Relevan klu khemah tersusun rapi cmni..Barulah kemas teratur dan cantik..
Sent from my iPad
TV 3 SUKU Sempat Fitnah Konon Mangsa Banjir Beli Khamah Sendiri !!
malaysiaberih.blogspotatsixty-zakriali.blogspotDicatat oleh atsixty
Ada rakyat gembira disediakan khemah walaupun menteri kata tak perlu
Posted by Kedah LanieKawat sumbang 50 khemah untuk mangsa banjirDUNGUN - Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) turut tampil memberi sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di sini dengan menyediakan 50 buah khemah.
Presidennya, Ayob Mamat berkata pihaknya berasa terpanggil memberi bantuan khemah itu memandangkan ia keperluan mendesak ramai mangsa banjir terutama wanita dan warga emas di pusat pemindahan.
"Kami menghulurkan sumbangan ini sejak tiga hari lepas dan maklum balas yang diterima sangat baik kerana mangsa banjir sangat memerlukan khemah ketika ini bagi memastikan keselesaan terutama untuk tidur di waktu malam.
"Keutamaan diberi kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan, ibu menyusu, bayi dan warga emas," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan khemah di pusat pemindahan Gong Pasir di sini hari ini.
Sebanyak 1,087 mangsa daripada 267 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan itu sejak 4 Disember lepas.
Ayob berkata bantuan khemah itu adalah hasil sumbangan beberapa pihak dengan kerjasama Kawat, yang prihatin dengan nasib mangsa banjir dan berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.
Sementara itu, penerima sumbangan, Marzaiasra Mohd Rohmi, 25, berkata dengan adanya khemah itu, beliau dapat menyusukan anaknya Nor Masha Emelda yang berusia lapan bulan dengan lebih selesa.
"Sebelum ni, saya kena lindung dengan kain...malu juga, tapi nak buat macam mana, saya cuba susukan anak sembunyi-sembunyi di sebalik kain yang dibuat tirai.
"Namun, saya gembira bila dapat khemah ni, nak tidur pun selesa dan berharap lebih ramai mangsa banjir mendapat khemah," katanya yang tinggal di sini sejak Rabu lepas.
Noor Afiza Sahak, 35, berkata beliau gembira mendapat sumbangan khemah itu kerana memudahkannya menjaga batas aurat sepanjang berada di pusat pemindahan itu.
"Lega sikit sebab kita ni kalau tidur memang tak selesa kalau di tempat terbuka begini, jadi dah pasang khemah ni boleh tidur selesa sikit," kata ibu kepada tiga anak itu. - Bernama
KEMAMAN - Seorang warga emas nekad untuk berlindung di dalam van milik suaminya di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok dekat sini.
Munah Eng Abdullah, 64, sanggup menjadikan van tersebut sebagai tempatnya berteduh dan bermalam memandangkan beliau tidak boleh terlalu lama duduk atau tidur di atas simen.
Beliau yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak 10 tahun lalu berkata ini adalah tahun kedua beliau tidur di dalam van ketika rumahnya di tenggelami banjir.
"Mak cik juga sering sakit di bahagian sendi, jadi apabila terlalu lama berada di atas simen, kaki akan mula berasa kejang sebab itu kami memilih untuk tinggal di dalam van," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.
Hari ini sudah enam malam beliau dan suaminya berkampung di sekolah terbabit.
Munah berkata suaminya mula mengemas barangan mereka sebaik menyedari air semain naik.
Beliau berkata pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak telah meringankan beban mereka memandangkan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.
"Mak cik bersyukur bantuan air bersih mula dihantar kepada kami termasuk peralatan lain seperti tikar, selimut dan sebagainya," katanya.
Seorang lagi mangsa, Wan Nordin Wan Hassan, 40, berkata bantuan boleh dikatakan agak lewat tiba ke pusat penempatan itu kerana paras air terlalu tinggi selain masalah komunikasi yang dihadapi.
"Saya faham jalan terputus menyebabkan bantuan agak sukar dibawa sebelum pihak penyelamat lain tiba dengan kelengkapan yang lebih baik," katanya. - Bernama
Aduhai MENTERI, Apa kejadahnya mangsa banjir dilayan sebegini rupa?
Posted by Kedah LanieMenteri Kata Khemah Tak Sesuai, Mangsa Banjir Beli Khemah Sendiri.
Mereka beli khemah sendiri rupanya. Dari harga rm40 untuk sebuah khemah sampai la kepada harga rm240. Alah kesian nya. Sudahla rumah habis belaka dek banjir. Barang rosak lagi. Kereta pula dimasuki air. Berapa pula nak berhabis repair kereta. Ini kena keluarkan duit sendiri untuk beli khemah?
APA JADAHNYA MANGSA BANJIR DILAYAN SEBEGINI RUPA?LOW CLASS betul la sistem bantuan mangsa banjir di Malaysia neh. Ini betul2 BULLSHIT.
Point menteri kita ;
1. Penyediaan khemah untuk mangsa banjir tak pratikal di negara ini.
2. Namun menteri akan sedia mempertimbangkan la penyediaan khemah untuk ibu2 yang menyusu anak.
3. Jika mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan, maka tilam lebih pratikal daripada khemah.
4. Mula2 rakyat suruh sediakan khemah, tah2 lepas neh depa minta sediakan aircon pula..
5. Yang kita lihat orang tinggal di pusat banjir tak lebih dari 5 hari, apa jadahnya kita nak bekalkan khemah ataupun tilam yang empuk untuk mangsa2 banjir ini? (** untuk rekod, idea sediakan tilam tue idea dia, lepas tue dia kondem idea dia sendiri).
6. Jadi saya rasa kita patut sediakan tilam yang nipis. Kalau tilam tebal susah nak uruskan.
7. Sekarang kita ada 18k mangsa banjir. Nak kendalikan tilam ada masalah logistik, trak. (** tak faham aku apa point dia cakap macam neh).
Jawapan untuk Shabery Cheek. Kesian aku tengok menteri2 aku berfikir macam neh. Aku bukan kesian kat depa. Tapi aku kesian kat diri aku, rakyat2 macam aku neh hah. Disebabkan kebodohan sesetengah orang, maka sesetengah orang yang lain, yang takde kaitan turut sama terjejas dan terheret dalam keadaan yang sukar.. disebabkan sesetengah pemimpin2 di negara ini kurang pandai berfikir dan menguruskan sesuatu dengan cekap.Pertama. Kita sudah set pusat2 pemindahan banjir. Maksudnya kat sini, pusat2 pemindahan banjir itu sudah ditentukan terlebih dahulu. Jadi masalah logistik ke apa ka dah tak timbul sebab apa yang perlu kerajaan buat ialah terus sediakan peralatan2 untuk mangsa banjir di kemudian hari di pusat pemindahan banjir. It means, nak guna aje, sudah terus sedia ada di pusat penempatan banjir tanpa banyak citer.
Kedua. Khemah takde tarikh luput. Hanya perlu dijaga dengan baik. Jangan sampai ada yang hilang dan rosak dalam jagaan. Ini masalah amanah. Lantik mereka2 yang ber-amanah untuk jaga harta benda awam.
Ketiga. Panas juga merupakan satu isu. Jangan anggap hanya kerana mereka rakyat ko nak layan mereka macam ko layan sampah beb. Menteri pun tahu nak upgrade kemudahan dan gaji diri sendiri, so rakyat tak boleh di upgrade dari takde khemah kepada ada khemah? Dari takde kipas kepada ada kipas? Lue mulut jangan itu macam menteri. Lue ingat walaupun untuk 5 hari rakyat tak berhak ke nak rasa selamat dan selesa di pusat pemindahan banjir?
Keempat. Khemah pratikal. Panas ialah isu jadi panas boleh diatasi dengan sediakan kipas juga. Anak2 perlu berasa selesa sebab keselesaan anak2 akan memudahkan ibu bapa yang sedang kelam kabut dok fikir kerugian dan kehilangan harta benda untuk berfikir dengan betul. Pemikiran ibu bapa yang sedang emosi tidak boleh dikacau. Jadi mereka kena selesakan anak2 supaya fikiran mak bapa tak serabut sekali.
Kelima. Khemah juga penting untuk salin baju dan sebagainya. Bukan semata2 nak menyusu anak. Menteri tak payah nak mempertimbangkan bagai idea yang sudah tentu2 logik ini. Rakyat dah bagi idea. Tinggal nak laksanakan pun banyak bunyi.
Keenam. Kalau nak sediakan tilam nipis, sediakan la juga. Takde masalah jika kemudahan2 untuk mangsa banjir diperbanyakkan. Lebih baik ada dari tiada.
Ketujuh. Banjir berlaku setiap tahun. Kadang2, 3 atau 4 tahun sekali. Jadi sudah ada pengalaman. Ini benda berterusan. Waima ia mungkin untuk 5 hari saja, ia benda berterusan. Jadi well preparation untuk benda2 sudah boleh difikirkan. Bantuan banjir sistematik sudah patut diwujudkan. Rakyat tak sabar2 nak balik rumah. Salah satu faktor adalah disebabkan betapa teruk dan tak selesanya pusat pemindahan banjir. Tahu kah anda wahai menteri?
Minta tolong la pada menteri2 semua. Bila bercakap tentang sesuatu perkara tue, terai bincang2 dulu dengan sesiapa yang mampu bagi nasihat yang betul. Ingat, nasihat kena betul. Bukan sekadar nasihat yang baik aje. Setakat orang bagi nasihat baik (bodek) baik tak payah..
Wehh neh rakyat dok hentam2 pasal khemah neh apa nak buat.. hah? <-- menteri
Sabar menteri, sabar. Rakyat memang macam tue.. mereka ada aje benda nak dikatakan.. (nasihat baik).
Menteri, sabar. Cuba fikirkan kata2 rakyat itu. Penyediaan khemah memang relevant. Kita turutkan kehendak mereka sebab ini babitkan keselesaan untuk mangsa2 banjir (nasihat betul).
Makanya disini, menteri2 sekalian sudah boleh memikirkan untuk lantik penasihat2 yang bagi mereka nasihat yang betul, bukan nasihat yang baik. In order untuk berhenti dari terus terusan menyusahkan rakyat jelata.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/menteri-kata-khemah-tak-sesuai-mangsa.html#ixzz2mqia3WF6
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (3) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment