Bekas Pengarah JAIS Pilih PAS Kerana Islam
SHAH ALAM 23 NOV : Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Nahrawi Hashim, 63, menyatakan keputusannya menyertai PAS kerana parti itu memperjuangkan agama Islam dan masih kekal dilandasannya.
Nahrawi berkata demikian ketika mengulas mengenai penyertaannya ke dalam PAS ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV minggu lalu.
Katanya, beliau dibesarkan dengan ilmu agama sejak dari kecil dan menyimpan hasrat untuk menyertai PAS sekian lama dan hanya berbuat demikian selepas menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan.
"Jawapan saya mudah, saya dibesarkan dengan agama dan saya melihat PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam," katanya ketika ditemui di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Sementara itu, Nahrawi berkata, beliau hanya ingin menjadi ahli biasa dan berhasrat untuk menyumbang sesuatu yang bermanfaat daripada belakang namun tidak menolak sekiranya diberikan jawatan dalam PAS.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menyatakan PAS masih relevan dan penyertaan Nahrawi membuktikan parti itu tidak tersasar daripada matlamat asal perjuangannya.
"Di dalam PAS Selangor, saya mengalu-alukan kemasukan beliau sebagai ahli dan mengharapkan beliau dapat membantu khususnya di kawasan Shah Alam," katanya yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.
Sebelum ini, Nahrawi pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pernah juga berkhidmat di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan sebelum bersara daripada jawatannya pada tahun 2009.

Fauzi Amir Gus · Top Commenter · Guru at Kementerian Pendidikan Malaysia subhanalLah
Datuk Ramli Yusuff mengecam Gani Patail dan Musa Hassan di hadapan KPN dan pegawai tinggi yang lain di Bukit Aman
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment