Monday, October 31, 2011

RG2011... ~~~Yang sering diulang~~~

 


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat 
islam  umumnya.  berikut  adalah  kandungan wasiat tersebut:  " Barangsiapa yang 
ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 
10 perkara"

Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan 
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Hak  kepada  malaikat  maut: mengqadakan kewajipan-kawajipan  yang  tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang  yang  dizalimi, membuat persediaan untuk mati 
dan merasa cinta kepada ALLAH

Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, 
memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Hak  kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat 
dan nasihat menasihati.

Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat, menahan kemarahan, 
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kepada sirat(titian yang merintangi neraka pada hari kiamat, membuang tabiat suka 
mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka),menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, 
berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan 
memperelokkan akhlak.

Hak kepada Ridhzuan (malaiakat penjaga  syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, 
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan 
maksiat.

Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, 
bergantung kepada al sunnah (hadith),  menyayangi para sahabat dan bersaing dalam 
mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment