Monday, January 31, 2011

RG09... ~~~Sabar Atas Kematian Insan Tersayang~~~

 


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah 
bertanya kepada Malaikat:
"Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:
"Ya." Allah bertanya lagi: "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?" 
Malaikat menjawab:"Ya". Allah bertanya kali ketiga:"Apakah kata hamba-Ku?
 "Malaikat  menjawab:"Ia  bersyukur  pada-Mu serta mengucapkan 
"dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta'ala memerintah-
kan malaikat-Nya:"Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan 
rumah itu 'Rumah Kesyukuran'."
 
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa,
 pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, 
kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. 
Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada' dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. 
Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya 
jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran se-
seorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan 
menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi 
ibu bapanya. 

--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment