300,000 tiada IC mahu demo depan JPN 5 Disember
(Oleh Masdar Wahid)
PETALING JAYA 9 November: Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.
“Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.
“Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’ ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.
“Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini,” tegasnya.
Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.
p/s: Aku haran jugak..kalo kaum asli yg duduk dlm dlm hutan di pedalaman sabah/sarawak,bolehlah jgk aku percaya mrk susah nak g buat IC, tapi yg heranya mrk yg duduk semenanjung ni,di bandar2 pulak tu,sampai 300k orang bleh takda ic ni apa crita? Nampak mcm ada udang Kerpan disebalik batu punya cerita...tuh geng yg kerja kat kedai2 mamak tu semua bkn India dari Malaysia,mrk india ori dari India,kalaulah dlm 300k ni terselit India ori ni mcm mana?,bukanlah nak bersikap perkauman,tapi ini penting utk masa depan negara jgk..
Aku harap pihak yg berkenaan cek baik2 sablom membabi buta bagi IC kat orang...Geng Pakatan pun jgn dok babibuta demo taktentu hala bab ni..nanti buat malu kompeni ja...
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment