skip to main | skip to sidebar

Respeks Group

Friday, November 9, 2012

RG2011... Fw: Kena Tendang Isteri Muda?

 



 

Kena Tendang Isteri Muda? Biar Betul!!!??

duniacacamarba.blogspot.

Sumber gambar: Manjung Mari

Benar atau tidak? Sila baca laporan lanjutnya di bawah.
 
 

Keluarga Bahagia? Ragad Menyepak Taib Di Khalayak Umum!

sarawakreport.org

This post is also available in: English, Iban

Pada hari Jumaat, 12hb Oktober yang lalu, para pemerhati di Wisma Bapa Malaysia di Kuching telah terkejut dengan suatu adegan. Si Ketua Menteri yang tua dan uzur dan isteri mudanya Ragad telah dilihat bergaduh di perkarangan pejabatnya, sehingga tercetusnya adegan Ragad menyepak tulang kaki Taib.

Ragad telah pergi ke bangunan pejabat orang tua itu untuk meminta berjumpa suaminya itu, yang ditunggunya sehingga orang tua itu menuruni tangga pejabatnya. Menurut cerita dari seorang pemerhati:

"setelah mereka bertengkar, orang tua itu disepak di khalayak umum!"
Pasangan itu kemudian berpisah dalam kenderaan masing-masing.

Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' itu dilihat tidak mesra di khalayak ramai. Pada suatu ketika dahulu Ragad pernah mengasari suaminya itu, dia telah melontar beg ke arah Taib di hadapan ahli-ahli keluarga orang tua itu.

Sememangnya Taib bukanlah seorang yang lembut hati sangat. Suatu ketika dalam bulan Disember 2010 dia telah mengejutkan ahli-ahli keluarganya dengan menembakkan pistol emasnya ke udara kerana marah setelah mengetahui Ragad menghilang diri tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Sebenarnya tiada satupun kejadian-kejadian ini dilaporkan dalam media berlesen di Sarawak kerana mereka takut lesen mereka akan ditarik balik. Namun keadaan sedemikian sememangnya sering menjadi buah mulut orang-orang yang rapat dengan mereka dan juga sebagai sumber bahan gurauan sesetengah orang di Kuching.

Itulah akibat perkahwinan yang dilakukan secara tergesa-gesa beberapa minggu menjelang pilihanraya negeri dahulu.

Dari perspektif orang tua itu ianya suatu usaha bagi dirinya untuk kelihatan masih kuat dan muda, setelah lebih 50 tahun dalam politik dan kini menghidapi pelbagai masalah kesihatan yang serius, setiap orang di Sarawak melihatnya sebagai harus berundur dan bersara secara terhormat.

Malah Perdana Menteri Najib Razak pernah meminta orang tua itu berjanji pada rakyatnya untuk meletak jawatan. Namun janji itu tetap dilupakannya setelah sekali lagi memenangi pilihanraya itu.
Dari perspektif Ragad pula, kenapakah perempuan semuda 29 tahun itu sanggup dikahwini seorang lelaki tua yang teramat kaya yang dua kali ganda usianya, yang tidak dikenalinya dan yang sedang mengidap barah usus yang serius?

Perkahwinan itu telah diatur oleh bapa saudara Ragad, Robert Geneid, dalam masa yang terlalu singkat ketika Robert dan isterinya Raziah (adik Taib), amat memerlukan sesuatu jasa dari Taib dan juga dilihat selaku pengendali pada Ketua Menteri yang uzur itu.

Namun, nampaknya kedua dua Taib dan Geneid telah tersilap perkiraan mengenai Ragad. Lagipun si Ragad itu berusia 29 tahun, bukanya 19, semasa dikahwinkan dengan Taib dan dia menjalani kehidupan kota, bekerja sebagai pramugari yang bergerak di seluruh dunia. Apa yang tidak diberitahu kepada Taib, sehingga setelah mengahwini Ragad adalah bahawa Ragad merupakan seorang balu yang mempunyai dua orang anak yang sudah hampir dewasa!

Sebenarnya Ragad bukannya seorang wanita yang lemah lembut sebagaimana diidamkan oleh Taib. Secara kontranya, Ragad adalah seorang yang keras dan kadang-kala sukar untuk diatasinya.
Si diktator tua yang seringkali menganggap diri sebagai tuan kepada semua orang dan mempunyai dua orang anak lelaki yang terkenal sebagai pendera isteri-isteri mereka, kini mendapati dirinya kelihatan lebih kecil pada saiz badan berbanding Ragad. Maka untuk mengatasi Ragad jika ada sebarang pergaduhan akan mengundang mudarat bagi orang tua itu!

Ada sesiapa di kalangan pembaca kita yang merasa sedih dengan nasib si Taib itu? Sila berikanlah komen-komen anda.
Ada pihak yang mengatakan Taib kini telah berakhir dengan apa yang telah ditakdirkan ke atasnya.

Lagipun Ragad sering kelihatan bersama-sama suaminya itu dan mengenakan pakaian dan barangan kemas yang serba mewah. Adegan yang boleh mendatangkan rasa malu bagi pasangan itu langsung tidak akan dilaporkan menerusi sebarang media kerana takut akan menjejaskan reputasi pasangan itu.

Taib juga sering dilihat menyuapkan makanan ke dalam mulut Ragad semasa jamuan-jamuan rasmi dan Ragad pula dilihat seolah-olah terpaksa menunjukkan wajah bahagianya, sambil mengenakan pakaian dan barangan kemas yang mahal-mahal dan tidak akan mengenakannya pada kali kedua.

Namun, sebagai pasangan suami-isteri anda mungkin mengalami kesukaran untuk berlakon bahagia terutamanya jika perkahwinan itu bukannya pilihan diri sendiri. Taib mungkin tidak berminat untuk dianugerahkan anak bersama Ragad, dan begitu juga dia enggan dilihat bersama anak kecil dikhalayak ramai pada usianya itu. Ada pihak mengatakan bahawa Ragad kini sudah tersepit. Pernah suatu ketika dahulu Ragad membawa ahli keluarganya ke kediaman Taib di Demak Jaya yang kemudiannya mengundang reaksi tidak selesa di kalangan taib dan juga ahli keluarganya.
Bagi kebanyakan orang, berbincang sebegini dilihat sebagai menjaga tepi kain orang lain. Namun bagi keluarga yang paling berkuasa ini, rakyat berhak untuk merasa cemas dengan masalah gagal berfungsi ini

Bagi mereka yang berusaha mendapatkan jasa baik Taib selama ini, terdapat satu persamaan dikalangan mereka, iaitu menambahkan kekayaan untuk diri sendiri. Ragad datang ke Sarawak tanpa apa-apa pada dirinya dan dia sudah terbiasa dengan 'hidup mewah' yang begitu pantas datang pada dirinya.

Sama seperti bapa saudaranya, Robert Geneid dan ibu saudaranya, Raziah yang sebelumnya, yang telah meraih kemewahan dengan merampas tanah-tanah NCR dan pelbagai kontrak yang dikawal oleh pejabat Taib, kini giliran Ragad pula menunjukkan tanda-tanda untuk terlibat dalam membuat keputusan untuk negeri bagi mendapatkan kekayaan untuk dirinya sendiri. Tujuannya amat jelas iaitu menghimpunkan kekayaan sebanyak mungkin sebelum suaminya meninggal dunia dan untuk itu dia harus bekerja keras dan secepat mungkin.

Sumber maklumat dari orang dalam menunjukkan Ragad kini telah mula cuba mendapatkan kawalan ke atas kontrak-kontrak yang dikeluarkan Taib – kontrak-kontrak yang sepatutnya diuruskan secara telus dan terbuka, tetapi di bawah pemerintahan busuk Taib Mahmud, urusan sedemikian tidak dilaksanakan.

Sumber maklumat dari orang dalam juga mengatakan bahawa persaingan mendapatkan kontrak di kalangan ahli-ahli keluarga Taib kian menjadi-jadi. Raziah dan suaminya Robert kini merasakan diri mereka disisihkan bukan hanya oleh Ragad, malah oleh anak perempuan Taib, Hannifah, yang juga dilihat bersaing dengan ibu saudaranya Raziah, namun di samping itu turut merasa tidak selesa dan mempunyai syak wasangka terhadap ibu tirinya Ragad, yang jauh lebih muda darinya.

Keluarga bahagia? Kita dari kalangan orang kebanyakan ini sering diingatkan bahawa usaha mengejar kekayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Tendangan kuat Ragad terhadap suami tuanya itu menunjukkan rasa putus asanya setelah berkahwin selama dua tahun dan tiada kaitannya dengan kebahagiaan.

Namun akibat ketamakan agresif yang wujud dari tengah-tengah sistem autokrasi Taib juga menggugat kebahagiaan rakyat Sarawak sendiri.
Keluarga Taib Mahmud harus disingkirkan dan kerajaan yang lebih professional dan sempurna harus dikembalikan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk dinikmati oleh para oportunis yang tamak dari Eropah, Australia dan Timur Tengah.

  • __._,_.___
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
    Recent Activity:
    • New Members 2
    Visit Your Group
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    Yahoo! Groups
    Switch to: Text-Only, Daily Digest • Unsubscribe • Terms of Use • Send us Feedback
    .

    __,_._,___
    Posted by R Parimala Bai at 2:08 AM

    No comments:

    Post a Comment

    Newer Post Older Post Home
    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Followers

    Blog Archive

    • ►  2015 (109)
      • ►  December (14)
      • ►  November (3)
      • ►  October (11)
      • ►  September (7)
      • ►  August (10)
      • ►  July (7)
      • ►  June (7)
      • ►  May (7)
      • ►  April (7)
      • ►  March (8)
      • ►  February (16)
      • ►  January (12)
    • ►  2014 (5335)
      • ►  December (181)
      • ►  November (572)
      • ►  October (477)
      • ►  September (339)
      • ►  August (277)
      • ►  July (371)
      • ►  June (575)
      • ►  May (462)
      • ►  April (476)
      • ►  March (513)
      • ►  February (468)
      • ►  January (624)
    • ►  2013 (9494)
      • ►  December (1053)
      • ►  November (654)
      • ►  October (777)
      • ►  September (699)
      • ►  August (606)
      • ►  July (904)
      • ►  June (750)
      • ►  May (868)
      • ►  April (778)
      • ►  March (866)
      • ►  February (793)
      • ►  January (746)
    • ▼  2012 (10860)
      • ►  December (640)
      • ▼  November (580)
        • Re: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • Re: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain...
        • Re: RG2011... Fw: Siapa Sambut Jenazah Di Lubang K...
        • RG2011... Awas-Worldshopperslink.com SCAM
        • RG2011... PROTON SUV BAKAL DILANCARKAN ?
        • RG2011... Fw: tetap sokong Nizar.
        • RG2011... Fw: Kadar Jenayah Semakin Meningkat,
        • RG2011... Fw: Menteri paling b-d-h
        • RG2011... Fw: Dipanah Petir Di Puncak Gunung Datuk
        • RG2011... Fw: Paling Boros Belanja Duit Petronas
        • RG2011... Palestinians rally in Ramallah to watch ...
        • RG2011... PBB Mengiktiraf Status Palestin Menjadi ...
        • RG2011... Perayaan di Gaza dan Tebing Barat
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RG2011... Istanbul (part 2): when the night
        • Re: RG2011... Anda musykil dr. mashitah menjawab
        • Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agam...
        • RG2011... Re: Hamas, Iran dan politik baharu Palestin
        • RG2011... Kemudahan Yang Menyusahkan
        • RG2011... Didik Anak Hargai WANG!
        • RG2011... Hakikat Sebuah Doa
        • RG2011... Jangan Ditanya Kenapa....
        • RG2011... Menjaga Adab Berziarah
        • RE: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain...
        • RG2011... Walau Sehebat Mana Kita
        • RG2011... Muslimah Itu
        • RG2011... Adab Bersembang
        • RG2011... ARTIKEL : Jadilah seorang pemaaf
        • RG2011... 10 jenis Lelaki DIBENCI Wanita!
        • RG2011... CERPEN: KORBAN KASIH
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RG2011... CERPEN: Pengantin Berdarah
        • RG2011... CEREPN: Bukalah Mata HatiMu
        • RG2011... CERPEN: Apekku! I Love You..............
        • Re: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain...
        • RG2011... Tema : GLAM ROCK for Muslimah
        • RE: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agam...
        • Re: RG2011... Fw: PLUS sign
        • Re: RG2011... CERPEN: BiniKu Tomboi
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RG2011... Fw: Ahli Parlimen Nyaris Kena Baling
        • RG2011... Fw: BOIKOT PRODUK ISRAEL ADALAH KEBODOHAN
        • RG2011... Fw: Bayi Meninggal Ditimpa Durian
        • RG2011... Fw: SATU LAGI CARA NAK BODOHKAN MELAYU
        • RG2011... Fw: ANALISA GAMBAR TV3/4 DAN U MELOYA...
        • RG2011... Fw: SEMANGAT MEMBARA BOIKOT ISRAEL
        • RG2011... Tinggal 15 Minggu Lagi...PRU13
        • Re: RG2011... Re: FW: Jika Ikut Ajaran Allah, Kena...
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • RG2011... 10 THINGS ... you didn't know about BRUC...
        • RG2011... Dargavs - city of the dead
        • RG2011... Jambatan gantung unik (6 photos)
        • RG2011... Jumpa orang tua & Miskin ==> Terus tolon...
        • Re: RG2011... Kat malaysia pernah ada ker macam ni?
        • RG2011... Bila berlaku durian runtuh ...
        • RG2011... Svalbard glacier waterfalls (9 photos)
        • RG2011... Hsnya di rusia
        • RG2011... The evolution of images of actors(9 photos)
        • RG2011... FRU dinegara orang di beri susu (7 photos)
        • Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agam...
        • RG2011... CERPEN: Seperti Kucing Sembunyikan Kuku
        • RG2011... CERPEN: Terhenti Di Sini
        • RG2011... CERPEN: Aku Bukan UntukMu
        • RG2011... CERPEN: Al-Fatihah Utk Abah
        • RG2011... CERPEN: Putera High School vs Puteri Hig...
        • RG2011... Betapa fobianya manusia bila dekat nak s...
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RE: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • Re: RG2011... Fw: PLUS sign
        • Re: RG2011... CERPEN: Tetap Ada Getarnya!
        • RG2011... Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syari...
        • Re: RG2011... Doa hancur Umno demi selamatkan agam...
        • Re: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • Re: RG2011... Mencari Pekerjaan. Kepada yg sudi me...
        • RE: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RE: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • Re:RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • RG2011... Fw: AES mudahkan BN kalah
        • RG2011... Fw: Untung Jadi Jutawan BN
        • RG2011... Fw: Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat
        • RG2011... Fw: Hairan Masjid Ar-Rahman UM ditutup
        • RG2011... Fw: Tabik Springg...PAS Kalah Dengan Umno
        • Re: RG2011... CERPEN: BiniKu Tomboi
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... Ustazah Salam sape tu??
        • Re: RG2011... TUMPANG TANYA BERKENAAN KOLAM MEMANC...
        • RG2011... China Builds Road Around House Because O...
        • RG2011... PROTON SUV BAKAL DILANCARKAN ?
        • Re: RG2011... Kerusi Urut
        • RG2011... CERPEN: Manual Cinta
        • RG2011... RE: CERPEN: Dialah Di Hati
        • RG2011... CERPEN: Dialah Di Hati
        • RG2011... CERPEN: Mr. Secretary
        • RG2011... CERPEN: SUAMI = TEMAN BAIK :)
        • RG2011... RE: Pembikin filem anti-Islam tidak meny...
      • ►  October (966)
      • ►  September (867)
      • ►  August (766)
      • ►  July (1004)
      • ►  June (1063)
      • ►  May (1125)
      • ►  April (997)
      • ►  March (967)
      • ►  February (777)
      • ►  January (1108)
    • ►  2011 (12284)
      • ►  December (1091)
      • ►  November (1164)
      • ►  October (1237)
      • ►  September (977)
      • ►  August (525)
      • ►  July (766)
      • ►  June (977)
      • ►  May (1292)
      • ►  April (1119)
      • ►  March (1230)
      • ►  February (973)
      • ►  January (933)
    • ►  2010 (1)
      • ►  December (1)
    • ►  2001 (9)
      • ►  February (2)
      • ►  January (7)

    About Me

    R Parimala Bai
    View my complete profile