Monday, October 31, 2011

RG2011... Fw: 'Mahkamah Rayuan' Putuskan AUKU Tidak Sah,

 

----- Original Message -----

'Mahkamah Rayuan' Putuskan AUKU Tidak Sah, Mahasiswa Menang Kes Kempen Pilihanraya !

PDO

PUTRAJAYA 31 OktMahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam kegiatan politik, sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor, April tahun lalu.

Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka. Seksyen berkenaan menyatakan, tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara. Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke Lembaga Disiplin UKM pada 4 Julai yang lalu.

[Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa terbabit atas keputusan ini. Ternyata biarpun hanya seksyen 15 (5)(a) AUKU yang dipertikaikan, namun sebenarnya akta itu sendiri perlu dimansuhkan jika mahu melihat golongan mahasiwa dinegara ini lebih cemerlang pada masa akan datang. Jika mereka terus dikongkong untuk menyuarakan pendapan dan pandangan, maka itulah lama kelamaan mentaliti mereka akan terus jatuh serta membawa akibat besar kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri sebenarnya. Apapun, mahasiswa digesa tidak takut untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini hendaknya. Berani kerana benar takut kerana salah. Mahasiwalah yang akan memacu perubahan negara kita di masa hadapan].

 

4 mahasiswa menang, mahkamah putus Auku bercanggah dengan perlembagaan


KUALA LUMPUR 31 Okt: Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Auku sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti itu diperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat, lapor Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka kerana terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.Keadilandaily

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment