Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.
Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya.
- mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
- balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
- ada rumah student yang kena rompak.
- mereka kekurangan makanan.
- ada pelajar kita dirogol di Cairo.
- they are totally in unsafe condition.
Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...
Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????
Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html
Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.
Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...
Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?
Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?
Dibawah ni aku pastekan beberapa maklumat dan respon yang dikutip melalui laman Facebook:
- Rashid Abdul Rahim ibu seorang pelajar pengajian islam di al-azhar ada e-mail kt TPM.. suruh bawak balik semua student2 kt sane.. tau ape jawapan yg dia dpt?.. dia cakap kerajaan bawak balik student2 tajaan mara dan jpa sahaja.. yg kebanyakkan depa student2 medic anak2 dato'.. yg student pengajian islam katanya tiada kepentingan tuk dibawak balik.. wallah hu alam.. sumber dari kawan di mesir..
- MamaRikishi NorwatiAriffin setau aku, pagi tadi berita bagitau, menteri dia kata tiada keperluan lagi utk bawak pulang pelajar malaysia di mesir. bukan ke menteri dia tu org umngok.dia nk tunggu mmg ada yg kena rogol baru nak bagi kenyataan " saya sangat kesal dengan apa yg berlaku" dh tu mmg ayat yg slalu digunakan
- Adi Nordin tambah sikit topeng perak... kerajaan malaysia kata kalau pelajar malaysia nk pulang boleh tp hendaklah dibiaya sendiri tiket kapal terbang... pelik syarikat kroni nk lingkup boleh plak dorang bailout..
- Nor Syuhada Jafry dapat cal adik d mesir td tp trputus, katanya bekalan makanan smakin brkurang, kedai pasaraya drompak, keselamatan xtrjamin, keta kebal polis n tentera da sj kat jalan2 utama, adik sy course Medic tajaan JPA namun xda prncangan pun utk bawa mreka balik, mak ayah sy risau spnjang masa..km hnya blh berdoa n solat hajat bila TPM kata kau nak balik sila biaya sndiri
- Nor Syuhada Jafry nak p bank amik duit pun xboleh mcm mn nak beli tiket balik, then kedutaan nasihatkan pinjam duit kawan, aduhai kawan 2 pun nak guna duit la dlm keadaan darurat ni
Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?
Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"
--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/31/2011 06:09:00 PM
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment