Kerajaan Pusat akan beri wang ehsan kepada Kelantan
Beliau mengumumkan khabar berita gembira buat rakyat Kelantan itu di Dewan Rakyat pada hari ini. sudah pasti ia mampu memberi lebih kesejahteraan dan kemakmuran buat rakyat negeri tersebut yang mana ia amat bertepatan dengan gagasan beliau, 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
Walaupun di satu pihak menolak sebarang usaha perpaduan yang menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah negara dan bangsa tetapi dengan penuh rasa komited menunaikan tanggungjawab, pemberian wang ehsan itu memperlihatkan kesungguhan Perdana Menteri mendukungi gagasan beliau itu yang akan sentiasa memastikan rakyat di negara ini terus menikmati kemakmuran yang sewajarnya melangkaui sempadan kaum, agama dan politik.
Perkara utama yang menjadi agenda Perdana Menteri sebagaimana yang dikatakannya hanyalah demi kepentingan rakyat di mana peruntukan akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang akan dinikmati oleh rakyat secara terus.
Keputusan kerajaan persekutuan yang berbesar hati memberi wang ehsan kepada Kelantan dibuat setelah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Perdana Menteri juga telah berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Sehubungan itu, ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan yang bukan mengamalkan sikap pilih kasih malahan Bajet 2010 yang dibentang pada hujung Oktober lalu ternyata memberikan banyak kelebihan dan memenuhi hasrat rakyat keseluruhannya.
Dan tidak mustahil juga selepas ini akan timbul lagi perkara-perkara yang bersikap prejudis terhadap kepimpinan negara dari pihak-pihak pembangkang yang sehingga kini masih 'segan silu' mengakui bahawa mereka tetap memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan dalam menjana kemakmuran negeri yang ditadbir oleh mereka.
Daripada: haris <chescorpion@yahoo.com>
Tarikh: 19 Oktober 2011 11:41 AM
Subjek: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b
Kepada: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 18, 2011 11:04 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b
----- Original Message -----From: ::-eSpAcE 9808-::Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4bselatanonlinePutrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara
Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.
"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.
"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.
"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SHPosted by tok_aji
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.