Alamak.. kelaku polis, perangai syaitan macam sama je laa !!
kerajaanrakyat.blogspot
Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku 'Zul Yahya' Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis. Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil. Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan. "Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi. Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas. Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan. Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas. Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor. Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya. "Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya. "Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah. Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan", oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.
Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku 'Zul Yahya'
Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.
Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.
"Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi.
Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.
Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.
Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.
"Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya.
"Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah.
Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan", oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.
Bila Polis Membuat Laporan Polis
cipantapirtenuk.blogspot
Bhai... Lu nak tau dak... Di Asia Tenggara nih... Negara yang paling banyak laporan Polis dibuat setiap hari aderlah Malaysia... Kira kita nih jadi juara la... Hebat kan...
Punya lah banyak laporan Polis sampaikan pegawai penyiasat (IO) pon jadi kelam kelibut.. Tak cukup masa dan kakitangan... Yer la... Laporan berkaitan eksiden pon kena amik tau... anak lari dari rumah la... kes jenayah... hilang kambing ... hilang kucing... sampaikan soalan bocor SPM 2012 pon ader laporan polis...
Itu belum lagi laporan berkaitan urusan perniagaan... Dan laporan yang paling banyak gua diberitahu la nih aderlah yang berkaitan dengan politik... Sehari paling cikai satu Malaysia akan ader sekitar 200 laporan berkaitan politik sahaja.... Hahaha
So... Bila polis sendiri yang membuat laporan polis... Lu agak-agak aaaa... Aper akan jadi dengan laporan yang bertimbun tue... Bukan aper... Kengkawan gua yang duduk kat bahagian siasatan dah naik menyampah dah dengan laporan polis yang berkaitan dengan isu politik nih... Buat menyemak jer kata diorang..
Sampaikan geng-geng cawangan khas yang gua kenal pon dah tahap fedip giler dah nih... Diorang mintak tolong aaa... Banyak lagi kerja lain nak buat... Diorang mintak sangat la kepada pegawai yang jadi balachi orang politik tue supaya jangan kacau kerja hakiki diorang... Cukup la dengan kesibukan yang ader tue... Tolong jangan tambah lagi dengan laporan-laporang bodoh berkaitan politik dan orang berkepentingan...
Ini luahan dari diorang kawan-kawan gua yang ramai di Cawangan Khas tue... Pasai pegawai nak nama dan naik pangkat... Sanggup jadi barua politik.. Last-last menyusahkan anggota-anggota kat bahagian siasatan... Terpaksa buat kerja bodoh diorang nih... Tolong aaaa... Jangan la jadi balachi dan barua... Tolong skit aaa...

Kelakar!!! Polis Johor buat laporan Polis... Kah kah kah kah....
agendsai.blogspot
Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider
Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.
"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.
"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."
Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.
Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.
Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.
Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencari beberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.
Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya./MalaysiaKini
Gelidah Tanpa Waran, Ahmad Mahu Polis Tubuh Jawatankuasa Siasatan
Juruukur bahan yang didakwa menghina Sultan Johor di laman Facebook hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan dijalankan terhadap pihak polis yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadapnya kerana dakwanya telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan dirinya dan keluarga.
"Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga.
"Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin," kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri.
Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya.
"Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum .... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga.
"Tuduhan mereka juga tidak berasas .... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ....saya bukan penjenayah," kata Ahmad kepada pemberita.
Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya.
"Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini .... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini," katanya lagi.
Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.
Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis. -TMI

__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

macam2 kes dorg ni...hurmm