Monday, January 31, 2011

RG09... IKLAN : TRIP 3D2N KE HAADYAI, THAILAND RM 190/HEAD

 


LAWATAN KE HAADYAI, THAILAND 3D2N hanya RM 190/ HEAD

salam sejahtera,

Saya sedang mencari rakan2 yg berminat menyertai rombongan saya ke Padang Besar, Perlis dan Haadyai, Thailand utk 3D2N.
TARIKH :18hb-20hb FEBRUARI 2011( Jumaat malam, sabtu minggu ketiga dan ahad).

Tempat adalah terhad. Hanya 40 org shj ada tempat utk menyertai rombongan ini dengan menggunakan Bas Persiaran. 
Rombongan akan bertolak dari JLN TEMPLER PETALING JAYA, SELANGOR. 

- Kos termasuk penginapan, insurans dan pengangkutan hanya
RM 190/head,
(Makan dan minum sendiri - TIDAK DISEDIAKAN).
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang di Haadyai, Thailand.
(ada kemudahan SPA, Karoake, jakuzi, Massage etc....)
- Penginapan hotel sebilik untuk 2 org shj.

Aktiviti:

18hb februari 2011 (Jumaat)
Berkumpul di Jln Templer, Petaling Jaya pada jam 10.00 malam.
11.00pm - bertolak dr Jalan Templer, Petaling Jaya.

19hb februari 2011 (Sabtu)
7.00am - Sampai di Padang Besar, perlis. (B/fast) dan window shopping.
12.00pm - Berada di Imigresen sempadan Bukit Kayu Hitam.
1.30 pm - check in hotel di Haadyai.
2.30 pm - Melawat sekitar bandar Haadyai dan aktiviti membeli belah (bas disediakan).
8.00 pm - makan malam di restoren sekitar Haadyai. 
9.00 pm sehingga 3.00 am AKTIVITI BEBAS...........

20hb februari 2011 (Ahad)
7.00 am - Sarapan pagi beramai-ramai (bayar sorang2).
8.00 am - Sambung lagi shopping di Pasar pagi Haadyai...(Bas di sediakan)
11.30am - Kembali ke hotel utk bersiap pulang ke PJ.
12.00pm - Check out.
1.00 pm - Sampai di Imigresen Malaysia/Thailand, Bukit Kayu Hitam.
8.00pm - Dijangka sampai di Jalan Templer PJ, Selangor

Ada CABUTAN BERTUAH menanti anda......

Pada sesiapa yg berminat boleh hubungi saya dan buat pembayaran pendahuluan sebanyak RM 120 
SEBELUM 2HB FEBRUARI 2011

hubungi saya ARMAN BIN ISMAIL di talian ( 0163220585 )

terima kasih.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

RG09... Kuasa siber dan revolusi Timur Tengah

Kuasa siber dan revolusi Timur Tengah
Ahmad Lutfi Othman   
Ketika banyak pihak bercakap soal pengaruh dan kuasa media baru dalam proses kebangkitan rakyat di Timur Tengah sekarang ini, sekonyong-konyong Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian. Difahamkan pindaan akta itu dijangka dibentang di Parlimen menjelang sidang Mac ini. Ramai mengaitkan dengan persiapan BN menghadapi pilihan raya umum ketiga.

Reaksi segera sudah dapat diduga. Tanpa bertangguh bantahan dirakamkan. Masing-masing terkejut. Regim Dr Mahathir Mohamad memang terkenal dengan ciri-ciri autoritarian, namun bekas Perdana Menteri itu -- yang juga seorang blogger terkenal -- seringkali menegaskan tidak akan mengamalkan tapisan dan sekatan kepada internet.

Apakah anak didiknya, Najib Razak, lebih terdesak dan terhimpit sehingga mahu bertindak garang dan ganas? Kedudukan Umno-BN bagai telur di hujung tanduk, namun jika benar AMCP mahu diluaskan skop dan bidang kawal selianya, terutama terhadap kandungan internet, Najib sebenarnya sengaja mengundang parah, yang mungkin natijahnya tidak pernah terfikir olehnya.

Sejak mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) lebih kurang sepuluh tahun lalu, bagi mempromosi kebebasan akhbar, saya akui kesukaran yang dihadapi, terutama bagi meraih sokongan dan simpati masyarakat. Ramai yang masih tidak peduli dengan isu-isu sekatan dan kongkongan melampau terhadap media, termasuk golongan wartawan sendiri. Mungkin mereka menyifatkan tekanan pemerintah terhadap media bebas tiada kaitan dengan kualiti hidup rakyat terbanyak.

Beberapa penerbitan berkala yang saya usahakan --  dengan menyewa permitnya daripada rakan-rakan -- diharamkan KDN tanpa sebarang alasan, tanpa sempat mencecah usia setahun. Majalah dua kali sebulan, Detik dan makalah bulanan khas untuk remaja wanita, Wasilah tidak disambung permit menyebabkan lebih 15 kakitangan syarikat Penerbitan Pemuda menganggur secara tiba-tiba. Pengedaran akhbar mingguan, Cabaran, yang juga saya sewa permitnya, diganggu secara intensif oleh KDN sehingga terpaksa ditutup.

Tidak cukup dengan memorandam dan surat bantahan dikemukakan, berulang kali saya naik-turun ibu pejabat Suhakam mengadu hal, selain mengedarkan risalah, kenyataan akhbar dan menghadiri forum terbuka, namun ia tidak cukup untuk menarik perhatian masyarakat. Gimik terakhir sebelum saya menutup pejabat operasi di Medan Idaman, Gombak adalah dengan mengusung keranda Detik sebelum cuba mengusahakan siri penerbitan akhbar tidak berkala, yang mendapat tekanan lebih hebat daripada KDN.

Saya hanya seorang individu kerdil berdepan gergasi KDN. Justeru, terpaksalah saya secara solo bertembung musibah itu, di samping menanggung kerugian lebih RM3 juta.

Tetapi, bagaimana dengan kes pengurangan kekerapan penerbitan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, bermula Mac 2000, selepas Umno terkejut besar dengan prestasinya dalam PRU November 1999? Rasanya respons yang ditunjukkan  masyarakat, termasuk pembaca Harakah, juga agak dingin. Mungkin Dr Mahathir sendiri terkejut dengan reaksi "suam-suam kuku" penyokong Barisan Alternatif waktu itu!

Namun, berdepan langkah primitif-jumud pemerintahan Najib kali ini, suasana pasti berbeda. Meskipun butiran pindaan AMCP belum dijelaskan, apa juga yang berkaitan akta preventif adalah bersikap mengongkong dan menyekat semata-mata. (Kini kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia). Motifnya hanya tertumpu untuk menyelamatkan kedudukan Umno-BN, juga mengikat-kuat seteru politiknya dan golongan yang dilihat berbeda pandangan. Proses pendemokrasian sejagat yang turut melanda negara kita terbantut.

Najib bukan lagi menjolok sarang tebuan, malah mempercepatkan "saat-saat kematian" kerajaan BN. Pembaca Detik atau Suara Keadilan mungkin tidak mengamuk apabila media tradisi itu diharamkan KDN, tetapi bagaimana dengan peminat laman-laman web bebas seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Malaysian Insider atau Tranungkite, dan tidak terkecuali 700,000 blogger yang semakin galak menulis apa yang terfikir di minda mereka, atau lebih tepat lagi lebih 9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia? Terdapat 16.9 juta pengguna internet di negara ini, merujuk laporan Jun 2009.

Sekatan kali ini adalah operasi rampasan hak asasi besar-besaran, dan tidak lagi khusus kepada mereka yang dilihat berkepentingan politik. Sekalipun pindaan AMCP itu mungkin dikhususkan kepada kandungan internet yang "politikal", ia tetap menyentuh sensitiviti jutaan rakyat yang kini bebas mengakses dunia maya. Saya yakin majoriti rakyat tidak dapat menerimanya dan mudah berang, sekali gus boleh memenuhi protes di jalan-jalan raya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pernah menggesa agar AMCP dimansuhkan, memberi reaksi: "Mereka ini (8 juta anak muda pengguna Facebook berusia 35 tahun ke bawah) pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka. Janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang."

Mengulas isu sama, Ketua Pengarang kumpulan dan pengasas bersama Malaysiakini, Stevan Gan menyifatkan pindaan itu ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. "Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur. Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, Menteri Dalam Negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah."

Sewaktu rakyat kecewa dengan jaminan tidak tertunai menterinya, Hishammuddin  Hussein untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Polis, pada sesi Parlimen, Oktober 2009 -- seperti dijanjikan dalam sidang akhbar di Putrajaya pada 19 Ogos 2009 -- tiba-tiba kita dikejutkan dengan langkah represif yang begitu ketinggalan zaman.


II.

Seorang pembaca Harakah yang mahu dikenali dengan panggilan "Makcik Kedah", dari Taman Melati, Hulu Kelang, agak lama tidak menghubungi saya. Selalunya, ada-ada saja idea baru yang dilontarkan. Kadang-kadang beliau menyanyikan lagu-lagu patriotik melalui telefon dan bercerita tentang kisah lamanya  di Bukit Besar. Pandangan beliau terhadap pergolakan politik ada kalanya tak terfikir oleh saya. Isu yang dikemukakan merakyat sifatnya.

Hari itu, ketika saya mendapatkan rawatan susulan selama tiga hari di wad HUKM, Makcik Kedah menelefon. Dia nampak cukup berminat dengan perkembangan Revolusi Jasmin di Tunisia yang berjaya menghalau Presiden Zine El Abidin Ben Ali, 74. Diktator yang berkuasa selama 23 tahun itu melarikan diri ke Jeddah.

Isterinya, Leila Trabelsi, 53, yang dilatih suaminya sebagai pengganti Ben Ali, terbang ke Dubai dengan jet peribadi -- yang disifatkan rakyatnya sebagai "shopping plane" -- sambil membawa bersamanya wang dan satu setengah tan emas daripada bank pusat, manakala anak-anak mereka ke England. Dalam siri demonstrasi, penunjuk perasaan dilaporkan memekik: "Gantung mereka semua, tapi dapatkan balik emas milik kita dahulu!"

Seperti beberapa panggilan sebelum itu, Makcik Kedah mahu kepastian apakah senario di Tunisia itu mungkin juga berlaku di Malaysia? Saya ketawa kecil, bukan dengan niat mempersenda. Bagaimanapun beliau serius menekan: "Apakah tidak cukup dengan kesengsaraan yang kita tanggung? Rakyat makin susah, nak makan ikan sebesar dua jari pun tak mampu, ramai menderita tetapi orang besar kaya raya, makan rasuah?"

"Patutnya pemimpin kita yang berada di atas sana, turun ke bawah, melawat orang miskin yang semakin ramai. Kita ni, sampai masanya, rimas duduk fikir nak cari duit baharui insuran dan cukai jalan kereta, macamana nak selesaikan  bil-bil bulanan, keperluan anak sekolah," asaknya lagi.

"Tapi sekarang dah ramai yang senang dan mewah makcik," saya memintasnya. "Kerajaan pula pandai main sentimen untuk lupakan masalah sebenar. Kerja pun masih ada, tak macam di Tunisia, ramai anak muda menganggur. Di Iskandariah, jurang kaya miskin menonjol sangat. Pasaraya di sini masih sendat dengan pelanggan. Tapi janganlah tunggu negara kita jadi macam di sana baru nak lawan ...," tambah saya, menunggu reaksinya. "Betul juga tu, kawan-kawan makcik yang dapat pencen bulan-bulan dekat RM1000, memang nampak macam selesa aja," akuinya.

Selang beberapa hari, Makcik Kedah mengirimkan SMS: "Nak tunggu kebulur baru nak bangkit? Ada stamina ka kita nak lawan kerajaan zalim ini?" Sampai kini saya belum menjawabnya. Mungkin beliau lebih teruja mendengar berita kemarahan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi sudah melimpah ke Sanaa, Yemen, mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978.

Bertambah semangat rasanya Makcik Kedah, apabila aksi protes antiregim zalim menuntut Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun berundur, bukan saja tercetus di Kaherah dan Iskandariah tetapi juga merebak ke bandar-bandar lainnya, seperti Suez, 134 km daripada situ. Ribuan penunjuk perasaan ditahan termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin. Bilangan yang terbunuh semasa demonstrasi juga semakin meningkat dengan pantas.

Kejatuhan Ben Ali, yang bakal diikuti Mubarak, bukan sahaja menggerunkan regim lain di dunia Arab -- tidak kira sama ada yang mengamalkan sistem monarki atau republik, bermusuh atau bersahabat dengan Israel -- malah memberi isyarat jelas bahawa proses transformasi ini akan menjalar ke peringkat global, terutama di negara-negara Islam.

Bagaimanapun, bagi saya, pemimpin yang mahu menawarkan perubahan, yang berdepan penguasa zalim dan menindas, semuanya harus dekat dengan nurani rakyat, merasai denyut degup jantung mereka, bukan turut dilihat bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan elitis. Memang suasana di setiap negara berbeda-beda dan tidak memerlukan keadaan menjadi seteruk rantau Arab untuk berlakunya pertukaran regim, 'kan?

Kejayaan mengkagumkan revolusi di Tunisia dalam masa 24 jam dan kini dilihat menjalar ke Mesir juga mengingatkan tentang pengaruh dunia maya atau kuasa siber, yang juga digeruni di Malaysia. Di Mesir, akses internet disekat dan panggilan telefon disekat. Operasi stesen TV Al-Jazeera turut diarah tutup. Jaringan laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang cukup berkesan membangkitkan amarah rakyat tertindas di negara tersebut dihalang.

Jika Mubarak berjaya digulingkan dan pemerintahan yang "benar-benar baru" muncul di Kaherah, pengaruhnya ke atas masyarakat Islam di Malaysia tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika pemimpin yang dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin bakal memainkan peranan penting dalam kerajaan Mesir nanti.
 
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




RG09... Abd Shukur: Ikhwan dipelawa sertai kerajaan baru

Abd Shukur: Ikhwan dipelawa sertai kerajaan baru
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com   \

Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak.

Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, Muhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

"Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik," katanya, "mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia."

El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, "sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar."

Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain.

"Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar," katanya lagi.

Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu  pemberontakan di Tunisia baru-baru ini.

Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh.

El-Baradei mendesak Amerika supaya 'meninggalkan' Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabenitnya meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal.

Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak.

Muhamad El-Baradei mengkritik dasar Amerika di Asia Barat, termasuk dasar Barack Obama di Mesir, yang menurutnya sama sekali bettentangan dengan aspirasi rakyat Mesir menyebabkan dasar Amerika itu gagal sama sekali.

Sementara itu, sebuah kenyataan terkini dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badie menyeru umat Islam di Mesir supaya bersatu, optimis kepada perjuangan ini.

Beliau menyeru umat Islam supaya bersedia menghadapi tindakan golongan penindas dan bersedia berjuang, berkorban untuk menjamin masa depan lebih baik.

Jika raskyat takut dan bimbang, kata Dr. Mohamed Badie, akan hanya menyebabkan berterusannya rasuah, kezaliman dan kemusnahan.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka.

Sheikh Badie menyeru semua umat Islam dan bangsa Arab menyuarakan bantahan mereka terhadap merebaknya gejala rasuah, tekanan terhadap kebebasan bersuara yang selama ini dianggap oleh rejim lama Mubarak sebagai tidak penting.

Kebebasan bersuara ini, menurutnya, perlu dilindungi dan pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menafikannya.

Baginya, rasuah yang kini terus berleluasa dilakukan oleh rejim dektator di mana rakyat mesti menentangnya.

Menurut pemimpin Ikwanul Muslimin itu, dunia Arab telah berada di bawah pemerintahan dektator yang bertujuan hanya untuk mengawal sepenuhnyan segala aspek, khususnya kekayaan negara di mana menyebabkan rakyat miskin, pengangguran, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kepura-puraan.

Pemimpin pemerintah Arab pula, kata beliau lagi, memerintah secara kuku besi dan mengawal kebangkitan rakyat untuk kesejahteraan raayat.

Pemimpin Ikhwan itu system pemerintaha dektator dunia Arab menyebabkan golongan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin, tidak ada usaha melakukan perubahan.

Sementara itu, di tengah-tengah suasana pemberontakan di Mesir ini, ada suara kebimbangan amat sangat dari rejim Israel di Tel Aviv. Dalam satu temu ramahnya dengan CNN, bekas duta Isreal di Mesir, Eli Shaked memberitahu bahawa jika Hosni Mubarak digulingkan, dikhatirinya kumpulan Islam akan berkuasa dan akan bersikap keras terhadap Israel dan dunia Barat.

Sementara itu, dijangkakan lebih sejuta orang akan menyertai lagi tunjuk perasaan di Tahrir Square (Medan Kebebasan) di Kaherah dan beberapa tempat lain di mesir dalam beberapa jam lagi untuk menuntut rejim Hosni Mubarak meletak jawatan segera.

Kumpulan yang menggelar diri mereka 'Gerakan 6 April' merancang mengadakan demonstrasi lebih sejuta rakyat di tengah-tengah kebencian rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak.

Para penunjuk perasaan yang masih bertahan di medan tersebut tidak pedulikan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh tentera. "Kami akan kekal di sini dan akan memperkukuh gerakan kami serta kami tidak akan berganjak dari sini," kata penunjuk perasaan yang dirakam oleh TV Aljazeera.

Chanel tersebut kemudiannya telah ditutup oleh rejim Mubarak. Enam wartawan dan jurugambarnya ditahan.

Di antara yang menyertai tunjuk perasaam itu ialah para hakim dan majistret, para doktor dan jurutera, pegawai kerajaan dan swasta serta penulis. Diberitakan, lebih seratus orang telah terbunuh dan cedera. Semua komunilkasi dengan Mesir telah terputus.

Penunjuk perasaan menolak jaminan Hosni Mubarak untuk melaksanaskan pembaharuan ekonomi dan politik. Jaminan itu, menurut mereka, terlalu kecil dan sudah terlambat.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




RG09... Renungan : Muhasabah kekalahan PAS. ( Untuk ahli PAS )

PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis!
Posted on Monday, January 31 @ 21:05:19 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Pendapat
Oleh : Tulahan.
PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50 % pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.


Menang tetap BN menang , PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tunding menunding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU 13. Penulis tidak akan menghalakan tundingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihanraya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tundingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi PRU 13. Malah , tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU 13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU 12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang ? kerana undi orang Melayu kepada PAS disitu melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan Melayu , PAS menang.

Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

Cawangan

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang ? 3, Berapa cawangan PAS di Tenang ? 6. Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU 12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

Bila berlaku pilihanraya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam kabut cari orang tempatan di kampung atau felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya , sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

Pengundi baru

Berapa pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

Tidak adakah pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong ? ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihanraya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihanraya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun , sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

Kebajikan dan kemasyarakatan

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU 12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannnya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk.Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

Apabila tiba pilihanraya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, " bila pilihanraya baru nak bagi bantuan"

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihanraya. Oleh kerana , kebajikan hanya semasa pilihanrayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihanraya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihanraya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihanraya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah , PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan , syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif . Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13PAS kena jadi kekasih baruBukan mudah nak urus cawangan
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




Re: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...

 

Sebagai mula bicara, artikel saya yang sebenarnya telah diubah tajuk kepada "IKhlas menghentam Pn Hiro". Tajuk yang sebenarnya adalah seperti berikut:

PROF HIROWATI YANG BENGAP DAN BANGANG

Saya sendiri tidak tahu bagaimana, mengapa dan oleh siapa yang telah meminda tajuk berkenaan. Begitu juga dengan isi kandungannya yang telah dipinda atau diubah mengikut kesesuian orang yang meminda.

Berbalik kepada respon Puan Hirowati yang mendakwa Che Gu Mala adalah seorang pengkhianat.dan beliua dikatakan dipergunakan oleh PAS sejak dulu hingga sekarang.Seterusnya Puan Hiro menegaskan bahawa seseorang kakitangan kerajaan mesti setia kepada kerajaan.

Pertama sekali ingin ditegaskan disini, seseorang warganegara itu bebas memilih dan mengikut mana-mana parti yang berdaftar dan sah mengikut Akta Pertubuhan. Mana-mana parti politik yang berdaftar dibenarkan menyertai pilihanraya yang diadakan di negara ini dan ia adalah termaktub disegi perlembagaan. Itu adalah amalan demokrasi.

Walau bagaimana pun, terdapat sekatan ke atas pegawai-pegawai kerajaan di dalam Kategori A yang tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik. Mungkin Puan Hiro adalah dari seorang pegawai kerajaan dai kategori A, maka beliau tidak dibenarkan mana-mana parti politik. Sekatan itu sememangnya wajar dipatuhi dan semua penjawat awam semestinya akur. Walau bagaimana pun kita tidak tahu samada Puan Hirowati adalah seorang ahli UMNO dan UMNO tidak merahsiakan perkara ini, tiada siapa yang tahu. Tetapi jika seseorang pegawai kanan kerajaan dari kategori A dan menjadi ahli kepada mana-mana parti politik seklaion dari UMNO atau parti komponen BN, pastinya ia akan mudah dikesan dan akan diambiol tindakan oleh UMNO, melalui saluran yang bertopengkan "kerajaan"

Puan Hiro perlu benar-benar mengetahui asas mengenai perbezaan antara kerajaan dan parti politik.   Pari UMNO dan parti-parti komponennya dalam BN  itu adalah pertubuhan parti-parti politik.  Demikian juga dengan parti-parti politik yang lain yang menentang atau yang tidak selari dengan parti UMNO/BN yang kini bergabung membentuk Pakatan Rakyat, seperti PAS, PKR dan DAP.  Kedudukan parti-parti politik itu semua sama  tarafnya dengan parti-parti UMNO/BN secara sah dan berdaftar mengikut Akta Pertubuhan Malaysia.

Mana-mana parti atau kumpulan parti yang berjaya memenangi bilangan kerusi yang lebih dalam pilihanraya bagi DUN di peringkat negeri akan membentuk dan mentadbir kerajaan negeri melalui Barisan EXCOnya. Demikian juga bagi peringkat Persekutuan,  parti yang mencapai kemenangan dengan mengatasi bilangan jumlah kerusi Parlimen yang diperuntukan berbanding dengan parti lawan akan membentuk barisan Kabinetnya untuk memerentah dan metadbir Kerajaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Parti Perikatan yang asalnya hanya dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dan kemudiannya berubah dari Perikatan dan dikenali sebagai Barisan Nasional berikutan dengan bertambahnya parti-parti lain yang bergabung dengan UMNO. UMNO/BN sebagai parti komponen terbesar telah memenangi jumlah kerusi yang lebih dari parti-parti lawan telah membentuk dan mentadbir kerajaan selama lebih 53 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan. Maka UMNO dan Perikatan adalah parti yang membentuk dan memerentah sebagai kerajaan. Manakala parti-parti yang tidak sehaluan dengan UMNO/BN bertindak sebagai Pembangkang. Parti-parti yang memerentah sebagai kerajaan perlu menyerahkan semula kuasa memrentah kepada rakyat setiap lima (5) tahun sekali untuk memilih kerajaan melalui pilihanraya umum (PRU) atau jika mengadakan pilihanraya kecil PRK) jika berlaku kekosongan kerusi samada di DUN atau Parlimen akibat berlaku kematian atau lain-lain punca kepada penyandangnya.

Perkara ini jelas mengikut perlembagaan negara. Ini bermakna kerajaan bukan milik mutlak kepada UMNO/BN.  Dengan kata lain UMNO/BN itu bukan kerajaan yang memerentah negara 1Malysia hingga ke hari kiamat dan kerajaan itu bukan UMNO/BN. UMNO/BN hanyalah parti yang memerentah sehingga hari ini (Government of the Day) dan boleh bertukar mengikut kehendak majoriti rakyat.

Ada kalanya sesebuah negeri ditadbir oleh parti-parti yang bukan dari UMNO/BN seperti di Kelantan dimana PAS memenangi bilangan kerusi DUN yang lebih dari yang diperolehi oleh UMNO/BN.  Maka kerajaan pusat perlu menghormati kehendak rakyat di negeri itu. Itulah semangat yang perlu diterapkan dan diamalkan menurut amalan demokrasi berparlimen dan konsep federalisme.

Ini yang perlu wajib diketahui dan diterapkan dalam pemikiran dan benak Puan Hiro. Malang sekali, Puan Hirowati yang berpendidikan tinggi dan berjawatan sebagai professor masih tidak mengetahui langsung atau buta pengetahuan am mengenai konsep amalan demokrasi berparlimen yang telah menjadi amalan negara sejak 53 tahun yang lalu. Berpandukan kepada sifat dan sikap Puan Hirowati ini, barulah kita tahu rupanya seseorang yang berpendidikan tinggi memiliki ijazah Ph.D atau MBA hanyalah dalam lingkunag akademik tetapi tidak mengerti apa-apa mengenai politik, demokrasi dan pentadbiran kerajaan. Maka jadilah Ph.D itu sebagai "Permanent head Damaged" ; manakala  MBA itu adalah "Mind Below Average".  Malang sekali tokoh-tokoh akademik di universiti-universiti tempatan tidak memiliki pengetahuan am (General Knowledge) sebagaimana yang diharapkan. Tidak hairanlah kepada kita apabila digemparkan dengan berita bahawa Universiti Malaysa yang pada satu ketika dahulu begitu unggul pencapaiannya dalam ranking dunia tiba-tiba merosot jatuh  ke tangga yang lebih bawah. Manakala universiti-universiti tempatan yang lain tentulah lebih jauh berada dalam ranking dunia. Ini kerana tokoh-tokoh akademiknya hanya bertaraf "half-fucked" brain. Maka tidak hairanlah juga mengapa pelajar-pelajar kita lebih berminat dan berusaha untuk mendapat pendidikan di luar-negara seperti Amerika syarikat, United Kingdom, Perancis, Russia, Mesir dan lain-lain negara.


Perkara kedua pula menyentuh tentang kesetiaan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Memang benar, setiap pegawai dan kakitangan awam kerajaan mesti setia kepada kerajaan.  Demikian juga kepada pasukan keselamatan seperti Pasukan Tentera dan polis mesti patuh dan setia kepada kerajaan yang memerentah pada ketika itu (Government of the Day).  Kesetian mestilah ditunjukkan dan dibuktikan kesetian mereka kepada kerajaan yang memerentah.

Jika seseorang pegawai atau kakitangan kerajaan berhasrat untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, ia mestilah meletakkan jawatan mereka terlebih dahulu sebelum menyerahkan borang pencalonannya. perkara ini mesti dilakukan terlebih dahulu tidak kira samada ia bertanding atas tiket parti mana sekali pun, hatta sebagai calon UMNO/BN atau parti lain yang tidak sealirang dengan UMNO. Itu adalah perkara asas dan wajib dilaksanakan. Itulah yang dilakukan oleh Parthiban
yang meletakkan jawatan sebagai guru dan bertanding dalam PRK DUN N11 Ijok pada tahun 2007 mewakili MIC/BN menentang calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim  Demikian juga yang dilakukan oleh Cge Gu Normala Sudirman yang meletakkan jawatan sebagai guru untuk bertanding dalam PRK DUN N5 Tenang  sebagai calon PAS
.  Ini bukan bermakna Che Normala itu seorang pengkhianat hanya kerana beliau bertanding sebagai calon PAS yang menentang calon UMNO sepertimana tuduhan Puan Hirowati. Dalam hal ini ia menggambarkan betapa bangangnya pemikiran Puan Hirowati yang telah dirasuk oleh doktrin UMNO. UMNO berjaya meresapkan doktrin UMNO hingga ke darah daging Puan dan urat saraf Puan Hirowati. Mungkin inilah kesannya Puan Hirowati mengikuti kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara yang menjadi isu paling hangat tidak berapa lama dahulu.


Untuk menepis hujah Puan Hirowati, ikuti sorotan ini.

Pada tahun 1987 berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam parti UMNO. YM Tengku Razaleigh  Hamzah telah membentuk Team B bagi menentang penyandang jawatan Presiden UMNO, Tun Mahathir yang membentuk Team A.  Hasil dari perebutan jawatan yang sengit itu, UMNO telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh mahkamah.Tun Mahathir telah menubuhkan parti UMNO "Baru"; manakala  YM Tengku Razaleigh dan Team B yang  tewas kepada Team A, telah menubuhkan Parti Semangat 46 (S46).

Parti S46 telah bergabung dengan PAS dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan dalam PRU ke- 8, pada tahun 1990, APU telah berjaya menewaskan UMNO di negeri Kelantan. Maka dari situ, bermulalah PAS dan APU menguasai kerajaan di Negeri Kelantan.  Maknanya PAS memerentah dan mentadbir kerajaan Kelantan.

Malah sebelum itu, datuk sharil Samad, bekas menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Ahli Parlimen yang disandangnya dan bertanding semula atas tiket parti Bebas menentang calon UMNO dan mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu.  Johor Baharu.

Dalam hal ini, adakah Tengku Razaleigh termasuk Datuk Seri Rais Yatim yang mengetuai parti s46 dikatakan pengkhianat jika menurut tafsiran Puan Hirowati. Mereka bukan pengkhianat kepada kerajaan tetapi mungkin boleh dikatakan sebagai pengkhianat kepada parti UMNO.  Dalam masa yang sama di Sabah pula Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai Parti Bersatu Sabah ()PBS) dalam satu pengumuman yang memeranjatkan semua pihak dengan bertindak keluar dari BN dan menyertai APU setelah pencalonan dalam PRU yang sama ditutup, sedangkan penamaan calon-calon PBS adalah mewakili BN. Maka dengan itu, calon-calon PBS telah memenangi 20 kerusi parlimen tanpa bertanding. Ini telah mencemaskan kedudukan UMNO/BN dalam PRU ke-8  tersebut.

Mengapa Puan Hirowati atau pencacai dan balaci-balaci UMNO tidak menuduh Joseph Pairin Kitingan sebagai pengkhianat kepada kerajaan. Walhal,  Joseph Pairin Kitingan telah secara terang-terangan mengkhianati UMNO/BN kerana kesemua calon-calon PBS adalah bertanding mewakili UMNO/BN.
Apakah hujah Puan Hirowati dalam isu yang diutarakan ini???

Tun Mahathir selaku Presiden UMNO dan BN sendiri pun tidak pernah menuduh YM Tengku Razaleigh Hamzah dan pengikut-pengikutnya seperti Rais Yatim,  Radzi Sheikh Ahmad, Sabry Cheek,  Putera Katak Ibrahim Ali dan lain-lain pimpinan tyertinggi UMNO dan berjawatan menteri sebagai pengkhianat. Tun Mahathir hanya menyebut mereka itu sebagai "Kumpulan Serpihan". Pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang lain juga tidak menuduh mereka itu sebagai pengkhianat.

Demikian juga apabila Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan kemudiannya berada di dalam PKR, Tun Mahathir tidak menuduhnya sebagai pengkhianat.

Hanya Puan hirowati yang berpendidikan tinggi dan memiliki "Mind Below Average" (MBA) dan " Permanent Head Damaged" yang mentafsirkan mereka yang bertanding menentang calon-calon UMNO/BN sebagai pengkhianat. Gara-gara sedemikian, maka sewajarnya Puan Hirowati ini dikatakan memiliki "half-fucked brain" akibat keceluparannya.

Ketiga, dalam satu lagi dakwaan Puan Hirowati yang mengungkit isu Che Gu Normala yang mendapat gaji dan pendapatan dari kerajaan tetapi menghianati pula kepada pihak yang memberi rezeki.

Dalam hal ini, cuba Puan Hirowati berfikir sejenak,  Anak kepada Allahyarham Tun  Ismail, bekas TPM dan Menteri Dalam negeri yang terkenal dan disanjungi oleh semua lapisan rakyat iaitu Taufik ismail pernah bertanding dalam PRU ke 8 pada tahun 1990 atas tiket parti S46 menentang calon UMNo di Johor. Demikian juga adek kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Brig Gen Jaafar Onn (B),  juga bertanding dalam PRU yang sama atas tiket parti S46 menentang calon UMNO juga.

Mengapa Puan Hirowati tidak menuduh kedua-dua mereka sebagai pengkhianat ??? Walhal kedua-dua mereka ada pertalian persaudaraan dengan bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn. Pertalian darah mereka sangat dekat.  Taufik Tun Ismail adalah saudara sepupu kepada DS Najib Tun Razak dan  DS Hishamuddin Tun Hussein Onn. Manakala Brig Gen (B) Jaafar Onn adalah bapa saudara kepada DS Naijib Tun Razak dan DS Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Apakah kedua-dua mereka; Taufik Tun Ismail  tidak pernah makan rezeki dan dibesarkan hasil dari pendapatan yang diperolehi hasil dari UMNO dan kerajaan semasa Allahyarham bapanya berkhidmat sebagai Menteri dan TPM. Manakala Brig Gen Jaafar Onn  (B) pula telah sekian lama berkhidmat sebagai pegawai kerajaan yang mendapat gaji, elaun dan pelbagai kemudahan sebagai pegawai tinggi tentera dalam ATM dari kerajaan. Mengapa mereka itu tidak dituduh sebagai pengkhianat.

Kesimpulannya, Puan Hirowati walaupun berjawatan sebagai professor atau pensyarah univesiti, memiliki ijazah yang bergulung-gulung, tetapi memiliki pemikiran yang sempit mengenai pengertian politik dan kerajaan. tidak tahu membezakan apa itu parti politik dan apa itu kerajaan. Amat dikesalkan orang berpendidikan tinggi dalam akademik, tetapi memiliki tahap pemikiran hasil dari pem "bonsai' an doktrin UMNO yang meresap ke dalam darah daging dan keseluruhan batang tubuhnya.
adalah disarnkan kepada Puan Hirowati agar meneruskan pengajian dalam bidang Social Sciene and Antropology" atau "Political Sience" pula.    Jangan terus mengekalkan tahap kebangangan yang ada. Malulah kepada rakyat yang marhaen.


Sekian,



para_jump101



--- On Sat, 1/29/11, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, January 29, 2011, 5:13 PM

 

     Cik Zakaria, saya cakap kakitangan kerajaan mesti setia kepada kerajaan. Rujuk lah perintah am dan berkaitan dengan kakitangan kerajaan. Ini bukan membabi buta tetapi buat sesuatu yang waras. Buat apa dijolok sarang tebuan. Kita ada loan kita yang masih belum beres.. Kita perlukan kemudahan rawatan perubatan kerana kos perubatan mahal-mahal belaka. Kita perlu perhatian doktor pakar dan seribu macam kemudahan.
     Buat apa hendak mulakan ribut dalam secangkir air. Kita buat hanya terbaik untuk diri kita dan keluarga kita. Sebagai kakitangan kerajaan, kita tetap bersyurkur kerana rawatan perbatan kita ditanggung beres oleh kerajaan daripada ibu bapa hingga lah ke satu kandang anak-anak. Bayar balik loan sehingga bersara kelak. Yang pencen pula, sehingga mati, duit pencen disambut oleh isteri dan anak-anak yang dibawah umur 18 tahun dan anak-anak yang sedang menuntut.
     Kalaukita menjadi kakitangan kerajaan yang baik, balasan kepada kita pun baik juga. Jadi buat apa nak dijolok sarang tebuan. Ingin ditegaskan disini sekali lagi selagi kita kakitangan kerajaan kita tertakluk kepada terma dan syarat-syaratperkhidmatan.
        Kepada Shania, ini bukan soal dikongkong atau tiada kebebasan. Kita terakluk kepada syarat dan terma perkhidmatan. Kita telah menantangani surat perjajian dalam surat tawaran kerja. Kalau kita terma jawatan kita mesti terima pekej. Kita juga telah buat akujanji dan ika kita melangari mana-mna syarat kontrak, kita boleh diambil tindakan dalaman - disiplin dan  diseret ke mahkamah. Sebab itu kita perlu selalu jaga kontrak
rhirowati - rhirowati


--- On Sat, 1/29/11, ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com> wrote:

From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
Subject: Re: [MalaysiaNews] Re: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...
To: "ReSpeKs2008" <respeks_group@yahoogroups.com>, MalaysiaNews@yahoogroups.com
Date: Saturday, January 29, 2011, 1:27 PM

 
Salam,
Sukarnya hidup tiada kebebasan, dikongkong dan dijajah,
ini berarti di mana kemerdekaan yang sebenarnya?

2011/1/29 Abi Danish <abi.danish@yahoo.com>
 
HORMATI HAK INDIVIDU DAN SUBURKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA..


From: abdullah zakaria <abzak53@yahoo.com> Sent: Sat, January 29, 2011 2:48:53 PM

Subject: Re: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...

 
assalamualaikum warrah matullah hiwabarokatuh

pada saya lah , bagi RH ni , dia seorang totok , kerana siapa bekerja dengan kerajaan dia mahu orang tu patuh kpd BN sahaja. adakah dia tahu yang kerajaan tu boleh bertukar . kalaulah di kehadapan nanti di perentah olih PK , adakan kesemua pekerja nanti kena tukar juga kpd PK ?
RASIONAL sikit kawan , jangan keras sangat , flexsible lah , kan negara kita negara demokrasi , biarlah apa yang dia fikir nak pileh itu sbb dia percayakan nya .
kalau dah RH rasa yang sekarang ni baik untuk nya biar lah dia tahankan tapi jangan caci orang lain pulak sbb orang lain juga boleh caci RH kalau mereka mahu . tapi bagi orang yg faham dia mesti kaji dulu kpd siapa dia nak ikut . walaupun dia bodo , rasa saya dia tak akan terjun lubang,,,,kan


From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
Sent: Sat, January 29, 2011 11:59:37 AM
Subject: Re: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...

 
       Pengkhianat terhadap diri sendiri.  Si Mala itu dipergunakan oleh pihak PAS yang ketandusan orang yang dari dulu hingga sekarang adalah ahli PAS. Mala itu opportunis. Pisau cukur. Dua-dua keuntungan dia nak kebas. Sebab itu saya anggap dia pengkhianat. Kalau dari dulu hingga sekarang dapat hasil hidup daripada PAS, saya tidak akan komen.
     Mala ini seperti anjing yang mengigit tuan, anak kelakuan buruk yang mengata tak baik tentang ibu bapa yang berkoraban segala-gala nya.
     Awak lebih bangang kerana terlalu taksub dan tak boleh menilai secara halus. Awak hanya nampak tahi gajah yang besar-besar saja. Apa nak dikatakan orang yang bangang dan taksub,  tak boleh terima kritikan dan mahu di sanjung dan puji sepanjang masa walaupun kata-kata manis hany d bibir saja.
      Saya cakap tentang Mala saja pada masa semasa ini kerana itu lah isu semasa
rhirowati - rhirowati


--- On Fri, 1/28/11, para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com> wrote:

From: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
Subject: RG09... Ikhlas menghentam Pn Hiro...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, January 28, 2011, 10:20 AM

 

Prof Hirowati ini seorang Professor. Tetapi rupanya dia ini bangang dalam mempersoalkan tentang politik. Mudah benar beliau mendakwa Cek Gu Mala ini seorang pengkhianat !!!!

Pengkhianat kepada siapa ????? Hanya kerana guru tersebut meletak ajwatan sebagai seorang guru dan bertanding sebagai calon dari parti pembangkang.

Jika begitulah pemikiran Prof Hirowati, adalah lebih baik Prof meletakan jawatan sebagai Prof dan bekerja sebagai pengutip sampah di Alam Flora atau sebagai peneroka Felda. Ini kerana ia bukan sahaja memalukan jawatan Professor yang disandangnya, tetapi juga merendahkan taraf jawatan professor dan martabat lain-lain professor yang sejawatan dengannya. Lebhih baik daftar semula belajar mula di sekolah rendah.

Rupanya lebih teruk dari gelaran Professor Kangkung pemikirannya.

 Jika seseorang itu menawarkan diri untuk bertanding dan layak di dalam mana-mana pilihanraya di negara ini, ia adalah sesuatu yang dibenarkan dalam proses amalan demokrasi. So you better digest this and wash out from your half-fucked brain.

Adakah apabila Bhe Gu Partiban m,eletak jawatan sebagai guru dan bertanding dalam PRK DUN Ijok pada tahun 2007 menentang Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu, Prof Hiro Bengap ini mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim seorang pengkhianat juga hanya kerana beliau bertanding atas tiket pembangkang (PRK). Mengapa bengap sangat pemikiran Prof ini.

Apakah pengertian "pengkhianat" dalam pemikiran Prof ini. Jiika seseorang itu pengkhianat kepada negara, seseorang itu boleh ditahan dan didakwa mengikut batas-batas perundangan dan dibuktikan akan kesalahannya. Sebagai orang yang dituduk sebagai pengkhianat pula, ianya perlu diberi peluang untuk membuktikan pendakwaan itu tidak wujud dan tidak benar sama sekali.

Prof Hirowati ini, pengajiannya  dalam bidang apa ??? Dalam bidang politik pembodek UMNO ke ??? Sia-sia belajar tinggi-tinggi, memiliki ijazah seluas padang bola, tetapi otak bangang dan bengap.


para_jump101
 .






--- On Thu, 1/27/11, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> wrote:

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Subject: Re: RG09... Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 27, 2011, 11:55 PM

 
Prof. Rio (Untie Rio), jangan cakap jer, buktikan apa unsur-unsur pengkhianatan Cikgu Mala? Jangan jadi macam sesetengah penyokong yang pakar "copy and paste" tapi bila menulis macam budak kecik dok ulang-ulang benda yang dah lama. Adakah kerana Cikgu Mala pernah berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran (kaki tangan kerajaan) dan pernah menerima pelbagai anugerah maka dia dicop sebagai pengkhianat? Apa pula tafsiran Prof terhapap KERAJAAN UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT. Atau sudah tukar  "RAKYAT UNTUK KERAJAAN OLEH KERAJAAN"



 


 

Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net/"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com/

.







--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___