Sunday, January 30, 2011

RG09... Buku Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian

 

Pendahuluan

 

Dalam membuat sesuatu pekerjaan atau usaha sama, sering kita mendapati bahawa urusan ini disudahi dengan sesuatu perjanjian. Tidak kiralah sama ada perjanjian tersebut merupakan perjanjian secara lisan, dokumentasi mahupun melalui ketetapan jangka masa. Perihal ini telah lama wujud berikutan kita (manusia) sentiasa berpegang pada janji dan janji harus dikotakan.

 

Lihat sahaja segala urusan pekerjaan sejak zaman dahulu seperti contoh seorang hamba kepada rajanya, iaitu seseorang hamba itu harus berjanji akan akur akan segala perintah yang dikeluarkan oleh rajanya bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika tidak, hukuman berat akan dijatuhkan. Begitu juga ketika zaman Rasulullah S.A.W, telah ada beberapa perjanjian perikatan demi mewujudkan suasana harmoni dalam mengembangkan syiar Islam, sebagai contoh Perjanjian Aqabah dan Perjanjian Mekah.

 

Pada zaman yang berteraskan teknologi moden dan arus pembangunan pesat ini juga kita sebenarnya dikelilingi oleh pelbagai jenis perjanjian sama ada perjanjian tersebut kita sedari atau tanpa kita sedari. Orang ramai tidak gemar untuk membaca sesetengah dokumen perjanjian kerana dokumen perjanjian ini terlalu panjang dan dipenuhi dengan ayat-ayat yang sukar difahami. Lantas, akhirnya ada antara kita yang terperangkap oleh perjanjian yang telah ditandatangani tanpa memahami terma dan syarat perjanjian. Hal ini sesuatu yang merugikan dan berkemungkinan menjurus ke arah memakan diri sendiri.

 

Justeru, buku ini ditulis dan diterbitkan khusus sebagai panduan am tentang perjanjian dan seterusnya dalam merangka satu-satu dokumen perjanjian itu. Buku ini mengetengahkan pelbagai jenis contoh dokumen perjanjian dan juga penerangan berkenaan dengan kepentingannya. Dengan adanya pelbagai jenis dokumen perjanjian ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu dalam merangka satu-satu dokumen perjanjian yang adil, seimbang dan saksama kepada kedua-dua belah pihak yang memeterai perjanjian tersebut.

 

Contoh dokumen perjanjian yang disajikan dalam buku ini diharapkan dapat memberikan cetusan idea dan pengetahuan secara am kepada anda tentang hak dan kepentingan yang ingin dilindungi serta sebagai langkah persediaan sebelum anda mendapatkan khidmat peguam. Bahasa yang digunakan untuk menulis dokumen perjanjian dalam buku ini ialah bahasa Melayu walaupun majoriti dokumen perjanjian ditulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi halangan kerana dengan tercetusnya idea kasar dan jangkaan hasil daripada bacaan buku ini, pembaca akan mengetahui hak dan keperluan masing masing yang ingin dimasukkan sebagai terma dan syarat dalam satu-satu dokumen perjanjian tanpa mengira medium bahasa pengantar yang digunakan.

 

Secara ringkas, kandungan dalam buku terbahagi kepada beberapa bab seperti yang tertera di bawah:

 

Bab 1 - Apakah perjanjian?

Bab 2 - Akta perjanjian

Bab 3 - Langkah untuk merangka dokumen perjanjian

Bab 4 - Kesalahan lazim dokumen perjanjian

Bab 5 - 12 contoh dokumen perjanjian

 

Namun begitu, segala panduan yang diberikan di sini hanya memandu anda ke arah pembinaan rangka dokumen perjanjian. Harus diingatkan bahawa pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang anda hadapi sekiranya menemukan sebarang masalah.

 

Selamat membaca!

 

 

Kandungan

 

1. PERJANJIAN

1.1 Apakah perjanjian?

1.2 Adakah perjanjian sama dengan kontrak?

1.3 Bilakah kita memerlukan perjanjian?

1.4 Mengapakah perjanjian penting?

 

2. AKTA PERJANJIAN

2.1 Akta yang berkaitan dengan perjanjian

2.2 Kepentingan mengetahui akta perjanjian

 

3. LANGKAH UNTUK MEMBINA RANGKA DOKUMEN PERJANJIAN

3.1 Persedian pembinaan rangka dokumen perjanjian

3.2 Perkara asas pembinaan rangka dokumen perjanjian

3.3 Perkara penting yang perlu ada dalam dokumen perjanjian

3.4 Syarat penting dalam pembinaan dokumen perjanjian yang sah di sisi undang-undang

 

4. KESALAHAN LAZIM DOKUMEN PERJANJIAN

4.1 Kesalahan lazim

 

5. KOLEKSI CONTOH DOKUMEN PERJANJIAN

1. Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)

2. Perjanjian Sewa Rumah Berperabot

3. Perjanjian Sewa Rumah Tidak Berperabot

4. Perjanjian Sewaan Tanah

5. Perjanjian Sewa Pejabat Atau Bangunan Komersial

6. Perjanjian Sewa Kenderaan

7. Perjanjian Kerja Secara Kontrak

8. Perjanjian Praperkahwinan

9. Perjanjian Perniagaan Francais

10. Perjanjian Pinjaman Wang

11. Perjanjian Pembelian Kenderaan Terpakai (Penyambungan Bayaran Bank)

12. Perjanjian Perkongsian (Partnership)

 

 

Artikel di atas dipetik daripada buku Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian. Harga senaskhah buku ialah RM20. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan melayari laman web kami di www.books.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment