HARIMAU MALAYA!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment