Saturday, October 29, 2011

RG2011... Fw: Demontrasi Sambut Najib Di Perth Australia

 

----- Original Message -----

Demontrasi Sambut Najib Di Perth Australia






 



 
 
 
Facebook Bersihkan Malaysia
 
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia.CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan.

"CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia," kata Chom Lee, jurucakap CAN.

"Masyarakat luar negara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan hakikatnya adalah disebaliknya."

Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komanwel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoal siasat SPRM dan polis, pembelian kapal selam Scorpene dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup.

"Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair,"

Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia.Bloglist Malaysia

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment