Kenyataan Media: Tindakan Undang-undang
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.
Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Nurul Izzah ambil tindakan undang-undang terhadap Utusan, Berita Harian
malaysiaberih.blogspot.
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa media arus perdana termasuk laman blog terhadap dakwaan yang mengatakan beliau menyokong "kebebasan beragama" dalam satu forum baru-baru ini.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Bagi tujuan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu (gambar) diwakili oleh peguam, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.
"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," jelasnya lagi.
Ketika sidang media awal hari ini, Nurul Izzah telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh media berhubung isu tersebut.
"Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.
"Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi (untuk) keluar kenyataan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Ini soal agama bukan mainan, kalau Umno nak guna agama, kalau betul Jais (perjuangkan Islam) ... ambil tindakan terhadap orang Islam terlibat dalam perjudian, kenyataan yg disesatkan, tapi tiada."(Tetapi) agama digunakan sebagai mainan politik Umno," tegasnya lagi.
Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyelar ulama Umno yang membisu dalam banyak isu-isu keagamaan dalam Umno, sebaliknya menyerang Nurul Izzah dengan gambaran menyokong "pluralisme".
"Kezaliman, rasuah, penyelewengan Umno, ustaz Umno tak berani sentuh, mereka guna pluralisme agama secara umum.
"Pluralisme agama kalau mereka meremehkan Islam, maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama itu sama.
"Soal agama, akidah, kita (PR) tidak berganjak, tetapi ini hanya mengalih pandangan kerana ustaz Umno tak berani sebut berkenaan penghinaan terhadap agama, kezaliman dan rasuah," tegasnya lagi.
Izzah sebelum ini telah dikecam pelbagai pihak kerana kenyataan yang dikeluarkannya dalam satu forum yang didakwa "menyokong" kebebasan beragama masyarakat di negara ini.
Isu itu telah mendapat perhatian umum yang melihat kenyataan itu keterlaluan kerana majoriti masyarakat negara ini adalah Melayu dan beragama Islam.
Anwar juga turut menyokong tindakan Nurul Izzah untuk membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan tindakan perundangan boleh diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan tersebut.TMI
Apa lagi Nurul..jangan dok bagi muka kat UTUSAN nie..saman jee..!!!
Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"
Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai."Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"
Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.
Panggil juga Utusan, kata Nurul Izzah kepada Jais
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disaran turut memanggil wakil akhbar Utusan Malaysia bagi memberi keterangan berhubung laporan mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.Izzah berkata, beliau bersedia memberi keterangan kepada Jais jika dipanggil berbuat demikian dan mahu Utusan Malaysia juga disoal siasat kerana memutar belit kenyataannya.
"Ya, saya harap dia (Jais) panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu pada masa sekarang atas nasihat peguam.
"Saya mengajak semua untuk merujuk kenyataan saya dalam blog dan saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak lagi membuat kenyataan kerana peguam saya akan mengambil tindakan seterusnya," katanya.
Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Melayu Bebas Pilih Agama?' dengan memetik laporan portal Malaysiakini berhubung kenyataan Izzah.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan memanggil Izzah hanya akan diambil sekiranya pihak Jais menerima maklumat berhubung perkara tersebut bagi membantu siasatan.
Nak Tunjuk Baik Konon.. undang-undang TUKAQ AGAMA sampai sekarang pun tak selesai lagi..
oleh AnakKedah007.blogspot.com
Sembang ja puak nie..nak pertahankan ISLAM konon.... macam-macam hangpa bantai Nurul Izzah walaupun dia dah buat penjelasan apa yang beliau sudah katakan tuu.. Saja nak spin nak bagi huduh....
Pertahankan Islam konon....nie Jika org islam masuk agama lain yg umuq 18 thn keatas pakai tak boleh buat apa dah mak dan pak dia....masuk mahkamah pon kalah sbb dlm undang2 negara PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN termaktub macam tuu.. mai kat luaq riuh rendah pertahan agama...undang-undang tu pun tak boleh nak ubah.. saja sembang nak bagi PAKATAN RAKYAT nampak busuk jaa...
Ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun.
Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: "Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini".
Cuba tengok kes nie pulak...
Gadis peluk Islam dikurung
IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu.
"Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam.....
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121103/je_07/Gadis-peluk-Islam-dikurung#ixzz2BQ3H2s7X
© Utusan Melayu (M) Bhd
Beliau telah di selamat kan oleh POLIS sebab bapak dia kurung kerana dia masuk ISLAM... dengan UNDANG-UNDANG PERKARA 11 bapak beliau tak ada kuasa sebab beliau dah berumur 18 tahun... Alhamdulillah beliau tukar agama dari agama beliau ke ISLAM....
Yang kami kata sembang tadi sebab bila terjadi kepada AISHAH BUKHARI yang nak tukaq dari ISLAM ke KRISTIAN sampai sekarang tak ada sapa boleh halang... Ini semua sebab PERKARA 11 tadilah... itu kami kata depa nie hanya sembang sahaja pertahan ISLAM...
Dah lama ahli parlimen Pas berjuang utk tambah 3 ayat..... KECUALI ORANG ISLAM tapi apa kan daya MP umno tak sokong dari dulu lagi....
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___





No comments:
Post a Comment