Monday, January 31, 2011

Fwd: RG09... Krisis Mesir: Pelajar Malaysia Dirogol..? Apa Tindakan Wism...

 

Tuesday, February 1, 2011

Kohilan Pasang Strategi di Kaherah


Kerajaan Malaysia sudah bergerak ke Kaherah untuk menilai strategi yang akan diambil untuk memindahkan lebih 10 ribu orang pelajar Malaysia di sana.  Pasukan ini diketuai oleh Timbalan Menteri Luar A Kohilan.  Mereka akan mengenalpasti langkah yang terbaik untuk memindahkan rakyat Malaysia ke tempat yang selamat.

Di harap rakyat Malaysia semua selamat dan dapat dipindahkan segera.

 
Malaysia hantar pasukan menilai keperluan memindah rakyat Malaysia


Posted on February 1, 2011, Tuesday

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar A. Kohilan berlepas ke Kaherah malam tadi mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.


Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana 'situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia'.

"Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka…kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)…kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit," katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, semalam.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.


Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

"Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah," kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.


Di KUALA TERENGGANU, pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.


Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

"Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

"Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu," katanya. — Bernama





---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: Topeng PerakŽ Unmasked <poji2ya@gmail.com>
Tarikh: 2011 Januari 31 18:51
Subjek: RG09... Krisis Mesir: Pelajar Malaysia Dirogol..? Apa Tindakan Wism...
Kepada: respeks_group@yahoogroups.com


 

Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.


Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya.
  • mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
  • balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
  • ada rumah student yang kena rompak.
  • mereka kekurangan makanan.
  • ada pelajar kita dirogol di Cairo.
  • they are totally in unsafe condition.

Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????

Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html
TPU - Tak mustahil Krisis di Tunisia & Mesir akan merebak sampai ke Malaysia sekiranya KERAjaan Pusat yang ada sekarang masih meneruskan corak pemerintahan yang ada sekarang.

Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.

Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...

Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?

Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?

Dibawah ni aku pastekan beberapa maklumat dan respon yang dikutip melalui laman Facebook:
  • Rashid Abdul Rahim ibu seorang pelajar pengajian islam di al-azhar ada e-mail kt TPM.. suruh bawak balik semua student2 kt sane.. tau ape jawapan yg dia dpt?.. dia cakap kerajaan bawak balik student2 tajaan mara dan jpa sahaja.. yg kebanyakkan depa student2 medic anak2 dato'.. yg student pengajian islam katanya tiada kepentingan tuk dibawak balik.. wallah hu alam.. sumber dari kawan di mesir..
  • MamaRikishi NorwatiAriffin setau aku, pagi tadi berita bagitau, menteri dia kata tiada keperluan lagi utk bawak pulang pelajar malaysia di mesir. bukan ke menteri dia tu org umngok.dia nk tunggu mmg ada yg kena rogol baru nak bagi kenyataan " saya sangat kesal dengan apa yg berlaku" dh tu mmg ayat yg slalu digunakan
  • Adi Nordin tambah sikit topeng perak... kerajaan malaysia kata kalau pelajar malaysia nk pulang boleh tp hendaklah dibiaya sendiri tiket kapal terbang... pelik syarikat kroni nk lingkup boleh plak dorang bailout..
  • Nor Syuhada Jafry dapat cal adik d mesir td tp trputus, katanya bekalan makanan smakin brkurang, kedai pasaraya drompak, keselamatan xtrjamin, keta kebal polis n tentera da sj kat jalan2 utama, adik sy course Medic tajaan JPA namun xda prncangan pun utk bawa mreka balik, mak ayah sy risau spnjang masa..km hnya blh berdoa n solat hajat bila TPM kata kau nak balik sila biaya sndiri
  • Nor Syuhada Jafry nak p bank amik duit pun xboleh mcm mn nak beli tiket balik, then kedutaan nasihatkan pinjam duit kawan, aduhai kawan 2 pun nak guna duit la dlm keadaan darurat ni
Tu baru rintihan dan luahan dari segelintir mereka yang keluarga mereka terperangkap dalam Krisis di Mesir... jangan sampai mereka-mereka ini pula yang menjadi pemangkir kepada kebangkitan Rakyat Malaysia yang menentang Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan anak beranak sahaja... kalau Tunisia boleh berubah, Mesir hampir berubah, jangan ingat Malaysia tak kan berubah...

Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?

Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/31/2011 06:09:00 PM


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment