Tuesday, November 6, 2012

RG2011... Fw: Untuk Info Aje

 



Subject: Fw: Untuk Info Aje

 
tanganlari72.blogspot
 
 
 

Pelanggang tetap kedai makan marahkan BERSIH!

 
Seorang pelanggang tetap sebuah kedai makan yang setiap pagi pergi ke kedai tersebut untuk makan nasi lemak. Tetapi pada pagi sabtu lalu beliau kecewa kerana nasi lemak yang beliau makan setiap pagi itu kehabisan diawal pagi.."Setiap pagi saya datang makan kat sini, nasi lemak makcik ni sedap, tapi hari ni saya kecewa dan  marah dengan penganjur BERSIH kerana telah panggil ramai orang datang ke KL dan makan kat kedai ni, sekarang saya tak dapat makan nasi lemak yang sedap ni." kata pelanggang tersebut yang agak kecewa.

     Kejadian serupa juga berlaku diseluruh Ibu Kota KL, Ramai dikalangan warga kota terpaksa berebut dengan peserta DEMO BERSIH untuk mendapatkan makanan pagi di kedai. Ini kerana seramai 250 ribu yang hadir seawal pagi di Ibu kota walaupun perancangan BERSIH berkumpul dijadualkan pada pukul 2 petang . Peniaga agak gembira bercampur marah kerana terpaksa tutup awal perniagan mereka kerana kehabisan bahan perniagaan.
       Makcik yang biasanya tutup kedainya pada pukul 2 petang tetapi terpaksa tutup sebelum pukul 10 pagi kerana lauk dan nasi yang sepatutnya dijual pada tengahari namun dah kehabisan kerana diserbu oleh peserta BERSIH dan terpaksa memasaknya awal pagi dan berulangkali memasaknya sehingga habis bekalan basahnya...Tutup awal dan dapat keuntungan berkali ganda......."Hari ini agak letih dan kepenatan kerana melayan peserta bersih yang datang beramai ramai ke kedai makcik ni....hmmm banyak lah juga dapat lebih daripada hari biasa." katanya sambil tersenyum.

Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar

 
       Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit.

Pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemimpin yang ingkar kepada Allah berbeza kedudukannya dengan pemimpin yang lembap atau 'slow'.

Menurutnya, pemimpin yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan, bertindak perlahan untuk kemajuan dan kebaikan negara atau negeri, tidak perlu ditukar.

Katanya, sebaliknya bagi pemimpin lembap, mereka hanya perlu dibaiki agar berubah ke arah kebaikan bagi kepentingan agama,  tanah air dan seluruh rakyatnya.

"Keadaan itu samalah juga dengan kedudukan seseorang imam. Makmum memang kena ikut imam. Kalau imam itu baca perlahan, baca surah panjang-panjang, sabar sajalah. Tak perlulah tukar imam itu.

"Kalau tak setuju dengan imam itu, pergi sajalah ke masjid atau surau lain," katanya ketika menjawab soalan peserta sama ada dalam konteks kepimpinan, perlu tukar pemimpin atau ubah pemimpin, pada program Bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu di De Palma Hotel Ampang, dekat sini, semalam. 

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya seseorang imam itu merosakkan rukun sembahyang, imam tersebut perlu ditukarkan dengan imam lain yang lebih baik daripadanya.

Katanya, begitu juga kedudukannya dengan imam yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, imam itu juga bukan lagi perlu diubah tetapi perlu ditukarkan dengan imam lain dengan segera.

"Perkara itu samalah juga dengan seseorang pemimpin yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah dalam sistem pemerintahannya.

"Pemimpin seperti itu jika tidak ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya pasti akan lebih merosakkan lagi negara dan rakyatnya sehingga akhirnya akan menyebabkan negara itu musnah," tegasnya.

Tugas menukar pemimpin yang tidak baik kepada yang lebih baik, tambahnya, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan tuntutan Allah ke atas setiap umat Islam agar sentiasa mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Selain dari itu, pemimpin seperti itu juga perlu dibantu oleh sesama umat Islam lain demi kepentingan pemimpin itu sendiri dengan diberikan nasihat dan teguran kepadanya agar insaf dan bertaubat kepada Allah.

"Cara untuk memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin yang seperti itu adalah dengan menukarkannya dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

"Setelah kuasa tiada lagi di tangannya, barulah dia akan sedar dengan kesilapan dan kejahatannya sendiri selama ini. Dengan itu, barulah dia akan insaf dan bertaubat kepada Allah," tegasnya.

Begitu juga halnya dengan pemandu yang mabuk, tambahnya lagi, yang bukan sahaja perlu ditukar segera dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya bagi kepentingan nyawa orang lain, tetapi juga untuk menegurnya supaya sedar dengan kesilapannya sendiri.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment