Monday, October 31, 2011

RG2011... Fw: Pusat Perubatan Pakar Tetapi Tidak Ada "Doktor Pakar"

 

----- Original Message -----

Memalukan, Pusat Perubatan Pakar Tetapi Tidak Ada "Doktor Pakar" Untuk Rawatan Susulan

PDO
 
KUANTAN, 31 Okt - Sesuatu yang sungguh mengecewakan bilamana sebuah pusat perubatan pakar (swasta) tiba-tiba mengatakan mereka tidak mempunyai "doktor pakar". Inilah yang berlaku kepada isteri seorang mangsa kejadian yang tidak mahu dikenali. Kes berlaku beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan pakar popular di bandar ini iaitu Kuantan Medical Centre (KMC). Pusat perubatan tersebut yang terletak dikawasan pusat bandar Kuantan berhampiran dengan komplek membeli belah Berjaya Megamall yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Kes melibatkan seorang "ibu yang mahu menerima rawatan susulan" akibat "turun darah" yang tidak dilayan dengan baik oleh pihak KMC sedangkan sehari sebelum itu beliau baru sahaja discaj selepas "bersalin" dari pusat perubatan terbabit.
 
Menurut suami mangsa, beliau sudah membayar caj perkhidmatan ribuan ringgit untuk menghantar isterinya bersalin di pusat perubatan itu dan datang semula untuk dapatkan rawatan susulan akibat masalah terbabit (turun darah). "Saya sudah membayar hampir beribu ringgit, tiba-tiba bila isteri saya mengalami masalah mereka layan saya begini. Bukan saya mahu rawatan percuma .. saya akan bayar lagi jika pun mereka kenakan caj. Isteri saya meraung-raung menahan kesakitan dalam kereta ketika itu. Tapi bila mahu dapatkan rawatan, mereka kata tiada doktor pakar. Malah doktor yang merawat isteri saya sehari sebelum itupun tidak ada dan tiada siapa boleh membantu. Mereka nasihatkan saya ke Hospital Tg. Ampuan Afzan (HTAA) dan pusat perubatan lain selepas itu", kata beliau.
 
Difahamkan, isteri beliau mengalami kesakitan yang amat sangat ketika itu. Namun, dek kerana jawapan yang diberikan beliau terpaksa membawa isterinya ke sebuah lagi pusat perubatan swasta yang baru dibuka di Jalan Gambut. Mujurlah isteri "mangsa" telah selamat selepas menerima rawatan susulan di pusat perubatan terbabit selepas itu.

Inilah Kuantan Medical Centre yang terletak di sebelah Berjaya Megamall
yang dipercayai menjadi lokasi kejadian memalukan itu baru-baru ini

 
[Soalnya, sekarang bukan masalah ketiadaan doktor pakar untuk rawatan susulan seperti yang dialami oleh "mangsa". Beliau hanya mahukan rawatan susulan akibat "turun darah", masakan tiada langsung doktor yang boleh mengambil kes tersebut di sebuah pusat perubatan hebat seperti Kuantan Medical Centre (KMC)?. Mana pergi motto mereka "Everyone Is Important" yang dialung-laungkan selama ini?. Bayangkan jikalau "mangsa" berhadapan dengan masalah yang lebih berisiko termasuk "kematian" atau sebagainya semasa dalam perjalanan ke pusat perubatan lain?. Apa akan berlaku agaknya?. Jika beginilah sikap sebuah pusat perubatan pakar, maka apalah lagi yang boleh dharapkan agaknyer. Semoga kes ini dapat dijadikan tauladan kepada orang lain agar lebih berhati-hati mendapatkan rawatan di pusat terbabit hendaknya. Kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan memaparkan isu ini. Cuma bagi kami, atas dasar kemanusiaan tidak wajar ia berlaku. Semoga ia diambil ikhtibar oleh KMC agar menyediakan "doktor pakar" secukup jika mahu dinamakan "pusat peruabatan pakar" selepas ini. Jika tidak pastinya akan menjejaskan lagi nama pusat perubatan terbabit].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment