Sunday, January 30, 2011

RG09... email palsu- hilang anak/myvi puteh..

 

Mudah 'Cair' Dengan SMS

28 Jan 2011
10.30 pagi

Bermula jam 10.30 pagi tadi, saya menerima beberapa panggilan telefon dari pelbagai pihak untuk menanyakan mengenai kononnya satu kes culik berlaku.

"Jika ada SMS mengenainya, forwardkan kepada saya"

Ini SMS itu :

Sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi puteh bernombor WUSXXX dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung, sila hubungi rashid 019xxxxxxx. Suspek telah melarikan anak pompuan saya berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi

Saya yakin, ramai dari anda menerima SMS ini, malah ianya cepat tersebar di dalam Facebook, ruangan forum,dan blog, dan saya juga menerimanya di dalam Facebook yang bertanyakan mengenainya.

Membaca SMS itu, saya langsung tidak teruja untuk forward kepada orang lain, malah rakan-rakan yang menelefon, terpaksa saya ceramah pula mereka.

Di masa sama, ramai rakan wartawan turut menerima SMS itu, dan mereka terpaksa membuat rujukan dan panggilan telefon kepada balai polis, Ketua Polis Daerah malah sehingga ke Bukit Aman untuk pengesahan.

Apa boleh buat, buatnya berita itu betul, maka mesti dilakukan susulan.

Akhirnya, menjelang petang, rakan setugas saya, Khaty berjaya menjejaki lokasi rumah yang dipercayai ada kaitan dengan SMS itu, setelah menjelajah sehingga Kajang, Sri Kembangan dan nyaris ke Selayang.

Jam 5.25 petang, Khaty SMS saya:

"Polis report tak adapun buat. dah cal OCPD dan Datuk Bakri Zinin. Ikut Utusan gi rumah org ni. only maid yang ada………."

PERHATIAN : Pihak polis mengesahkan bahawa dakwaan kes penculikan kanak – kanak yang disebarkan melalui internet adalah tidak benar. PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih.

Siasatan juga akan dilakukan bagi mengesan pengirim asal SMS terbabit.

Sebenarnya, anda boleh menilai sendiri samada SMS sebegini yang anda terima dan teruja untuk forwardkannya, adalah benar atau meragukan.

1. Tiada tarikh, masa dan lokasi kejadian

2. Tiada nama kanak-kanak/mangsa terlibat.

3. Tiada nombor laporan polis/ balai polis yang dibuat laporan.

4. Bahasa yang digunakan, tiada petanda 'urgency'/ kecemasan, malah ditulis seakan-akan sambil lewa. Perkataan 'pompuan' nampak seperti 'main-main'.

5. Nombor yang dipaparkan, apabila dibuat panggilan, tidak berjawab, SMS tidak berbalas.

Jika ditakdirkan SMS itu adalah benar, pengirim asalnya tidak boleh menyalahkan orangramai jika meraguinya kerana SMS itu terlalu 'longgar' untuk dipercayai.

Ye, rakyat Malaysia memang prihatin, cepat berita sebegini tersebar.

Tetapi, agak-agaklah jika hendak membantupun, kerana SMS itu sendiri meragukan.

Jika benar hendak meminta bantuan orangramai , tulis maklumat dengan lengkap dan ia hanya mengambil masa tak sampai 5 minit pun.

Kita harap, jika benar berlaku, diminta orang yang terlibat, tampil memberikan penjelasan.

Atau jika anda dianiaya atau teraniaya, lagi baik anda jelaskan juga.

Oleh kerana SMS ini, apa yang pasti dalam sehari ini, buta-buta syarikat telco mengaut entah berapa banyak kredit telefon bimbit anda.

Ingat – rakyat Malaysia bukanlah kedekut atau berkira sangat – tapi jika polis sendiripun sahkan ianya palsu, apakah niat sebenar penulis SMS ini yang telah memperdaya puluhan ribu orangramai.

Nasihat saya, jika anda menerima SMS meragukan begini, jangan sebarkannya, sebaliknya terus rujuk kepada polis untuk pengesahan.

Jika SMS itu langsung tidak diketahui asal-usul atau lokasi berlaku, baik lupakan terus – sebab anda sendiripun tak tahu di mana hendak rujuk/cari mangsa!!!


--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment